Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 31, 2008

JEPUN YANG PENUH KE-MAHAL-AN


Iklan sewa rumah atau bilik di Tokyo.
Sayonara Jepun!
Lega sungguh dapat kembali ke tanah air Malaysia. Berada selama 6 hari di Jepun menyebabkan saya berasakan begitu bertuah sekali menjadi anak Malaysia. Segalanya begitu mahal sekali di Tokyo. Walau kalau dilihat nilai wang Malaysia agak tinggi dibandingkan Yen. RM1=Yen33. Tetapi barangan di Jepun terutamanya Tokyo tidak ada yang kurang daripada Yen100. Bahkan rata-ratanya Yen1000.
Menurut pemandu pelancong rambongan saya GOGI, beliau tinggal di salah sebuah bilik sebesar 12kaki x 12kaki tanpa bilik air dan hanya mempunyai sebuah mangkuk tandas dengan sewaan RM2,000 sebulan. Setiap kali mahu mandi beliau akan mengayuh basikal selama 10 minit ke tempat mandi awam yang dikenakan bayaran RM12. Bayangkanlah!
Rumah di Tokyo memang terlalu mahal. Sebuah bilik rata-rata sewanya antara RM5,000. Dan kalau sebuah rumah yang lengkap dengan bilik air dan juga dapur mungkin boleh menjangkau sewaan RM12,000 ringgit.

Tandas di Jepun memang agak canggih, di sesetengah tempat. Tetapi ada yang keadaannya cukup teruk dan menjijikkan.

Hari pertama kami dibawa ke tempat penginapan tradsional Jepun. Terlupa untuk mengambil gambar bilik yang rasanya berukuran 15 x 15. Di situ segala aktiviti dijalankan. Ruang makan, ruang rehat dan ruang tidur. Tandasnya walaupun begitu moden, tetapi terlalu kecil untuk saya yang sudah biasa menggunakan bilik air dan tandas yang selesa. Tandas hanya boleh memuatkan mangkuk tandas dan seorang tubuh manusia dewasa.

Orange ini saya beli dengan harga RM15. Rasanya masam-masam manis.

Bukan sahaja rumah yang mahal di Tokyo. Bahkan barang makannya pun aduhai..mahalnya. Air mineral botol kecil yang paling murah harganya RM3-RM4. Makanan tengah hari ala Jepan atau Bento satu set dalam RM60-Rm100. (Kalau di Malaysia agaknya semua orang bawa bekal ke pejabat). Menurut Gogi, rata-rata pekerja baru di Jepun menerima bayaran sebanyak RM6,000-RM7,000 sebulan. Tetapi bayaran tersebut tidak mencukupi kerana tempat tinggal dan barang makanan yang cukup mahal...






TUAH VS MALANG

Mutiara yang saya menangi di Tokyo. Cadangan saya akan dibuat loket untuk si kecil Qaisara.


Rabu yang lepas ketika saya berada di Tokyo, saya dan rambongan melawat sebuah syarikat membuat barang kemas dan memproses mutiara. Di hujung sessi lawatan diadakan cabutan bertuah. Dan ketika saya mencabut satu nombor dan melihat nombor 26, hati saya terdetik. Mungkin saya akan bertuah hari ini kerana 26 tarikh hari jadi saya. Nyata kata hati saya betul. Saya memenangi satu butir mutiara Jepun yang memang terkenal bermutu.
Dan di hari yang sama juga, saya menerima berita daripada pekerja saya. Sayarikat NB Kara di ceroboh kali ke tiga. Beberapa buah komputer dan fax mesin syarikat kami dilarikan oleh pencuri tersebut. Saya merasa begitu marah dan kecewa. Kerana pihak berkuasa seolah-olah hilang daya untuk bertindak. Sedangkan sudah beberapa laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan bangunan mengenai pencerobohan dan kecurian yang berlaku di kawasan tersebut.
Tetapi sebagai manusia, saya benar-benar berharap dan berdoa. Supaya pencuri yang menceroboh masuk dan mencuri bukan sahaja di syarikat NB Kara tetapi beberapa jiran NB Kara diberi oleh hidayah oleh ALLAH supaya bertaubat dan menjadi manusia yang berguna pada bangsa dan negara. Amin….

Friday, May 23, 2008

KATAKAN APA SAHAJA

Semalam saya terbaca mengenai kata-kata AbrahamLincoln. Kata beliau, Saya tidak pernah membaca surat-surat cercaan yang ditujukan kepada saya, tidak pernah membuka sampulnya, apatah lagi membalasnya. Kerana kalau saya hanya sibuk melayan semua itu saya kehabisan waktu untuk berbuat sesuatu untuk rakyatku.
Betul, saya berkata dalam hati. Mengiakan apa yang Abraham Lincoln katakan. Sebagai penulis, walau cercaan yang saya terima tidak sehebat Abraham Lincoln tetapi ianya mengusik hati dan perasaan saya.
Saya masih ingat, bagaimana seorang penulis menulis surat kepada salah sebuah syarikat penerbitan, mengata, mengutuk saya dan juga menulis entah berapa panjang surat yang merendah-rendahkan keupayaan saya menulis dan juga mencerca novel saya. Saya terima berita tersebut dengan rasa terperanjat dan begitu kecewa. Kerana penulis yang jauh lebih tua dari saya itu, di hadapan saya begitu lemah lembut sekali.
“Tidak..saya tidak akan lemah semangat hanya kerana sepucuk surat yang menyakitkan hati itu.”
Saya berkata dengan diri saya sendiri. Saya cuba bangun, menulis dengan sepenuh perasaan, berhati-hati dan sentiasa memeriksa fakta-fakta yang saya tulis di dalam buku tersebut. Kalau dahulu saya lebih suka mengunakan english broken di dalam buku saya supaya nampak realistic, tetapi sekarang tidak lagi. Kerana saya tahu ramai pembaca tidak faham cara saya. Walau kadangkala terlepas ejaan kerana ketika editing tapi itu perkara biasa dalam dunia penerbitan dan tidak dapat dielakkan.
“Akak..tadi saya jumpa dengan penulis bla..bla..bla..di pesta buku. Dia tanya saya minat siapa? Saya cakaplah saya minat NB. Akak tahu dia cakap apa dengan saya. Asyik-asyikNB, tak ada orang lain ke? Panjang muncung dia akak…”
Saya masih ingat bagaimana peminat saya yang bernama Siti Aisya, menelefon saya memberitahu perkara tersebut. Saya hanya ketawa. Bagi saya sifat iri hati dan marah itu perkara biasa dalam diri setiap manusia. Saya sendiri ada perasaan iri hati tetapi tidak pernah saya luahkan pada sesiapa. Saya simpan supaya ianya menjadi pertandingan terbaik dan sihat, terhadap orang itu dengan diri saya sendiri.
Memang banyak lagi kutukan dan cercaan yang saya baca di laman web, mengenai saya. Apatah lagi mereka tidak memanggil saya dengan NB tapi ‘minah tu’ (dekat internet orang selalu bertukar menjadi tidak beradab. Tidak tahulah kenapa).
Kalau Abraham Lincoln tidak membaca surat orang yang mengutuk dan mencercanya, tetapi saya baca cuma saya seperti Abraham Lincoln juga, tidak pernah peduli.. Bagi saya, niat saya menulis kerana saya mahu menyampaikan sesuatu dan berkongsi cerita. Walau orang tidak tahu, betapa sakitnya kepala saya setiap kali saya menyudahkan sebuah novel…

Wednesday, May 21, 2008

ANAK TAK MENGENANG BUDI

Baru-baru ini isteri abang saya menjalani satu pembedahan kecil di kaki, saya, suami dan kak saya Mijah bergesa pulang ke kampung bagi melawat beliau. Abang saya memang duduk berdekatan dengan rumah ayah saya di kampung. Hanya dua tiga langkah sahaja. Jadi kami mengambil kesempatan makan-makan dan berborak-borak, macam sudah lama tidak berjumpa, sedangkan 2 minggu lepas saya baru pulang. Seperti kata kakak saya Mijah, kita melawat orang sakit hanya 10 minit. Lebihnya berborak...
“Kamu apa-apa berlaku di kampung walaupun hanya perkara kecil pasti balik kampung ya. Ayah kamu sebenarnya bertuah mendapat anak-anak yang sebegini.”
Sekembali kami dari kampung, suami menyuarakan pendapatnya. Saya hanya memberitahu dia, itu tanggungjawab saya sebagi adik, kakak, ipar serta anak.
“Kamu nak tahu, beberapa hari yang lepas Nafee beritahu saya..”
Nafee adalah adik ipar suami saya yang sekarang menetap di Holland. Beliau bekerja sebagai seorang guru dan adik ipar saya, iaitu adik suami saya adalah salah seorang pengasas rumah anak yatim di Amsterdam.
“Apa cerita dia?”
Kerana jarang berjumpa, hanya di internet dan juga telefon menyambung hubungan kami.
“Diakan cikgu..”
“Ya..saya tahu.” Balas saya tenang.
“Dia baik dengan ayah,salah seorang anak muridnya. Menurut Nafee, ayah anak muridnya itu cukup kaya. Mempunyai beberapa gedung perniagaan di Holland.”
Saya mendengar apa yang cuba disampaikan oleh suami dengan penuh teruja.
“Kawan dia tu orang Holland?”
‘Tidak…dia orang Turki, tapi menetap di Holland. 2 minggu lepas kawannya itu mengajak Nafee pulang ke Turki.”
Saya tahu Nafee sendiri ramai saudara mara di Turki walau dia dilahirkan di Holland. Jadi berulang alik dari Turki ke Holland memang kerap dilakukan oleh Nafee.
“Kawan dia tu bayar tiket kapal terbang, naik kelas perniagaan. Kata Nafee itu pertama kali dia naik kapalterbang kelas perniagaan..”
Saya tersenyum sahaja mendengar kata-kata suami. Kadangkala cerita suami tidak seberapa tetapi cara dia bercerita membuat saya teruja.
“Kawan Nafee tu pergi ke Turki kerana mahu melawat ayahnya. Kamu tahu, Nafee benar-benar terperanjat. Dia ingat, ayah kawannya itu duduk di rumah besar di temani dengan ramai pembantu rumah. Rupanya dia hantar ayahnya di rumah orang tua. Kalau rumah orang tua yang mahal tak apa juga. Ini rumah orang tua untuk orang miskin. Nafee mengucap panjang. Terperanjat dan tak sangka. Kawan dia bukan main kaya lagi, tapi buat ayah macam tu. Marah sungguh dia dengan kawan dia, tapi kawan dia cakap apa awak tahu?”
Mata suami terbeliak-beliak, seolah-olah dia juga geram dengan kawan Nafee itu.
“Mana saya tahu, Nafee cerita dengan awak. Bukan dengan saya..” saya berseloroh. Suami saya menyeringai lebar. Kecil semula matanya yang terbeliak sebentar tadi.
“Dia kata buat apa nak bayar mahal-mahal sebab ayahnya sedang menunggu mati. Anak apa macam tu, tak guna. Kalau dari kecil sepatunya ditanam hidup-hidup sahaja…”
Suami sudah membebel. Saya yang tersentuh tanpa sedar menitiskan air mata. Di sudut hati saya benar-benar bersyukur, walau saya bukanlah anak kesayangan, tetapi saya tetap mengunjungi ayah saya. Kalau sebulan terlebih satu hari pun, saya rasa sudah terlalu lama…

Sunday, May 18, 2008

EVERYTHING'S THE 'SAMA'

“Malaysia ni tak ada apa, pergi mana-mana sama sahaja. Cuaca sama, tempatnya sama. Makanannya sama. Tak sedap langsung”
Apa komen anda semua yang mendengar kata-kata tersebut. Kalau saya sudah pasti telinga saya merah.Apatah lagi kata-kata itu diutarakan oleh warga asing yang sudah menetap di Malaysia, bukan setahun dua, tetapi sudah 30 tahun.
Lelaki yang bercakap seperti di atas adalah seorang lelaki Iran. Dia mengenali suami saya dan kami sering terserempak di pasaraya atau di jalanan. Dua hari yang lepas, saya dan suami terserempak lelaki itu lagi.
“Hahh..itu lelaki ‘sama’.”
Saya memberitahu suami saya. Suami ketawa dan seperti biasa dia menegur lelaki tersebut dan paling saya tidak suka sikap memprovokasi suami, hanya mahu mendengar lelaki itu berkata..everything’s the ‘sama’
“Malaysia is nothing. Everything’s the ‘sama’. The weather, food, pleace all ‘sama’”
Udah, dia buat lagi saya menggerutu dalam hati. Saya tatap lelaki yang saya tahu mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai ahli professional. Macam-macam kutukan dia terhadap Malaysia yang cukup menyakitkan telinga yang saya dengar dalam perbualan dia dan suami. Sesekali saya mencuit suami yang seakan-akan mengiakan kata-kata lelaki itu.
“Lelaki itu tidak tahu bersyukur..”
Itu kata-kata suami sambil ketawa-ketawa apabila lelaki Iran itu berlalu. Manakan tidak, setiap kali berjumpa dengan suami itu sahaja yang keluar dari mulutnya.
“Dia cakap cuaca di Malaysia sama. Bagi saya itu lagi baik, daripada 4 musim. Dari dia kesejukan tanpa pakaian tebal dan bahan api. Berapa ramai orang yang mati kesejukan di negara dia ketika musim sejuk kerana tidak dapat membayar bahan api yang terlalu mahal harganya?”
Sambung suami lagi. Menyatakan pendapatnya.
“Di sini semuanya murah. Baru-baru ini di Turki, satu buah kereta 2 Liter sekali masuk, tangki penuh kena bayar RM400-500. Saya rasa Iran pun macam tu. Saya dulu duduk Iran 2 tahun, saya tahu. Makanan bukan sedap sangat pun.”
Saya sendiri pernah ke Iran. Baru tiga hari saya sudah tidak boleh menerima makanan di sana. Semuanya sama. Tidak ada makanan Cina, Thai, Indonesia, bahkan makanan barat pun agak susah. Di Malaysia, apa sahaja makanan ada. Paling penting sediakan sahaja duitnya.
“Malaysia lebih baik dari Paris..”
Suami saya mengusap bahu saya lembut. Cuba menenangkan saya yang kadangkala marah kerana perkara yang sebegini.
“Orang di sini lemah lembut, hormatkan orang. Bahkan mereka semua amat menyayangi kanak-kanak. Separuh dunia saya pergi, saya paling sukakan Malaysia. Apa-apa makanan senang dapat. Tembikai tak payah tunggu musim panas, pisang melambak-lambak. Buah mangga Ya ALLAH..mana-mana boleh dapat. Durian…yummy yummy.”
Suami berlawak. Suami memang sukakan buah durian, cuma saya sering mengawalnya kerana makan durian terlalu banyak tidak baik untuk badan.
“Paling saya kagum di mana-mana ada padang permainan untuk anak-anak. Rumah kita buka pintu aja sudah ada padang kanak-kanak. Di pusat membeli belah pun ada tempat mainan kanak-kanak. Di klinik dan hospital pun ada.”
Sambung suami lagi. Hati saya sejuk dengan pujukan suami tapi mengenangkan kata-kata lelaki Iran itu, hati saya masih ada sisa panas.
“Jangan hiraukan cakap lelaki itu. Sudah 30 tahun di Malaysia, masih lagi nak bercakap benda yang sama. Saya ingat di Malaysia ini selain isteri dan anak dia, dia hanya berkawan dengan burung kakak tua agaknya. Asyik mengulang benda yang sama. Everything’s the .sama.’
Kali ini saya sudah ketawa besar. Gurauan suami mematikan rasa marah saya. Setiap kali mengingati kata suami, yang lelaki Iran itu pasti berkawan dengan burung kakak tua. Saya pasti tersenyum..

Friday, May 16, 2008

KALAU DAH REZEKI

Buku Nota yang Erdim hadiahkan untuk saya, saya tidak pernah bertemu dengan Erdim dan hanya mendengar cerita mengenai beliau daripada suami.


Pada pesta buku yang lepas saya menjenguk ke gerai MPH. sebaik sahaja melangkah masuk dengan editor saya Suraya, sebuku buku nota yang begitu cantik menyapa mata saya..
“Hey..cantiknya..”
Saya berkata sambil mencapai buku nota tersebut. Walau saya jarang membawa buku nota ke mana-mana saya pergi, walaupun saya seorang penulis. Tetapi saya sukakan benda-benda yang cantik, terutamanya alat tulis (itukan fitrah manusia).
“Mahal gila…”
Saya berkata pada editor saya. Ahh..buku nota pun harganya sampai RM50 ringgit. Hati saya berdesis. Saya membelik-belik. RM50 saya akan terbang hanya pada buku nota kosong begini. Kalau saya beli buku masakan atau novel, lagi banyak gunanya. Saya berfikir dan berfikir. Selalunya saya tidak kedekut untuk membeli apa-apa buku ataupun alat tulis. Tetapi kali ini, hati saya seperti enggan membeli buku nota tersebut. Lantas buku nota tersebut saya letakkan semula.
Pesta buku telah saya lupakan, 3 minggu kemudian suami memberitahu saya dia akan pulang lewat pada hari Jumaat itu, kerana mahu menghantar sahabatnya Erdim ke lapangan terbang. Erdim yang satu masa dahulu belajar di UIA akan bekerja di Amerika tidak lama lagi di dalam bidang perfileman. Saya tidak pernah berjumpa Erdim tetapi selalu mendengar cerita anak muda ini dari suami saya.
“Pukul berapa balik?” tanya saya pada suami.
“Dalam pukul 12 malam, bolehkan?” suami bertanyakan saya.
“Boleh, tak apa.Hantarlah. Tapi jangan sesat pula nanti.”
Baru seminggu lepas suami saya menghantar saudara kami yang mahu balik ke Turki pada waktu yang sama. Dia tersesat sehingga saya di rumah kecut perut apatah lagi ketika itu dia membawa Qaisara bersama dengannya. Sedangkan bukan sekali dua suami ke lapangan terbang KLIA.
Tengah malam itu, ketika saya menyambut suami saya pulang dari menghantar Erdim. Suami saya menghulurkan sesuatu pada saya.
“Ini hadiah Erdim pada kamu..”
Mata saya terbeliak. Di tangan suami saya buku nota, yang saya kata cantik tetapi tidak jadi saya beli, kerana harganya yang mahal.
“Ya ALLAH, buku ini….” Lantas saya ceritakan pada suami apa yang terjadi di pesta buku tempoh hari. Dan bertanyakan suami bagaimana Erdim tahu saya tertawan dengan buku ini.
“Mana dia tahu, dia tidak pernah jumpa kamu pun. Cuma dia tahu, kamu penulis dan dia hadiahkan buku ini untuk kamu kerana selama dia berada di sini, kamu tidak pernah marahkan dia kerana kadangkala saya menghabiskan masa dengan dia dan terlewat sampai ke rumah.”
Masya-ALLAH, maha besar ALLAH yang maha mengetahui!

Thursday, May 15, 2008

LELAKI KURANG AJAR...

11 tahun yang lalu, saya kenal lelaki itu dalam keretapi ketika saya dalam perjalanan ke Taman Negara. Dia berasal dari negara Mesir dan bekerja sebagai drug designer di New Work. Orangnya bertubuh tinggi, wajahnya boleh tahan.
“Gaji saya dibayar mengikut jam..”
Dia memberitahu saya apabila pertama kali kami berjumpa. Saya hanya menganggukkan kepala saya. Sebagai seorang professional sudah pasti wang ringgit bukan menjadi masalah utama lelaki tersebut. Bahkan kalau dihitung gaji yang didapati lelaki tersebut melebihi 30 ribu USD sebulan dan kalau dikalikan kepada ringgit sudah hampir mencecah 100 ribu ringgit (itu yang dicerita pada saya)
“Kamu puas hati dengan kerja kamu..”
Saya bertanyakan lelaki tersebut di pertemuan susulan. Dia seorang yang lemah lembut dari penghamatan saya tetapi satu perkara yang saya tidak suka pada dia. Dia suka bercakap mengenai harta, wang ringgit dan ini benar-benar memeningkan kepala saya.
“Sudah pasti, saya adalah salah seorang drug designer yang agak terkenal di Amerika. Kalau awak tak percaya, awak buka web site..ini dan ini..bla..bla..bla..”
Saya hanya tersenyum, walau dalam hati mengatakan lelaki ini agak angkuh dengan kedudukannya. (saya membuka web-site memang kata-kata lelaki itu benar. Beliau salah seorang pegawai kanan dalam salah satu kumpulan pakar perubatan di New York). Lelaki yang hanya beza setahun dari saya itu, sudah bercerai ketika dia berusia 26 tahun. Mereka tidak mempunyai anak dan bekas isterinya sekarang ini tinggal di Hawai.
“Awak suka Malaysia?”
Tanya saya pada lelaki yang bernama Ahmet apabila dia datang sekali lagi mengunjungi saya di Malaysia. Kalau lelaki ini pulang ke Amerika, kami selalu berbincang di dalam internet. Saya suka kalau Ahmet bercakap mengenai agama. Orang-orang Mesir mempunyai pegangan Mazhab yang berlainan dengan orang Malaysia. Sudah pasti ada pertikaikan antara kami walau bukan serius, tapi hanya untuk ilmu pengetahuan sahaja.
“Sudah tentu. Saya dengar dari kawan-kawan saya, orang melayu cukup patuh dengan kata-kata suaminya..”
Saya hanya tersenyum. Orang melayu memang ramai yang terdidik dengan hukum agama yang kuat. Sebab itu mereka patuh. Hati saya berbisik sendiri.
“Kalau saya kahwin dengan awak. Saya mahu awak juga begitu. Saya akan tentukan dengan siapa yang awak boleh berkawan. Saya juga akan pastikan yang keluarga awak tidak menganggu kehidupan kita. Selepas berkahwin awak jadi milik saya dan saya akan aturkan apa sahaja untuk awak. Pembantu rumah, pemandu dan sebagainya saya akan sediakan tapi awak tak boleh keluar ke mana-mana .”
Mulut saya melopong. Berkahwin?. Memang ketika itu saya masih bujang. Saya berkawan dengan Ahmet bukan untuk berkahwin. Hanya sebagai kawan menambahkan pengalaman saya. Bahkan dengan kedudukan Ahmet saya tidak mungkin sesuai dengannya. Saya hanya orang biasa-biasa sahaja.
“Maaf..awak bercakap mengenai perkahwinan?”
“Ya…” dia menganggukkan kepalanya.
Ketika itu saya hanya ketawa mengatakan yang perkahwinan masih terlalu jauh dari jangkauan saya walau usia saya sudah agak lewat ketika itu. Bahkan, tidak mungkin saya akan berkahwin dengan lelaki yang asyik bercakap mengenai harta, kerjaya, wang ringgit tetapi menyekat saya dari berhubung dengan kawan-kawan saya dan paling penting keluarga saya.
Kalau ditakdirkan saya berkahwin, saya mahukan seorang suami yang sederhana, boleh bercakap mengenai bola, agama, wayang, hoki kegemaran saya, artis dan sebagainya.
Dan itu kali terakhir saya berjumpa dengan Ahmet kerana hari-hari seterusnya saya enggan kerana takut hubungan tersebut disalah tafsirkan.
Bahkan saya juga beritahu Ahmet, jangan harapkan apa-apa dari saya. Saya tidak mungkin akan jadi isterinya, kerana saya masih memerlukan sahabat dan keluarga saya. Saya kenal mereka dahulu daripada saya kenal Ahmet dan saya katakan pada Ahmet. Untuk apa wang ringgit kerana wang ringgit bukanlah jaminan saya untuk rasa bahagia bagi meneruskan kehidupan ini.
Saya menjemput Ahmet di hari perkahwinan saya dan masih saya ingat kata-kata Ahmet yang menyebabkan saya tidak mahu mendengar khabar darinya lagi.
“Saya tahu kamu tidak akan bahagia dengan suami kamu. Tetapi tidak mengapa, carilah saya..”

Tuesday, May 13, 2008

KERETA VS ILMU

“Weh! Kau ada kereta baru?”
Saya berkata separuh menjerit apabila tiba di rumah kakak saya Mijah, hari Minggu lepas. Di halaman rumah kakak saya yang boleh memuatkan empat buah kereta, ada sebuah SUV 3 liter dengan gagahnya di parkirkan di situ.
“Alah..ayah dapat kereta company.”
Kakak saya merujuk pada suaminya yang berkerja sebagai seorang jurutera. Kakak saya sendiri sudah memiliki 3 buah kereta. Dan kerana kehadiran kereta yang baru ini dia terpaksa menjualkan salah satunya dari tiga keretanya.
“Dulu kita nak ke mana-mana naik basikal. Kalau tidak kita naik bus MOS yang sejam atau dua jam sekali masuk ke kampung. Kau ingat?”
Saya bertanyakan kakak. Mengenang kisah lama menyebabkan hati kami berbaur gembira dan sedih. Hidup di zaman dahulu, kami terpaksa memikirkan keperluan dari kehendak.
Saya masih ingat lagi, betapa gembiranya apabila emak memberitahu yang kami mahu dibawa ke bandar Melaka yang hanya 8 kilometer dari rumah. Pergi ke bandar, bermakna kami akan dapat menaiki bus MOS yang berwarna merah kuning yang masuk ke kampung kami hanya sejam atau dua jam sekali.. Sesuatu yang cukup mengembirakan kami ketika itu dan boleh diceritakan kepada kawan sekampung selama beberapa hari.
“Sekarang kita dah telalu banyak kereta..”
Beritahu kakak. Saya sendiri mempunyai 3 kereta, kakak kalau keretanya tidak dijual akan ada 4 kereta! Keperluan sudah tidak ada, sudah jadi kehendak!
“Kau dah cuba bawak kereta tu. ?” saya bertanya kakak.
“Ahh..tak kuasa aku. Kereta yang besar macam tu. Nak parking pun susah. Baik aku bawak Myvi aku..”
Kakak memberitahu. Saya menganggukkan kepala. Saya sendiri kalau di suruh bawa kereta sebesar itu pun saya malas. Sudahlah parkir susah. Duit minyaknya mak datuk, lebih-lebih lagi pada masa sekarang.Teringat saya ketika saya baik dengan Jay dulu (lelaki ini pernah saya ceritakan). Dia memakai kereta sport yang saya rasa hampir ½ juta ringgit harganya. Ketika itu saya pergi bekerja dengan menaiki bus. Seringkali apabila dia ternampak saya di perhentian bus, dia akan menumpangkan saya. Dan pernah saya memberitahu dia, jangan ambil saya kalau ternampak saya di perhentian bus.
“Kenapa?” Tanya Jay mungkin pelik dengan permintaan saya.
“I tak layak naik kereta ½ juta you. Malu I.”
Lantas saya menceritakan pada Jay, bagaimana kawan-kawan saya di perhentian bus yang tidak mengenali Jay. Bertanyakan siapa teman lelaki saya itu. Sudahlah berbangsa Cina, memakai kereta sport dan saya pula memakai tudung. Penat sungguh saya mahu menjawabnya!
Lantas mendengar cerita saya Jay ketawa. Kata dia, orang suka kalau naik kereta mahal-mahal. Saya pula yang terbalik.
Bagi sesetengah orang memang kereta mahal seperti menjadi lambang status. Itu kegemaran masing-masing. Apa yang hendak dikatakan.
“Kau dah boleh pakai BMW dah…”
Ada seorang kawan cuba memprovokasi saya. Tapi saya hanya ketawa. Walau dia tahu, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya tetapi dia masih terus-terusan mencuba. Prinsip saya. Kereta yang saya beli mesti praktikal. Senang untuk dikendalikan dan boleh mengangkut seberapa ramai orang yang saya suka dan tidak menyakitkan poket saya.
“Dari kau buang duit, pergi sana- sini. Setahun habis berpuluh ribu baik kau pakai BMW atau Lexus..” Tadi suruh saya beli BMW sekarang suruh saya beli Lexus pula. ALLAH..ALLAH..ALLAH.
“Apa yang kau dapat, hanya gambar-gambar jadi kenangan. Kalau kau beli kereta mewah. Ahh..terpongok depan rumah. Orang tengok kau pun respect!”
Katanya. Mungkin dia merujuk dengan sikap saya yang suka mengembara dan menghabiskan duit hanya semata-mata mahu melihat negara orang.
Ahh..lantaklah, apa orang nak cakap. Bagi saya, ilmu pengetahuan dari mengembara lebih berharga daripada kereta mewah yang semakin lama semakin turun harga!

Friday, May 9, 2008

MIMPI LAGI


Malam itu saya bermimpi lagi. Aneh sungguh mimpi saya. Saya melihat diri saya duduk bersama-sama kawan lama saya. Kawan ketika saya masih bekerja di salah sebuah bank di Kuala Lumpur. Dan ketika saya bangun saya masih teringat mimpi saya. Cukup jelas dan masih saya ingat dalam mimpi saya itu, saya duduk di meja panjang di salah sebuah restoran. Dan saya benar-benar pasti yang restoran itu adalah tempat saya selalu lepak bersama kawan saya kira-kira 10 tahun yang lalu.
“Ahh..sudah lama aku tidak berjumpa Jamal.”
Hati saya berbisik. Jamal sahabat saya itu, cukup saya rapat satu masa dahulu. Tetapi kami tidak menjadi begitu rapat apabila Jamal mengambil keputusan berkahwin secara tergesa-gesa. Bahkan ketika dia mahu berkahwin dia melarang saya dan rakan-rakan untuk ke majlis perkahwinan beliau. Walau saya tertanya-tanya kenapa saya tidak diajak di majlis tersebut. Tetapi saya terpaksa menghormati keputusan Jamal.
“Semua kawan-kawan saya ada. Tetapi di mana Masri?”
Saya bertanya dengan diri saya sendiri. Saya ingat Masri kawan baik Jamal. Di mana ada Masri, di situ ada Jamal. Bahkan bila saya dan Jamal berjumpa. Pasti ada dua rakan kami yang lain turut bersama. Sheila dan Ismail. Ke tiga-tiga mereka ada dalam mimpi saya. Tetapi Masri di mana?. Tengah hari itu saya menelefon Jamal. Untung Jamal masih memakai nombor telefon yang sama.
“Assalamuailaikum..”
Saya memberi salam pada Jamal. Mula-mula Jamal tidak mengenali suara saya. Tetapi bila mengetahui saya yang menelefon, dia begitu teruja sekali.
Namun bila saya memberitahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Jamal terperanjat. Jamal memberitahu yang dia berkecil hati kerana saya tidak menjemput dia di perkahwinan saya.
“Ada kamu jemput saya di perkahwinan kamu?”
Saya membidas Jamal, tidak kasar tetapi dengan cara berseloroh. Jamal ketawa.
“Jamal..saya nak tanya di mana Masri sekarang?”
Hati saya melonjak-lonjak mahu tahu. Ketawa Jamal sirna. Saya dengar Jamal mengeluh.
“Kenapa Jamal?”
Hati saya seperti tidak sedap. Saya dengar Jamal menarik nafasnya dan menghembusnya dengan kasar.
“Masri?”
“Ya..Masri..” hati saya benar-benar tidak enak. Kerana saya tahu sejak akhir-akhir ini mimpi saya agak menakutkan saya sendiri.
“Dia baru meninggal yati. Minggu lepas, sebab demam denggi….”
Saya seperti terawang-awangan mendengar cerita Jamal. Mimpi saya malam tadi, serta merta menerpa di ruang mata saya. Benar-benar jelas dan cukup saya ingati. Dan sekarang saya tahu. Mimpi itu sebenarnya bukan mainan tidur..tetapi membawa petanda lagi untuk saya.

PROGRAM DI PESTA BUKU SEREMBAN

saya bersama Niti Fadilah dari Radio FM Seremban

Semalam saya ada program di pesta buku Seremban di Seremban Parade. Syukur segalanya berjalan dengan baik. Terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan yang menjemput saya. Pada Wati, Sham, pada pengarahnya Encik Samsudin, Niti Fadila dari Radio FM Seremban dan ramai lagi yang melayan saya dengan begitu baik sekali.
Sempat berbual dengan Encik Samsudin, kata Encik Samsudin statistic yang mengatakan orang Malaysia membaca buku hanya 2 buah setahun adalah tidak benar. Kerana ketika kami sedang makan di Pizza Hut, ada sahaja yang datang membawa buku untuk saya tandatangani. Bermakna ramailah yang membeli!
Walau hari Khamis ramai jugalah yang datang berjumpa dengan saya yang memang cukup pemalas turun padang. Seperti kata suami saya ni macam kura-kura suka menyorokkan kepalanya.
Dan paling mengembirakan saya, saya dapat berjumpa dengan peminat saya Shelly dan sahabatnyanya Majie. Shelly saya kenal sudah lama, bekerja di universiti tempat di mana saya pernah belajar. Tetapi anehnya ini pertama kali saya berjumpa dengannya.

Shelly sanggup ambil cuti semata-mata mahu berjumpa dengan saya di Seremban. terima kasih Shelly ya!

Memang gembira saya berjumpa dengan Shelly dan di masa sama, saya sedih melihat Majie yang kehilangan suami kerana kemalangan tanpa anak dan sekarang ini tinggal dengan keluarganya. ALLAH menjadikan sesuatu ada sebabnya dan sudah menentukan perjalanan hidup kita. Saya berdoa moga-moga Majie bertemu jodoh yang baru dan berbahagia. Insya-ALLAH.
Rasanya yang paling gembira Qaisaralah, selain dapat bermain di Seremban Parade, dapat naik beruang mainan yang yang dibelanja oleh Shelly!

Thursday, May 8, 2008

CERITA PASAL MENJAHIT

Blouse Qaisara yang saya beli di Mother Care (pack of 3) dan saya jahit batu di dadanya untuk menambahkan serinya. Jadilahkan..jimatlah sedikit.


Sudah lama sungguh saya tidak menjahit. Saya tidaklah pandai menjahit, tetapi kalau setakat menjahit langsir atau sarung kusyen insya-ALLAH saya boleh melakukkannya. Saya masih ingat ketika kecil emak memang jaguh menjahit. Bahkan emak pandai menyulam serta mengait. Seingat saya ketika saya berusia 7 tahun emak pernah mengaitkan saya baju sejuk berwarna hijau yang saya pakai tidak kira waktu. Kesusahan menyebabkan saya bangga apabila mendapat baju baru, apatah lagi dijahit oleh emak sendiri.
Apa sahaja jenis baju emak pandai menjahitnya, gaun, baju maxi, baju butterflies (popular pada tahun 1970an), baju kurung. Semua emak tahu.
Masih segar diingatan, walaupun telah lama berlalu, pada bulan Syaaban 1977, saya melihat emak menjahit baju kurung untuk saya. Berwarna cokelat.
“Awal tahun ini emak menjahit..”
Saya tanya emak sambil duduk di sebelah emak yang sedang mengayuh mesin ‘singernya.
“Emak takut tak sempat nanti kamu nak pakai. Hari raya kamu kena pakai baju baru.”
Balas emak tenang. Mungkin kerana ramai anak perempuan, emak berasakan lebih jimat menjahit sendiri daripada mengupah orang lain. Sebab itu emak selalu berusaha belajar untuk menyenang dan mengembirakan kami.
“Lama lagi nak raya mak. Bulan puasa pun belum lagi..”
Saya berdiri di sebelah emak. Emak tidak menjawab. Nyata emak lebih tahu sebenarnya perjalanan hidup ini. Pada 14 ramadhan emak meninggal dunia kerana dilanggar sebuah bas kilang ketika mengayuh basikal mahu ke rumah kakaknya.
Kami adik beradik ketika itu berasa sungguh sedih dan terpukul dengan kematian emak. Tetapi seperti yang emak harapkan kami masih sempat berbaju baru bagi menyambut raya.
Pagi ini ketika saya menjahit batu di baju Qaisara saya teringatkan emak. Emak memang pandai menjahit, pandai memasak. Tetapi tidak seorang pun anak-anak emak yang mengikut jejak langkahnya?
Saya? Memang sudah lama tidak menjahit sejak kehadiran Qaisara apatah lagi bila dia sedang membesar sekarang ini. Setiap kali saya mahu menjahit, saya belum menekan mesin, dia sudah memulakan. Ketika saya mahu menjahit batu-batu dibaju saya. Batu-batu tersebut sudah dimasukkan ke dalam mulutnya. Dan sejak dia pandai mengira 1 sampai 10 saya akan berebut batu atau manik-manik dengannya. Sebab itu saya sudah malas mahu menjahit. Hantar ke kedai, bayar upahnya. Hati saya puas dan tidak payah bergaduh dengan Qaisara!

Wednesday, May 7, 2008

BUKU POPULAR 2007


Popular dan Berita Harian akan mengadakan pertandingan buku popular 2007. Buku saya Murni Kasih tercalon di antara 10 buku fiksyen popular 2007. Keputusan akan diketahui pada 25 Mei 2008 sempena pesta Buku popular yang akan di ada di KLCC. Saya ucapkan terima kasih kepada Syarikat Buku Popular yang bersusah payah menganjurkan pertandingan tersebut. Tetapi sayangnya saya akan keluar negara ketika itu.

Tuesday, May 6, 2008

Makluman

Salam

Buat peminat semua, saya akan berada di Seremban sempena pesta buku Seremban pada hari Khamis 8 Mei 2008 dari pukul 1.00 tengah hari hingga 6 petang. Saya akan memberi sedikit panduan penulisan dengan Perpustakaan Negri Sembilan pada pukul 3.00 petang di pentas utama Seremban Parade.

Sekian

SECEBIS KISAH

Mula-mula saya bekerja di syarikat saham itu, saya memang tidak sukakan Mary perempuan yang bekerja sebagai penolong pengurus di bahagian pentadbiran itu. Mulutnya terlalu banyak cakap dan kadangkala menyakitkan hati orang lain. Walau wajahnya cantik, tubuhnya mengiurkan serta pakaiannya mengikut peredaran zaman. Tetapi semua itu tidak saya nampak, kecuali mulutnya yang bising dan suka memarahi orang lain.
“Mary..kalau you bercakap baik-baik tak boleh ke?”
Saya bertanya pada Mary perempuan yang saya maksudkan tadi. Perempuan cina yang saya sangka cuma berusia 30an tetapi sebenarnya berusia awal 40an itu membeliakkan mata pada saya. Mungkin tidak senang dengan teguran tersebut. Apatah lagi saya baru sahaja sebulan bekerja di situ.
“Semuanya menyakitkan hati. Sebab itu I cakap macam tu..”
Mary bersuara garang. Saya mengerutkan dahi, apakah saya ini menyakitkan hati Mary? Setahu saya dari pagi hingga ke petang, saya jarang bercakap kerana terlalu banyak kerja yang harus saya selesaikan. Saya bercakap dengan Mary kalau ada hal yang penting sahaja.
“Siapa yang telah menyakitkan hati you..”
Tanya saya perlahan. Mary tidak menjawab. Matanya berkaca. Seperti mahu memberitahu sesuatu. Namun saya tidak bertanya lebih lanjut kerana memang sudah menjadi sikap saya, kalau terlalu banyak kerja. Saya tidak suka bercakap.
Masa berlalu, tidak tahu bagaimana saya boleh rapat dengan Mary. Mungkin saya satu-satunya yang tidak banyak bercakap dan tidak pernah membalas balik kata-kata Mary. Apa sahaja kemarahannya saya tidak pernah pedulikan menyebabkan Mary senang berbicara dengan saya.
“Lelaki itu memang kurang ajar..”Satu hari Mary meluahkan rasa pada saya?.
“You bercakap mengenai seseorang yang telah menyakitkan hati you?”
Saya tanya dengan suara perlahan pada Mary. Mary yang datang dan duduk depan saya, merenung saya dengan pandangan sedih.
“Dia suami I yatie…”
‘Kenapa, you nampak dia bawa perempuan lain?”
Saya cuma menebak. Bagi saya, itu salah satu punca kenapa isteri sakit hati dengan suami.Walau ketika itu saya belum berkahwin tetapi pengalaman banyak mengajar saya.
“Bukan bawa yati, dia ada perempuan simpanan sejak 10 tahun yang lalu. I mula tahu di tahun ke 8 dia menyimpan perempuan tersebut.”
Mary lantas bercerita, bagaimana dia tahu suaminya seorang kontraktor yang selalu ke luar kawasan mempunyai perempuan simpanan. Ketika itu suaminya dirawat di rumah sakit di Pahang. Apabila dia bergesa ke hospital dan memberitahu jururawat yang dia mahu melawat suaminya, Mr Kim. Jururawat lantas bertanya.
“Bukankah sebentar tadi isteri Mr Kim baru pulang dengan anak-anaknya?”
Ketika itu Mary merasakan yang dunia jatuh ke pundaknya. Hatinya merasa terlalu sakit dan apabila disiasat, nyata suaminya sudah mempunyai 2 anak dengan perempuan yang tinggal di Pahang itu dan mereka sudah mempunyai hubungan selama 8 tahun! Bayangkanlah, hati isteri mana yang tidak retak.
“Jadi apa yang you lakukan?”
Saya bertanya Mary. Hati saya bagai disentap. Melihat Mary menangis, mata saya berair. Dalam diam saya tertanya-tanya. Kenapa saya berjumpa dengan orang yang sentiasa mempunyai masalah yang hampir serupa? Apa yang ALLAH mahu tunjukkan pada saya?
“I cuba mendiamkan diri yati. I tahu lebih baik suami I tak tahu yang I sudah tahu, daripada dia tahu I sudah tahu..”
‘Jadi..kenapa you kata dia kurang ajar?” saya bertanya Mary sambil mata saya menatap wajahnya yang putih merah itu. Wajah cantik, tubuh mengiurkan. Suami masih mencari yang lain.
“Hari ini hari jadi I. Pagi tadi, dia ucap selamat hari jadi pada I. Dia beri I RM7,000 untuk shopping tapi kemudian dia pergi outstation. I tahu dia mesti ke Pahang berjumpa perempuan tersebut…”
Mata Mary berair lagi. Saya renung wajah Mary dengan rasa simpati. Duit rupanya tidak dapat membahagiakan hati Mary.
“Paling kurang dia masih ingat hari jadi awak Mary, bahkan memberi awak sesuatu di hari jadi awak. Ada suami sudahlah tidak ingat hari jadi isteri dan anak-anak. Bahkan anak dan isteri dipukul sewenang-wenangnya. I tahu ianya menyakitkan hati you. Menyimpannya terlalu lama, menyebabkan sakit you bernanah. Memberitahu orang, I tahu you malu. Tapi I tahu you kena lepaskan..” nasihat saya pada Mary.
“Kalau you, apa yang you akan buat yatie..” Mary bertanya saya.
Lama saya mahu menjawab kerana saya benar-benar tidak pasti jawapan saya ketika itu. Sudahlah saya belum berkahwin, bahkan usia saya hampir separuh dengan usia Mary. Jawapan apa yang paling tepat untuk saya berikan?
“.I akan bersemuka dengan suami I. I akan beritahu dia, apa yang I tahu. I akan berbincang dengan dia cara orang dewasa. Bertanya kekurangan diri yang perlu I perbaiki dan I akan suruh dia tanda tangan satu surat supaya hak I dengan hak anak-anak I tidak terabai..”
Jawapan saya entah betul entah ke tidak bagi Mary. Namun melihat Mary gembira dengan jawapan saya, saya juga gembira. Berkawan dengan Mary saya tahu Mary terlalu memendam perasaan, dia tidak berjumpa dengan seseorang yang boleh diceritakan masalahnya. Jadi dia meluahkan dengan cara menyakitkan hati orang lain.
Beberapa hari kemudian, Mary datang berjumpa dengan saya. Dia memberitahu dia telah melakukan seperti yang saya beritahu padanya. Walau hubungan dengan suaminya tidak banyak berubah seperti sebelumnya. Namun kata Mary dia lebih gembira kerana dapat berbincang dengan suaminya dengan hati yang terbuka dan secara orang dewasa! Namun apa yang dibincangkan tidak pula diberitahu pada saya. Sejak hari itu Mary nampaknya lebih gembira daripada hari-hari sebelumnya...
Dan sampai sekarang..saya tertanya-tanya, apa yang dibincangkan oleh Mary dan suaminya. Namun saya gembira kerana Mary pandai menyimpan rahsia.

Sunday, May 4, 2008

MUFTI PERLIS VS FAIZAL TAHIR

Beberapa hari yang lepas ketika membaca berita mengenai Faizal Tahir yang tidak dibenarkan membuat persembahan di Perlis, saya berbual dengan kawan-kawan saya di internet.
“Apa punya mufti bercakap macam tu. Kalau mahu menegur Faizal. Buatlah teguran secara tertutup. Ini bukan sahaja menjatuhkan maruah Faizal tetapi keluarga dia. Bukan sahaja si Faizal tu ada anak, tetapi dia masih ada emak dan bapanya.”
Kawan saya Awek Cun memberikan pendapatnya. Saya mengiakan kata-kata tersebut. Mungkin kerana bagi saya sebagai seorang mufti, mestilah beliau seorang yang tegas tetapi di dalam masa yang sama perlu berhemah dan berhikmah dalam menjalankan tugasnya.
“Tapi kita tak boleh salah mufti juga. Mungkin surat yang ditujukan pada stesen telivisyen itu bukan untuk dipaparkan pada media dan dihebahkan. Sebagai seorang mufti beliau sudah pasti tahu selok belok ugama. Faizal ada juga silapnya, ambil gambar posing mesti terbuka mulut, terlompat-lompat. Dia dah cukup handsome dan dikenali ramai. Tak payah buat gaya macam tu. Orang dah kenal dia. Suara dia bagus. Dia boleh pergi jauh”
Balas saya berseloroh. Saya tidak suka mendengar lagu, tapi suka juga menonton filem. Mendengar suara Faizal dalam Waris jari hantu. Saya akui dia seorang penyanyi yang ada bakat.
“Dia nak melompat apa salahnya. Itu style dia. Dalam islam tak marah pun umatnya melompat-lompat. Bersenam, berarobik pun kena melompat-lompat juga. Dah gaya Faizal macam tu, gaya cari makan. Lagipun dia lelaki. Penyanyi perempuan yang menyanyi sampai nampak alur sana sini, nampak lurah dendamnya tidak pula kena tembak dek mufti..”
Balas pula si Cek Nah. Tak tahulah Cek Nah ni berasal dari mana. Tetapi kalau melihat cara dia bercakap, dia seperti membela Faizal Tahir.
“Seingat saya itu juga pernah ditegur oleh mufti, bukan Mufti Perlis tetapi mufti Perak..”
Balas saya tenang. Ini perbincangan santai. Tidak perlu ambil hati.
“Faizal Tahir dia buka baju tetapi seluarnya masih ada. Lagipun aurat dia pusat dan lutut. Tetapi penyanyi perempuan bukan sahaja buka kepala tetapi buka semua-semuanya. Kenapa mufti tak tegur. Kenapa ada pilih kasih. Kenapa..bla..bla..bla....”
Sambung, Cek Nah macam tak puas hati. Saya diam sambil membaca patah-patah perkataan yang tidak boleh saya paparkan di sini. Saya perlu jaga aib seseorang apatah lagi seorang Mufti muda yang masih banyak baktinya boleh dicurahkan kepada umat Islam di Perlis khasnya dan di Malaysia amnya.
“Betul kata awak Cek Nah, bagaimana pula artis yang terlibat dengan dadah hingga berkali-kali diberi peluang oleh bukan sahaja peminat tetapi pihak berkuasa. Bahkan alim ulamak tidak bersuara pun. Macam membenarkan sahaja. Bukankah itu kesalahan yang cukup besar dibandingkan dengan membuka baju?”
Awek Cun membalas. Saya setuju dengan kata-kata Awek Cun, saya juga setuju dengan Cek Nah, bahkan saya juga setuju dengan Mufti Perlis.
Semua pendapat itu betul. Cuma secara peribadinya, saya lebih suka kalau seseorang pendakwah itu menjalankan dakwahnya secara berhemah dan berhikmah. Seboleh-boleh menjaga maruah orang yang mahu didakwanya. Saya juga gembira kalau seseorang penyanyi itu menjaga tingkahnya kerana mereka adalah contoh serta idola generasi muda di luar sana.
Dan sebagai manusia biasa, yang ilmu hanya setitik jika dibandingkan dengan lautan yang terbentang. Saya berpegang pada kata-kata orang tua-tua.
“Jagalah maruah orang lain supaya maruah kita terpelihara…”

HIKMAH DALAM BERDAKWAH

Sering kali kita mendengar orang mengatakan hendaklah berdakwah dengan cara berhikmah. Mereka berdalilkan firman Allah yang bermaksud :
“ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125).Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai.
Kepelbagaian jenis ini harus dihadapi dengan cara yang sesuai dengan tahap kecerdasan, sepadan dengan iklim budaya fikirnya dan tabiat masing-masing. Ini merupakan dasar-dasar dakwah yang telah digariskan oleh ajaran Islam iaitu mengajak manusia meniti jalan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah dengan jalan dakwah terbaik yang sesuai dengan kondisi manusia. Ajaklah kaum cendekiawan yang memiliki pengetahuan tinggi untuk berdialog dengan kata-kata bijak sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Terhadap orang awam, ajaklah mereka dengan memberi nasihat dan perumpamaan yang sesuai dengan taraf mereka sehingga mereka sampai kepada kebenaran. Debatlah dengan ahli kitab yang menganut agama-agama terdahulu dengan logika dan retorika yang halus, melalui pendekatan yang baik, lepas dari kekerasan agar mereka merasai puas dan menerima dengan lapang dada. Itulah metode berdakwah yang benar kepada agama Allah sesuai dengan kecenderungan setiap manusia. Syeikh Muhammad Abduh menyimpulkan dari ayat di atas bahawa seorang pendakwah akan menghadapi tiga jenis manusia iaitu golongan cendekiawan yang dapat berfikir secara kritis dan mendalam, cepat dapat menangkap sesuatu persoalan. Mereka ini harus didakwah dengan berhikmah, iaitu dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka. Kedua adalah golongan orang awam yang kebanyakkannya belum dapat berfikir secara kritis, belum dapat menangkap pengertian yang tinggi-tinggi. Mereka hendaklah didakwah dengan nasihat dan pengajaran yang baik iaitu melalui pendidikan yang baik dan mudah difahami. Ketiga adalah golongan yang tingkat kecerdasannya diantara yang tersebut diatas. Mereka ini hendaklah didakwah dengan bertukar-tukar pandangan dan fikiran yang boleh mendorong untuk berfikir secara sihat dalam mencari kebenaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan adalah mengikut kondisi orang yang didakwahnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim) Walaupun begitu Mohd. Natsir dalam bukunya Fiqhud-dakwah menyebutkan bahawa hikmah itu lebih dari semata-mata ilmu. Ia adalah ilmu yang sihat, yang sudah dicernakan; ilmu yang padu dengan rasa-periksa, sehingga menjadi daya penggerak melakukan sesuatu yang bermanfaat lagi berguna. Kalau dibawa kepada bidang dakwah ia bermaksud melakukan sesuatu tindakan yang berguna dan efektif. Inilah yang lebih benar kepada memahamkan maksud hikmah dalam erti kata yang lebih luas daripada membatasi erti hikmah kepada alat atau cara menyampaikan dakwah kepada golongan cendekiawan. Oleh itu, hikmah dalam bidang dakwah diperlukan dalam semua golongan, baik golongan cendekiawan, orang awam atau golongan yang suka bersoal jawab dan berdebat. Perkara ini membawa erti bahawa hikmah itu meliputi cara atau taktik berdakwah yang diperlukan dalam menghadapi golongan tersebut. Dalam bahasa Melayu hikmah membawa erti kepandaian dan kebijaksanaan. Di dalam al-Quran hikmah disifatkan sebagai anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud : “Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah, ayat 269)
Oleh:Mohd Rumaizuddin Ghazali

Faizal Tahir akur teguran Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin tetapi pada masa sama sedih kerana ada perkataan yang dikeluarkan itu mengguris hati keluarganya. “Saya menganggap komen itu positif sebab beliau adalah mufti. Sudah pasti beliau mahu yang terbaik untuk rakyat Perlis,” kata naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million (OIAM) itu. Bagaimanapun, beliau berharap pada masa depan, mereka yang ingin menegur atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perilakunya turut memikirkan kesannya kepada keluarga dan mereka di sekeliling beliau.
“Kenyataan sebegini turut memberi kesan kepada keluarga termasuk isteri dan dua anak serta ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui Berita Minggu pada sesi latihan Anugerah Industri Muzik (AIM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin. Mengenai reaksi ibu bapa Faizal sendiri apabila mengetahui berita berkenaan, katanya, mereka terkejut kerana kenyataan berkenaan keluar daripada mulut seorang mufti yang dihormati masyarakat. “Ibu bapa saya agak terkejut kerana mereka juga mempunyai latar belakang agama yang kuat. Cuma mereka tidak nampak kenapa sampai perlu nama saya disebut. Ia kerana pada mereka jika mahu diberikan contoh pun biarlah secara umum tidak perlu sebut nama sesiapa kerana ia lebih profesional,” katanya.
Khamis lalu, Mufti Perlis itu dilaporkan berkata beliau tidak bersetuju Faizal membuat persembahan di negeri itu kerana artis itu berambut panjang, sering meraung dan melompat-lompat ketika persembahan yang tidak sesuai untuk tontonan rakyat Perlis. Faizal berkata, beliau faham tidak semua orang boleh menerima aliran muzik seperti rock dan dangdut. Walaupun ada sesetengah pihak menganggap kenyataan Mufti Perlis seperti penghinaan, Faizal berkata: “Saya tidak fikir ia satu penghinaan dan tidak mahu memikirkannya. Jika saya berfikiran ia menghina maka ia akan memberi kesan negatif kepada diri sendiri. Isu ini akan menjadi lebih panjang. “Perkara ini, buat saya lebih kuat kerana ini ujian untuk saya. Kalau saya tidak kuat mungkin saya terus diam dan tidak lagi menyanyi. Alhamdullilah, saya masih mampu dan mempunyai kekuatan meneruskan kerjaya saya,” katanya.
Ditanya perasaannya apabila Mufti Perlis menyifatkannya berada pada tahap krisis identiti kerana tidak mengetahui hala tuju sendiri dan tidak mengetahui siapa diri sebenar kerana `sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman', katanya beliau berasa lucu dan kelakar dengan kenyataan itu. “Bukannya saya nak jadi seperti Superman pun. Sebagai manusia saya akan tetap terus jadi manusia sampai bila-bila. Cuma minat saya pada Superman saja, mungkin ada salah faham mengenainya. “Saya sebagai penghibur cuma melakukan kerja saya dengan baik dan mungkin cara saya menghiburkan orang sebegitu dan kebetulan saya minat kepada watak Superman. Cuma kalau hendak dipertikaikan tingkah laku dan kesilapan yang lepas, sebagai manusia biasa, saya minta diberi peluang memperbetulkan diri,” katanya.

Saturday, May 3, 2008

CERITA PASAL MAKAN LAGI!

Sambal goreng yang cilinya digiling. Kalau cilinya di mesin sudah lain rasanya.


“Bila kamu nak balik kampung? Dah lama kamu tak balik”
Hari itu saya menelefon kampung, emak tiri saya yang kami panggil Nek Senah, menjawab panggilan saya. Selepas sahaja saya memberi salam, itu yang ditanyanya!.
Bukan saya sudah lama tidak balik kampung, tetapi saya jenis yang memang sering balik kampung. Jadi kalau 1 bulan 1 hari saya tidak menjengukkan muka di kampung, orang-orang kampung merasakan yang saya sudah lama tidak balik kampung.
“Nantilah mungkin hujung minggu ini saya balik..”
Beritahu saya. Kampung saya bukan jauh. Cuma di Melaka sahaja. Hidupkan enjin kereta,tekan minyak. Satu jam setengah selepas itu sampailah di halaman rumah.
Saya kalau balik kampung, banyak sebabnya. Salah satu sebabnya, kerana nak makan sambal goreng yang seperti saya ceritakan dahulu.!
Belum hujung minggu saya sudah sampai ke kampung. Sampai sahaja, agenda biasa saya, saya akan terus ke dapur. Buka periuk, buka tudung saji. Sambal dengan ikan masin membuat saya senyum lebar.
“Ibu sudah kaya pun mahu makan, makanan begini..”
Suara pembantu rumah saya apabila melihat saya mengaul nasi panas dengan sambal goreng. Mungkin dia hairan melihat saya menyuap macam orang sudah 10 hari tidak makan. Saya sudah kaya? Amin..Amin..harap-harap masinlah mulut pembantu rumah saya. Hahh..ha..ha..
“Dari kecil saya makan, makanan ini. Kamu tahu makanan ini tidak akan saya jumpa walau di mana saya pergi. Saya pergi bulan pun saya tak akan jumpa.”
Jawab saya berseloroh.Memang sambal mesti berada di atas meja di kampung saban waktu. Sarapan pagi pun ada sambal, kadangkala kami makan dengan nasi, kadangkala dengan roti canai. Tengah hari pun ada sambal. Malam pun begitu. Tidak ada sambal memang tidak sah!

Ikan duri/ ikan otek masak asam pedas. Kami selalu berebut-rebut mahukan kepalanya. Tetapi selalunya adik beradik yang tinggal di kampung akan beralah dengan kami yang sesekali balik. he..he..


Petang itu pula emak tiri saya memasakkan saya kepala ikan duri masak asam pedas yang dicampur kari sedikit. Yummmy..yummy. Saya mengacau periuk dengan senduk, mencari-cari kalau ada telor ikan duri di situ. Dapatlah seketul kecil. Jadilah menghilangkan kempunan saya.
“Masa beli ikan tadi, tak banyak yang ada telur..”
Beritahu Nek Senah. Dia tahu masakan kegemaran saya. Sambal goreng ikan bilis, kepala ikan duri masak asam pedas atau ikan otek (ikan otek masa kecilnya, dah besar jadi ikan duri, mana nama itu didapati, tak tahulah saya. Sebab sejak dari kecil, saya sudah mendengar nama ikan tersebut sudah begitu) sambal tumis sulur keladi, siput masak keladi dan macam-macam makanan klasik yang membesarkan saya!
Saya boleh makan sepinggan penuh kalau ada lauk begitu. Sedangkan setiap hari saya jarang menyentuh nasi dan paling banyak pun makan hanya sengenggam. (Mungkin makin tua selera makin hilang).
“Keladi tak banyak sulurnya, kalau tak boleh masak sambal.”
Beritahu Nek Senah. Alahai..balik satu hari macam-macam saya nak makan. Tetapi Nek Senah rajin melayan selera saya dan juga selera adik beradik yang lain. Dia tahu kami sukakan masakan klasik yang sebegitu yang amat sukar kami jumpa di mana-mana. Bahkan dia juga rajin memasak kuih muih yang jarang saya jumpai di bandar Kajang seperti kuih abuk-abuk dan apam tawar yang dimakan dengan pengat pisang.
“Di pasar sulur keladi adalah agaknya. Kalau kau rajin pergi pasar, belilah aku masakkan kau sambal tumis..”
Beritahu Nek Senah. Esok pagi saya sudah nak balik, bila masanya saya mahu ke pasar. Ahh..kalau bercerita pasal pasar di Melaka. Macam-macam makanan kegemaran saya yang ada di situ. Salah satunya jering rebus dimakan dengan kelapa. Saya boleh makan sampai 3 bungkus (sebungkus dijual RM1 ada dalam 5 biji). Aduh..aduh..sedapnya!
Entahlah…bagi saya bagilah makanan sedap mana pun, dari pelusuk dunia. Letakkanlah seekor kambing yang dibakar di hadapan mata. Saya pasti menolak kalau ada makanan yang saya sebut di atas.
Bak kata pembaca blog saya Mastura dan juga kebetulan orang kampung saya, dia suka sambal goreng ikan bilis, bila dia memasakkan untuk keluarga mertuanya mereka semua suka dan memanggilnya sambal gila.
Memanglah Mastura..boleh gila kita kalau makan, makanan klasik yang mungkin tidak sedap di tekak orang tetapi sedap ditekak kita sampai bila-bila!


Friday, May 2, 2008

YATIE JANGAN JADI TIN KOSONG!

Membaca berita Tan Sri Sm Nasimuddin meninggal hari ini, entah mengapa dada saya sebak. Bagi saya kematian beliau masih terlalu awal. Dalam usia cuma 53 tahun dan kalau mengikut perkiraan kepala saya yang dangkal ini, saya berharap beliau boleh hidup 20 atau 30 tahun lagi..
Beliau dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari adalah individu yang cukup saya ‘admire’. Memang ramai orang lain yang berjaya selain daripada mereka berdua. Tetapi kejayaan kedua-dua mereka yang jarang dicanangkan, benar-benar membuat saya teruja mahu mengetahui perkembangan mereka. Bahkan wajah ke dua-duanya amat jarang keluar di akhbar-akhbar. Berbanding dengan ahli-ahli perniagaan yang lain.
“Yatie..awak jangan jadi tong kosong. Bising sahaja tapi ilmu tak ada.”
Saya teringat ketika berada di dalam darjah enam seorang guru berbangsa cina menegur saya. Ketika itu kelas lukisan sedang dijalankan. Mungkin kerana saya suka bercakap dan bercerita di dalam kelas agaknya guru tersebut menegur. Walau saya bukanlah bagus sangat tetapi didalam kelas,paling teruk pun keputusan saya mendapat tempat ke 3.
“Orang yang banyak ilmu, selalu akan diam. Tak suka tonjol diri. Orang yang suka tonjol diri. Bercakap sana sini. Sama macam tin kosong…”
Kebetulan ketika itu ada satu tin kosong bekas serbuk pewarna untuk kelas lukisan. Guru saya mengambil tong tersebut dan menjatuhkan ke atas lantai. Berbunyilah tin tersebut. Kling klong..kling klong.
“Cuba saya jatuhkan tin ini..”
Dia mengambil tin yang masih penuh dengan serbuk pewarna. Blup..sahaja bunyinya tin tersebut mencecah lantai.
“Orang yang banyak ilmu tidak akan bercakap banyak. Tidak tunjukan diri dia selalu dekat surat khabar, dekat TV. Orang yang banyak ilmu dalam diam akan terus maju dan maju. Macam tin ini. Sebab dia penuh, dia tak banyak bunyi. Tin kosong tadi..sebab kosong, banyak bunyi. Awak kena percaya cakap saya. Awak akan berjaya kalau awak bukan tin kosong.”
Ketika itu pening juga kepala saya mahu memikirkan kata-kata guru saya itu. Yalah..ketika itu usia saya cuma 12 tahun. Susah mahu memahami perkara yang berat-berat. Namun bila meningkat dewasa. Saya mula percaya. Cakap cikgu lukisan saya itu betul. Tin kosong memang banyak bunyi!
Sebab itu apabila Azrina wakil Syarikat Buku Popular menghantar e-mail dan membuat komen pada saya, yang mengatakan saya terlalu low profile. Saya serta merta teringatkan cikgu lukisan saya.
“Orang yang banyak bunyi adalah macam tin kosong.”
Saya takut mahu menjadi tin kosong. Saya mahu menjadi seperti Tan Sri SM Nasimuddin dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang dalam diam, tanpa banyak publisiti menjadi sebagai individu yang amat berjaya.

TAN SRI SM NASIMUDDIN MENINGGAL DUNIA

Lelaki yang berusia 53 tahun ini memang cukup mengagumkan saya. Seorang ahli perniagaan yang saya rasa tidak suka menonjolkan diri tetapi sentiasa berisi dengan 'ilmu perniagaan' yang amat jarang ada pada diri orang lain.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.
Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.
Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.
Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.
Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.
Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.
Di Malaysia, keuntungan sebuah syarikat automotif yang berdaya maju dianggar berdasarkan nilai jualan yang dicatatkan. Justeru, keupayaan kumpulan itu membuat tawaran membeli 40 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd dan membangunkan kilang pemasangan dan kejuruteraan di Bertam, jelas menunjukkan ia syarikat yang kaya tunai.
Sehubungan itu, penganalisis mengangarkan Kumpulan Naza bernilai lebih RM6 bilion terutama dengan mengambil kira prestasi yang dicatatkan bahagian automotif, hartanah dan perhotelannya.
Dilahirkan pada 1955, Nasimuddin meminati kereta dan industri automotif sejak menuntut di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada usia 21 tahun, bermodalkan RM80,000 yang ditabung hasil upah kerana pembantu bapanya seorang kontraktor, beliau mula terbabit dalam perniagaan kereta mewah terpakai memanfaatkan dasar Permit Import (AP) untuk Bumiputera pada 1975.
Dengan RM80,000 itu beliau membeli 20 AP dan terbang ke Jepun. Selepas tiga bulan mendalami selok belok perniagaan kereta terpakai, Nasimuddin membawa pulang 20 kereta dan habis menjualnya dalam tempoh tiga bulan.
Nasimuddin memulakan perniagaan automotif di sebuah rumah kedai di Taman Maluri. Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan menjual antara 40 hingga 60 unit kereta sebulan.
Kebangkitan Nasimuddin dalam industri automotif adalah sepantas kereta sport mewah yang diminatinya seperti Porche dan Ferrari.
Perjalanan perniagaannya bukan tanpa cabaran, terutama daripada aspek pembiayaan dan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan membeli kereta terpakai, tambahan pula ketika itu ramai pengguna yang kurang berkeyakinan terhadap kereta Jepun.
Bagaimanapun, minat mendalam terhadap apa yang dilakukannya membolehkannya melalui semua itu dan hinga kini, beliau muncul sebagai antara tokoh automotif paling digeruni dengan menawarkan kereta mampu milik seperti Naza Sutera hinggalah kepada kereta import mewah seperti Naza-Brabus.

Thursday, May 1, 2008

BALKISH

Alhamdulilah, Balkish sekarang membesar menjadi anak yang comel dan cerdik. Walau dia tidak dilahirkan oleh saya atau kakak saya. Dia tetap anak kami.


Petang itu Kak Sam (nama samaran) menelefon saya. Memberitahu yang dia mendapat seorang anak angkat. Kata dia sudah lama dia menginginkan seorang lagi anak. Saya terpaku mendengar kata-katanya. Dalam keadaan saya mengandung dengan alahan yang teruk saya benar-benar tidak senang dengan ceritanya.
“Akak tak boleh ambil anak itu? Jangan tambahkan beban akak…”
Saya berkata dengan nada yang agak tinggi. Saya bukan menolak takdir tuhan, jauh sekali rezeki yang diberikan. Namun saya menolak keadaan Kak Sam yang saya rasa tidak layak menjaga seorang anak angkat. Hampir setahun dia duduk di rumah yang saya sewakan.Bahkan saya sering menghantar makanan kepadanya. Sebagai janda, bekerja sebagai kerani dan terpaksa menampung hidup dengan anaknya, rezeki kak Sam memang tidak mencukupi. Apatah lagi dia terpaksa menanggung hutang yang bukannya sedikit. Bahkan hutangnya dengan saya pun sudah ribuan ringgit.
“Tak apa..akak boleh.”
Dia menjawab seperti marah kerana saya mempertikaikan kedudukkannya. Inilah Kak Sam, walau hidup susah tetapi kadangkala dia susah mengawal nafsu diri. Dia pernah membeli baju kurung yang berharga RM120 dan mengatakan ianya murah. Sedangkan pada hujung bulan dia selalu mengeluh tidak ada duit. Ahh..sekarang penyakit wanita itu datang lagi!
“Tidak..akak kena berikan budak itu pada orang yang boleh menjaganya. Saya tahu ramai di luar sana sedang menunggu untuk mendapatkan anak ini. Kalau akak kasihan budak itu, letakkan dia ditempat yang selamat dan lebih baik.”
“Kau ingat akak tak mampu?” Tanya kak Sam keras.
“Memang akak tak mampu, hutang saya pun akak tak mampu bayar. Bagaimana mahu menjaga anak ini nanti, makan pakai dan kebajikan dia.”
Biar saya berterus terang dan menguris perasaan Kak Sam asalkan dia sedar tindakan dia tidak betul. Saya tahu, salah satu penyakit Kak Sam memang suka menunjuk dirinya mampu, pakai itu ini tetapi di hadapan saya selalu menangis tidak cukup wang. Walau kadangkala saya rimas, tetapi saya bantu juga.
Malam itu ketika saya sedang berbaring melayan perasaan sambil mengusap perut yang berdenyut-denyut. Kak Sam menelefon saya. Mengajak saya datang ke rumahnya.
“Kau ambillah anak ini..”
Sebaik sahaja saya menjengukkan muka ke rumahnya, dia memberitahu saya. Mungkin ketika ini fikiran warasnya datang menjenguk, selepas menimbangkan kata-kata saya. Di tengah rumahnya ada seorang kanak-kanak kecil yang sedang terbaring. Kulitnya hitam manis. Saya pandang dengan perasaan simpati terhadap anak itu. Dia lahir ke dunia ketika perpisahan emak dan ayahnya sedang menjenguk. Dan sekarang ini dia jatuh ke tangan orang yang belum tentu dapat membesarkan dia dengan baik.
“Saya tengah mengandung. Nanti saya tanya kakak saya, kalau dia mahukan anak ini..”
Kebetulan saya ada seorang kakak yang sudah bertahun-tahun berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Malam itu apabila saya bertanya dengan kakak saya, dia seperti enggan tetapi abang ipar saya begitu teruja sekali.
“Kalau kakak kamu tak mahu. Kita ambil sahaja. Kesian saya melihat budak tu. Kita ambil pembantu rumah. Tak cukup satu, kita ambil dua..”
Suami memberitahu saya apabila dia melihat saya terkebil-kebil memikirkan masalah yang datang. Saya kasihankan dengan anak itu, namun dalam keadaan saya mengandung dan tidak sihat ini. Bagaimana saya mahu menjaganya?
“Harap-harap ALLAH buka hati kakak saya untuk mengambil anak itu.” Saya memberitahu suami dan terus berdoa supaya anak itu jatuh ke tangan orang yang boleh membesarkan dia dengan baik.
Nyata doa saya didengari oleh ALLAH. Esok paginya kakak menelefon memberitahu yang dia bersetuju untuk mengambil anak itu sebagai anak angkat.
Rupanya anak yang dibawa balik oleh Kak Sam itu harus melalui beberapa prosedur termasuk temuduga dan beberapa bayaran pelepasan yang besar juga jumlahnya. Saya hanya tahu apabila abang ipar saya datang untuk mengambil anak tersebut. Namun semua itu, dapat diselesaikan dengan baik dan kami mendaftarkan anak itu mengikut undang-undang dan saya sendiri menamakan nama anak itu dengan nama, Balkish.
Pada mula mengambil Balkish, kakak saya memang sukar mahu menyesuaikan dirinya. Maklumlah mendapat anak mengejut begitu dan tidak bersedia. Dia sering kali menelefon saya yang mengatakan Balkish sering menangis dan kepalanya pening kerana tidak cukup tidur. Namun apabila masa berlalu, Balkish membesar menjadi anak yang comel dan cerdik. Bahkan kecerdikannya melebihi anak yang seusia dengannya.
“Anak ibu memang bijak..” kata-kata itu sekarang kerap diucapkan oleh kakak saya sambil mencium-cium Balkish.
“Yalah..sekarang kaulah mengaku ini anak ibu, dulu yang selalu telefon komplen, Balkish suka menangis, siapa?” aku mengusik kakak. Kakak hanya ketawa.
Seperti tahu yang saya menguruskan pengambilan dia, Balkish yang hanya tua 5 bulan daripada Qaisara sering berebut peha saya dengan Qaisara setiap kali dia berjumpa dengan saya. Bahkan dia juga begitu manja dengan saya dan memanggil saya ‘umi’. Bagi saya pula, setiap kali membelikan Qaisara baju saya tidak lupa membelikan untuk Balkish kerana saya tahu, dia juga anak saya. Setiap hari saya pasti bercakap dengannya di telefon walaupun kadangkala butir-butir katanya tidak jelas. Maklum anak baru 2 tahun 7 bulan, Saya berharap satu masa nanti apabila Balkish besar dia akan menjadi anak yang soleh dan dapat menerima saya dan kakak saya sebagai ibunya sendiri. Walau kedua-dua kami tidak melahirkannya!