Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 15, 2008

LELAKI KURANG AJAR...

11 tahun yang lalu, saya kenal lelaki itu dalam keretapi ketika saya dalam perjalanan ke Taman Negara. Dia berasal dari negara Mesir dan bekerja sebagai drug designer di New Work. Orangnya bertubuh tinggi, wajahnya boleh tahan.
“Gaji saya dibayar mengikut jam..”
Dia memberitahu saya apabila pertama kali kami berjumpa. Saya hanya menganggukkan kepala saya. Sebagai seorang professional sudah pasti wang ringgit bukan menjadi masalah utama lelaki tersebut. Bahkan kalau dihitung gaji yang didapati lelaki tersebut melebihi 30 ribu USD sebulan dan kalau dikalikan kepada ringgit sudah hampir mencecah 100 ribu ringgit (itu yang dicerita pada saya)
“Kamu puas hati dengan kerja kamu..”
Saya bertanyakan lelaki tersebut di pertemuan susulan. Dia seorang yang lemah lembut dari penghamatan saya tetapi satu perkara yang saya tidak suka pada dia. Dia suka bercakap mengenai harta, wang ringgit dan ini benar-benar memeningkan kepala saya.
“Sudah pasti, saya adalah salah seorang drug designer yang agak terkenal di Amerika. Kalau awak tak percaya, awak buka web site..ini dan ini..bla..bla..bla..”
Saya hanya tersenyum, walau dalam hati mengatakan lelaki ini agak angkuh dengan kedudukannya. (saya membuka web-site memang kata-kata lelaki itu benar. Beliau salah seorang pegawai kanan dalam salah satu kumpulan pakar perubatan di New York). Lelaki yang hanya beza setahun dari saya itu, sudah bercerai ketika dia berusia 26 tahun. Mereka tidak mempunyai anak dan bekas isterinya sekarang ini tinggal di Hawai.
“Awak suka Malaysia?”
Tanya saya pada lelaki yang bernama Ahmet apabila dia datang sekali lagi mengunjungi saya di Malaysia. Kalau lelaki ini pulang ke Amerika, kami selalu berbincang di dalam internet. Saya suka kalau Ahmet bercakap mengenai agama. Orang-orang Mesir mempunyai pegangan Mazhab yang berlainan dengan orang Malaysia. Sudah pasti ada pertikaikan antara kami walau bukan serius, tapi hanya untuk ilmu pengetahuan sahaja.
“Sudah tentu. Saya dengar dari kawan-kawan saya, orang melayu cukup patuh dengan kata-kata suaminya..”
Saya hanya tersenyum. Orang melayu memang ramai yang terdidik dengan hukum agama yang kuat. Sebab itu mereka patuh. Hati saya berbisik sendiri.
“Kalau saya kahwin dengan awak. Saya mahu awak juga begitu. Saya akan tentukan dengan siapa yang awak boleh berkawan. Saya juga akan pastikan yang keluarga awak tidak menganggu kehidupan kita. Selepas berkahwin awak jadi milik saya dan saya akan aturkan apa sahaja untuk awak. Pembantu rumah, pemandu dan sebagainya saya akan sediakan tapi awak tak boleh keluar ke mana-mana .”
Mulut saya melopong. Berkahwin?. Memang ketika itu saya masih bujang. Saya berkawan dengan Ahmet bukan untuk berkahwin. Hanya sebagai kawan menambahkan pengalaman saya. Bahkan dengan kedudukan Ahmet saya tidak mungkin sesuai dengannya. Saya hanya orang biasa-biasa sahaja.
“Maaf..awak bercakap mengenai perkahwinan?”
“Ya…” dia menganggukkan kepalanya.
Ketika itu saya hanya ketawa mengatakan yang perkahwinan masih terlalu jauh dari jangkauan saya walau usia saya sudah agak lewat ketika itu. Bahkan, tidak mungkin saya akan berkahwin dengan lelaki yang asyik bercakap mengenai harta, kerjaya, wang ringgit tetapi menyekat saya dari berhubung dengan kawan-kawan saya dan paling penting keluarga saya.
Kalau ditakdirkan saya berkahwin, saya mahukan seorang suami yang sederhana, boleh bercakap mengenai bola, agama, wayang, hoki kegemaran saya, artis dan sebagainya.
Dan itu kali terakhir saya berjumpa dengan Ahmet kerana hari-hari seterusnya saya enggan kerana takut hubungan tersebut disalah tafsirkan.
Bahkan saya juga beritahu Ahmet, jangan harapkan apa-apa dari saya. Saya tidak mungkin akan jadi isterinya, kerana saya masih memerlukan sahabat dan keluarga saya. Saya kenal mereka dahulu daripada saya kenal Ahmet dan saya katakan pada Ahmet. Untuk apa wang ringgit kerana wang ringgit bukanlah jaminan saya untuk rasa bahagia bagi meneruskan kehidupan ini.
Saya menjemput Ahmet di hari perkahwinan saya dan masih saya ingat kata-kata Ahmet yang menyebabkan saya tidak mahu mendengar khabar darinya lagi.
“Saya tahu kamu tidak akan bahagia dengan suami kamu. Tetapi tidak mengapa, carilah saya..”

2 comments:

tokma said...

Ya Allah, Subhanallah.....ada juga lelaki yang macam tu!. Seceteknya pengetahuan saya nilah, lelaki Mesir keseluruhannya memang bersikap begitu. Apa taknya, semasa saya di Mekah banyak kisah-kisah lelaki Mesir menceraikan isteri di khalayak ramai di dalam pusat membelibelah, suami Mesir menyeksa isteri, suami Mesir memisahkan isteri dari keluarga betahun-tahun lamanya dan banyak lagi. Setiap hari saya membaca akhbar Mesir sepulang saya dari sembahyang Subuh. Lelaki Mesir memang gasar dan tak berhati perut. Tapi siapalah kita untuk mengukur sebesar mana keangkuhan sikap lelaki Mesir. Walau bagaimana pun terlalu sedikit yang baik dan berhemah tinggi. Wallahhualam.... berdoa saja agar diri kita sentiasa dikurniakan dengan perkara yang baik-baik. InshaAllah.....

Lupa lak nak tanya, kata nak gi luar negara, bila tu..?

NB said...

Salam Tok Ma..
Insya-ALLAH saya akan ke Jepun pada minggu depan 25-31 May. Saya akan ke Tokyo dan mungkin bertemu dengan rakan-rakan suami di sana. Saya memang tidak berminat ke Jepun, tetapi memenuhi kehendak suami ikut sahajalah..