Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 3, 2008

CERITA PASAL MAKAN LAGI!

Sambal goreng yang cilinya digiling. Kalau cilinya di mesin sudah lain rasanya.


“Bila kamu nak balik kampung? Dah lama kamu tak balik”
Hari itu saya menelefon kampung, emak tiri saya yang kami panggil Nek Senah, menjawab panggilan saya. Selepas sahaja saya memberi salam, itu yang ditanyanya!.
Bukan saya sudah lama tidak balik kampung, tetapi saya jenis yang memang sering balik kampung. Jadi kalau 1 bulan 1 hari saya tidak menjengukkan muka di kampung, orang-orang kampung merasakan yang saya sudah lama tidak balik kampung.
“Nantilah mungkin hujung minggu ini saya balik..”
Beritahu saya. Kampung saya bukan jauh. Cuma di Melaka sahaja. Hidupkan enjin kereta,tekan minyak. Satu jam setengah selepas itu sampailah di halaman rumah.
Saya kalau balik kampung, banyak sebabnya. Salah satu sebabnya, kerana nak makan sambal goreng yang seperti saya ceritakan dahulu.!
Belum hujung minggu saya sudah sampai ke kampung. Sampai sahaja, agenda biasa saya, saya akan terus ke dapur. Buka periuk, buka tudung saji. Sambal dengan ikan masin membuat saya senyum lebar.
“Ibu sudah kaya pun mahu makan, makanan begini..”
Suara pembantu rumah saya apabila melihat saya mengaul nasi panas dengan sambal goreng. Mungkin dia hairan melihat saya menyuap macam orang sudah 10 hari tidak makan. Saya sudah kaya? Amin..Amin..harap-harap masinlah mulut pembantu rumah saya. Hahh..ha..ha..
“Dari kecil saya makan, makanan ini. Kamu tahu makanan ini tidak akan saya jumpa walau di mana saya pergi. Saya pergi bulan pun saya tak akan jumpa.”
Jawab saya berseloroh.Memang sambal mesti berada di atas meja di kampung saban waktu. Sarapan pagi pun ada sambal, kadangkala kami makan dengan nasi, kadangkala dengan roti canai. Tengah hari pun ada sambal. Malam pun begitu. Tidak ada sambal memang tidak sah!

Ikan duri/ ikan otek masak asam pedas. Kami selalu berebut-rebut mahukan kepalanya. Tetapi selalunya adik beradik yang tinggal di kampung akan beralah dengan kami yang sesekali balik. he..he..


Petang itu pula emak tiri saya memasakkan saya kepala ikan duri masak asam pedas yang dicampur kari sedikit. Yummmy..yummy. Saya mengacau periuk dengan senduk, mencari-cari kalau ada telor ikan duri di situ. Dapatlah seketul kecil. Jadilah menghilangkan kempunan saya.
“Masa beli ikan tadi, tak banyak yang ada telur..”
Beritahu Nek Senah. Dia tahu masakan kegemaran saya. Sambal goreng ikan bilis, kepala ikan duri masak asam pedas atau ikan otek (ikan otek masa kecilnya, dah besar jadi ikan duri, mana nama itu didapati, tak tahulah saya. Sebab sejak dari kecil, saya sudah mendengar nama ikan tersebut sudah begitu) sambal tumis sulur keladi, siput masak keladi dan macam-macam makanan klasik yang membesarkan saya!
Saya boleh makan sepinggan penuh kalau ada lauk begitu. Sedangkan setiap hari saya jarang menyentuh nasi dan paling banyak pun makan hanya sengenggam. (Mungkin makin tua selera makin hilang).
“Keladi tak banyak sulurnya, kalau tak boleh masak sambal.”
Beritahu Nek Senah. Alahai..balik satu hari macam-macam saya nak makan. Tetapi Nek Senah rajin melayan selera saya dan juga selera adik beradik yang lain. Dia tahu kami sukakan masakan klasik yang sebegitu yang amat sukar kami jumpa di mana-mana. Bahkan dia juga rajin memasak kuih muih yang jarang saya jumpai di bandar Kajang seperti kuih abuk-abuk dan apam tawar yang dimakan dengan pengat pisang.
“Di pasar sulur keladi adalah agaknya. Kalau kau rajin pergi pasar, belilah aku masakkan kau sambal tumis..”
Beritahu Nek Senah. Esok pagi saya sudah nak balik, bila masanya saya mahu ke pasar. Ahh..kalau bercerita pasal pasar di Melaka. Macam-macam makanan kegemaran saya yang ada di situ. Salah satunya jering rebus dimakan dengan kelapa. Saya boleh makan sampai 3 bungkus (sebungkus dijual RM1 ada dalam 5 biji). Aduh..aduh..sedapnya!
Entahlah…bagi saya bagilah makanan sedap mana pun, dari pelusuk dunia. Letakkanlah seekor kambing yang dibakar di hadapan mata. Saya pasti menolak kalau ada makanan yang saya sebut di atas.
Bak kata pembaca blog saya Mastura dan juga kebetulan orang kampung saya, dia suka sambal goreng ikan bilis, bila dia memasakkan untuk keluarga mertuanya mereka semua suka dan memanggilnya sambal gila.
Memanglah Mastura..boleh gila kita kalau makan, makanan klasik yang mungkin tidak sedap di tekak orang tetapi sedap ditekak kita sampai bila-bila!


2 comments:

tokma said...

Cerita bab makan ni, memanglah terkejur air liur lah NB. NB dah rasa tak masak lada ikan tongkol, berulam pulak dengan cili hijau kicap? Rasanya NB pernah makan kan? Dengan pekat kuahnya berhari-hari simpan, panaskan semula lagi sedap tau. Kalau tak ingat masakannya, datang rumah saya jamu NB makan, macam mana! kata OK je saya bagi alamat mesti datang. Saya sendiri akan masak ikut resepi bonda. Jujur, saya bukannya pakar masak tapi anak-anak jarang makan diluar, apa yang saya masak kering periuk dibuatnya. Air tanganlah katakan, betul tak NB.

MamaErra said...

Saya kalau tak ada selera makan, balik je ke rumah emak... sambal mal sure buat saya makan banyak nanti, sambal emak mmg tak akan dapat di mana2. Air tangan ibulah katakan...