Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 18, 2008

EVERYTHING'S THE 'SAMA'

“Malaysia ni tak ada apa, pergi mana-mana sama sahaja. Cuaca sama, tempatnya sama. Makanannya sama. Tak sedap langsung”
Apa komen anda semua yang mendengar kata-kata tersebut. Kalau saya sudah pasti telinga saya merah.Apatah lagi kata-kata itu diutarakan oleh warga asing yang sudah menetap di Malaysia, bukan setahun dua, tetapi sudah 30 tahun.
Lelaki yang bercakap seperti di atas adalah seorang lelaki Iran. Dia mengenali suami saya dan kami sering terserempak di pasaraya atau di jalanan. Dua hari yang lepas, saya dan suami terserempak lelaki itu lagi.
“Hahh..itu lelaki ‘sama’.”
Saya memberitahu suami saya. Suami ketawa dan seperti biasa dia menegur lelaki tersebut dan paling saya tidak suka sikap memprovokasi suami, hanya mahu mendengar lelaki itu berkata..everything’s the ‘sama’
“Malaysia is nothing. Everything’s the ‘sama’. The weather, food, pleace all ‘sama’”
Udah, dia buat lagi saya menggerutu dalam hati. Saya tatap lelaki yang saya tahu mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai ahli professional. Macam-macam kutukan dia terhadap Malaysia yang cukup menyakitkan telinga yang saya dengar dalam perbualan dia dan suami. Sesekali saya mencuit suami yang seakan-akan mengiakan kata-kata lelaki itu.
“Lelaki itu tidak tahu bersyukur..”
Itu kata-kata suami sambil ketawa-ketawa apabila lelaki Iran itu berlalu. Manakan tidak, setiap kali berjumpa dengan suami itu sahaja yang keluar dari mulutnya.
“Dia cakap cuaca di Malaysia sama. Bagi saya itu lagi baik, daripada 4 musim. Dari dia kesejukan tanpa pakaian tebal dan bahan api. Berapa ramai orang yang mati kesejukan di negara dia ketika musim sejuk kerana tidak dapat membayar bahan api yang terlalu mahal harganya?”
Sambung suami lagi. Menyatakan pendapatnya.
“Di sini semuanya murah. Baru-baru ini di Turki, satu buah kereta 2 Liter sekali masuk, tangki penuh kena bayar RM400-500. Saya rasa Iran pun macam tu. Saya dulu duduk Iran 2 tahun, saya tahu. Makanan bukan sedap sangat pun.”
Saya sendiri pernah ke Iran. Baru tiga hari saya sudah tidak boleh menerima makanan di sana. Semuanya sama. Tidak ada makanan Cina, Thai, Indonesia, bahkan makanan barat pun agak susah. Di Malaysia, apa sahaja makanan ada. Paling penting sediakan sahaja duitnya.
“Malaysia lebih baik dari Paris..”
Suami saya mengusap bahu saya lembut. Cuba menenangkan saya yang kadangkala marah kerana perkara yang sebegini.
“Orang di sini lemah lembut, hormatkan orang. Bahkan mereka semua amat menyayangi kanak-kanak. Separuh dunia saya pergi, saya paling sukakan Malaysia. Apa-apa makanan senang dapat. Tembikai tak payah tunggu musim panas, pisang melambak-lambak. Buah mangga Ya ALLAH..mana-mana boleh dapat. Durian…yummy yummy.”
Suami berlawak. Suami memang sukakan buah durian, cuma saya sering mengawalnya kerana makan durian terlalu banyak tidak baik untuk badan.
“Paling saya kagum di mana-mana ada padang permainan untuk anak-anak. Rumah kita buka pintu aja sudah ada padang kanak-kanak. Di pusat membeli belah pun ada tempat mainan kanak-kanak. Di klinik dan hospital pun ada.”
Sambung suami lagi. Hati saya sejuk dengan pujukan suami tapi mengenangkan kata-kata lelaki Iran itu, hati saya masih ada sisa panas.
“Jangan hiraukan cakap lelaki itu. Sudah 30 tahun di Malaysia, masih lagi nak bercakap benda yang sama. Saya ingat di Malaysia ini selain isteri dan anak dia, dia hanya berkawan dengan burung kakak tua agaknya. Asyik mengulang benda yang sama. Everything’s the .sama.’
Kali ini saya sudah ketawa besar. Gurauan suami mematikan rasa marah saya. Setiap kali mengingati kata suami, yang lelaki Iran itu pasti berkawan dengan burung kakak tua. Saya pasti tersenyum..

1 comments:

tokma said...

Assalamualaikum NB, baru pagi ini dapat membaca blog NB. 'Cuti-Cuti Di Rumah' saya ambil peluang untuk berkemas, cuci rumah, memasak, ke Giant membeli barangan dapur, 'yang penting'(bak kata Ustaz Wan Sohor Bani Leman) dapat bersama anak-anak dan cucu selama 3 hari tu.

Ya Allah, tergelak besar saya NB. Kelakarnya lelaki Iran tu, betul cakap suami NB, sememangnya 'dia' tak tahu bersyukur. NB bertuah dikurniakan hidup disamping suami yang baik dan amat memahami perasaan NB. TokMa doakan kasih sayang NB suami isteri bersama Qaisara yang comel kekal hingga keakhir hayat.

Ini pengalaman saya dalam tempoh hampir dua bulan saya di Madinah dan di Tanah Suci Mekkah, rata-rata penduduknya memberi layanan baik terhadap orang Malaysia. Kata mereka orang Malaysia bagus, tak susah nak berkomunikasi, lembut dan bersopan santun bila bertutur. Perkara ini berlaku pada rakan-rakan sebilik dan pada kami tiga beradik juga. Bila ada peluang ber'shopping' untuk mendapatkan sedikit buah tangan, kami dilayan dengan baik dan dapat membeli dengan harga yang berpatutan. Kadang-kadang diberinya hadiah berupa tudung, sejadah kecil, kopiah, tasbih dan macam-macam lagi.

Esok nak berangkat ke luar negara ye...enjoy yourself...selamat pergi dan balik. Panjang umur kita berutus lagi. Assalamualaikum.