Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 21, 2008

ANAK TAK MENGENANG BUDI

Baru-baru ini isteri abang saya menjalani satu pembedahan kecil di kaki, saya, suami dan kak saya Mijah bergesa pulang ke kampung bagi melawat beliau. Abang saya memang duduk berdekatan dengan rumah ayah saya di kampung. Hanya dua tiga langkah sahaja. Jadi kami mengambil kesempatan makan-makan dan berborak-borak, macam sudah lama tidak berjumpa, sedangkan 2 minggu lepas saya baru pulang. Seperti kata kakak saya Mijah, kita melawat orang sakit hanya 10 minit. Lebihnya berborak...
“Kamu apa-apa berlaku di kampung walaupun hanya perkara kecil pasti balik kampung ya. Ayah kamu sebenarnya bertuah mendapat anak-anak yang sebegini.”
Sekembali kami dari kampung, suami menyuarakan pendapatnya. Saya hanya memberitahu dia, itu tanggungjawab saya sebagi adik, kakak, ipar serta anak.
“Kamu nak tahu, beberapa hari yang lepas Nafee beritahu saya..”
Nafee adalah adik ipar suami saya yang sekarang menetap di Holland. Beliau bekerja sebagai seorang guru dan adik ipar saya, iaitu adik suami saya adalah salah seorang pengasas rumah anak yatim di Amsterdam.
“Apa cerita dia?”
Kerana jarang berjumpa, hanya di internet dan juga telefon menyambung hubungan kami.
“Diakan cikgu..”
“Ya..saya tahu.” Balas saya tenang.
“Dia baik dengan ayah,salah seorang anak muridnya. Menurut Nafee, ayah anak muridnya itu cukup kaya. Mempunyai beberapa gedung perniagaan di Holland.”
Saya mendengar apa yang cuba disampaikan oleh suami dengan penuh teruja.
“Kawan dia tu orang Holland?”
‘Tidak…dia orang Turki, tapi menetap di Holland. 2 minggu lepas kawannya itu mengajak Nafee pulang ke Turki.”
Saya tahu Nafee sendiri ramai saudara mara di Turki walau dia dilahirkan di Holland. Jadi berulang alik dari Turki ke Holland memang kerap dilakukan oleh Nafee.
“Kawan dia tu bayar tiket kapal terbang, naik kelas perniagaan. Kata Nafee itu pertama kali dia naik kapalterbang kelas perniagaan..”
Saya tersenyum sahaja mendengar kata-kata suami. Kadangkala cerita suami tidak seberapa tetapi cara dia bercerita membuat saya teruja.
“Kawan Nafee tu pergi ke Turki kerana mahu melawat ayahnya. Kamu tahu, Nafee benar-benar terperanjat. Dia ingat, ayah kawannya itu duduk di rumah besar di temani dengan ramai pembantu rumah. Rupanya dia hantar ayahnya di rumah orang tua. Kalau rumah orang tua yang mahal tak apa juga. Ini rumah orang tua untuk orang miskin. Nafee mengucap panjang. Terperanjat dan tak sangka. Kawan dia bukan main kaya lagi, tapi buat ayah macam tu. Marah sungguh dia dengan kawan dia, tapi kawan dia cakap apa awak tahu?”
Mata suami terbeliak-beliak, seolah-olah dia juga geram dengan kawan Nafee itu.
“Mana saya tahu, Nafee cerita dengan awak. Bukan dengan saya..” saya berseloroh. Suami saya menyeringai lebar. Kecil semula matanya yang terbeliak sebentar tadi.
“Dia kata buat apa nak bayar mahal-mahal sebab ayahnya sedang menunggu mati. Anak apa macam tu, tak guna. Kalau dari kecil sepatunya ditanam hidup-hidup sahaja…”
Suami sudah membebel. Saya yang tersentuh tanpa sedar menitiskan air mata. Di sudut hati saya benar-benar bersyukur, walau saya bukanlah anak kesayangan, tetapi saya tetap mengunjungi ayah saya. Kalau sebulan terlebih satu hari pun, saya rasa sudah terlalu lama…

1 comments:

tokma said...

Perkara yang sama tapi hampir serupa terjadi pada arwah kakak saya sendiri. Merana hidupnya untuk membesarkan anak dan membiaya pelajaran anak-anak hingga ke menara gading. Akhirnya apa yang arwah kakak dan abang ipar dapat.
"Tepuk air di dulang, terpercik dimuka sendiri". Panjang umur jika diizinkan kita bersua muka, akan saya cerita pada NB sebab terlalu panjang untuk diluahkan disini. Matinya pun cukup sengsara, menahan sakit dalam tidur. Menangis saya bila melihat arwah kakak bersedih selalu menahan rasa atas kerenah anak-anaknya. Kami berdua beradik yang paling rapat, selalu bercerita dan berkongsi masalah bersama. Kini tiada siapa lagi tempat saya mengadu...hanya di sinilah luahan hati saya.