Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 6, 2008

TAK LOGIKKAH?

17-11-2008 10:14 AM azwa81
incanto..betul tu...okey2 saja...starting saja yg okey...towards the end mcm boring pula...perfect sangatla wardina tu...mcm tak logik aje boleh berjaya dlm tempoh yang sekejap....lagipun mcmana pula dia boleh berminat dgn lelaki yang teruk mcm zafrul tu? isk2....watakl2 lain yang supporter to okey la pula....saya suka nb ni pasal bahasa yang digunakan agak matang ...tak mcm sesetangah penulis tu..

Komen ini saya ambil daripada page Forum. Saya tak kisah apa yang dikomen oleh Azwa81. Tetapi saya tertarik dengan kata-kata Azwa81 “perfect sangatla wardina tu...mcm tak logik aje boleh berjaya dlm tempoh yang sekejap”
Di sini, saya akan menceritakan mengenai seorang pemuda yang saya kenal. Kerjanya serupa dengan Wardina yang saya lakar wataknya di dalam Kembalikan cintaku.
Anak muda yang bertubuh kurus ini biarlah saya berikan namanya Syabaan. Berusia dalam pertengahan 20an. Ketika saya sampai di Yiwu, China bersama suami kerana urusan business, saya diperkenalkan kepada anak muda ini oleh kenalan suami. Dia yang bakal menjadi agensi penghantaraan kami dan dia yang akan membantu kami membuat urusan perniagaan.
Anak muda ini berasal dari Turki( senegara dgn suami saya) Datang ke Yiwu 4 tahun yang lalu kerana mahu mengelak daripada bertugas sebagai askar di negara asal. Kedatangannya dengan hanya membawa beberapa helai pakaian dan wang sebanyak USD300 sahaja. Tidak ada teman, tidak ada kawan di China mahupun Yiwu.
Namun anak muda itu pantas sahaja mencari peluang. Ketika matanya melilau di Yiwu itu, dia melihat ramai orang-orang Arab, Eropah dan juga Orang Turki yang datang ke Yiwu itu untuk berurus niaga.
“Kalau saya boleh berurusan dengan mereka dan menyakinkan mereka. Saya boleh bekerja dengan mereka..”
Desis hati Syaaban. Dia tahu Yiwu adalah tempat para peniagaan dari luar membeli barang dengan harga borong dan menghantarnya ke negara asal mereka. Sebelum datang Syaaban sudah membuat beberapa penyelidikan di internet dan dia tahu masalah utama para peniaga yang datang ke situ adala masalah bahasa dan penghantaraan. Kebetulan Syaaban boleh berbahasa Jerman dan English.
“Aku mesti belajar bahasa Mandrin.”
Syaaban bertekad dalam hati dan dalam masa seminggu beliau telah melamar kerja dengan hampir 30 agensi penghantaraan( di Yiwu ada beribu-ribu agensi penghantaraan tetapi kebanyakkan dikendalikan oleh warga China sendiri) Dan akhirnya dia berjaya mendapat kerja dengan seorang usahwan yang membuka agensi penghantaran yang ibu pejabatnya benar benar di hadapan Yiwu Trade Centre.
Selama dua tahun, Syabaan tidak putus asa belajar mengendalikan penghantaraan. Dia tidak pernah mengeluh apabila diarahkan ke Ningbo untuk memeriksa kontena atau di mana-mana sahaja pelabuhan ataupun kargo di lapangan terbang. Kalau malam di suruh pergi dia akan pergi. Kalau terpaksa bangun pukul 4 pagi pun Syaaban sanggup.
Disamping itu Syaaban mempunyai sifat yang cukup rajin belajar bahasa Mandarin. Setiap hari dia akan memastikan belajar sebanyak 3 perkataan. Kertas dan pen sentiasa berada di dalam poket seluarnya. Dia tidak malu-malu bertanya kalau dia tidak memahami perkataan yang dipelajarinya. (dia akan menulis sebutan bahasa Mandrin dalam tulisan roman )
2 tahun berlalu Syaaban sudah fasih bertutur dalam bahasa Mandarin walaupun tidak pandai menulis dalam bahasa tersebut. Bahkan selepas 2 tahun itu Syaaban sudah membuka agensi penghantaraannya sendiri. Kebanyakan pelanggannya adalah orangEropah, Timur Tengah dan juga orang Turki yang memerlukan orang-orang yang bijak dan amanah seperti Syaaban.
Bagi saya dalam buku kembalikan Cintaku. Selama lebih 6 tahun Wardina berada di Yiwu sudah lebih daripada mencukupi untuk berjaya seperti Syaaban yang hanya memerlukan masa 2 tahun. Syaaban dan Wardina adalah orang yang sama walaupun mungkin jantina berlainan. Saya yang bercakap dan bertemu dengannya. Bahkan walaupun dia masih muda, saya cukup mengagumi beliau.
Pada Azwa81, tidak mustahil seseorang itu boleh berjaya dalam waktu yang singkat kalau dia berusaha dengan gigih. Tidak ada yang mustahil dan semuanya logic kalau anda merasakannya ianya boleh.
Sebenarnya berulang alik ke Negara China untuk beberapa tahun, ramai lagi watak yang saya kenal dan saya kaguminya. Dan kebanyakkannya adalah anak muda yang cukup kental semangatnya.

4 comments:

Norabella said...

Yati, saya rasa setiap watak yang Yati cipta dan lakarkan pastinya telah lama Yati buat serba sedikit penyelidikan. Bukan setakat ciptaan watak yang membabi buta saja kerana segala yang di tulis lengkap dengan butir-butir perincian yang amat 'detailed' dan bukan sekadar omongan kosong belaka.

Teruskan berkarya..

sayangibu said...

kenapa saya meminati penulisan Puan? kerana watak-watak yang puan kisahkan begitu hidup pada pembacaan saya. Puan,kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Saya harap puan akan teruskan berkarya mengikut citarasa puan...

haizaiza said...

saya kagum dgn setiap penulisan dri novel kak yati...setiap novel yg kak yati hasilkan pasti ada kelainan dari aspek kerjaya setiap watak yg kak yati gambrkan...sy sentiasa menyokong kak yati dri blakang...teruskan menulis novel2 yg lebih mengancam lagi..best of luck

iejay said...

Tak ada benda yg tak logiknya di dunia ni... Allah Maha Berkuasa... banyak benda yg kadang2 kita tak tercapai dgn akal kita utk terfikir ianya akan terjadi.

Biasanya org akan fikir kejayaan Wardina dlm sekejap itu tidak logik bila kita tak pernah alami sendiri atau tiada org disekeliling yg kita kenal yg jadi sebegitu...

Seorang pensyarah saya dulu pernah bercerita yg dia terjumpa semula teman sekampungnya setelah beberapa thn. Daripada seorg yg bukan kategori pandai dan sangat FAILED Bahasa Inggeris, si teman ni kini sudah fasih berbahasa inggeris dan berbinikan mat saleh. Kata temannya, dlm dia cuba mencari rezeki ditakdirkan dia tercampak di bumi Mat saleh sekalipun dia tak tahu berbahasa inggeris (mungkin dia masuk melalui ejen yg mengwar2kan gaji mahal dan dia bodoh aja pergi terima). Tapi diusahakannya utk belajar sampai pandai bahasa inggeris atas sebab "Kalau nak hidup kena makan dan di bumi mat saleh tu kalau nak makan aku kena cakap Bahasa Inggeris".

Bagi saya, itu satu contoh yg tiada apa yg tak logik di dunia ini.