Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 9, 2008

HARI RAYA KORBAN...

Seperti tahun-tahun biasa, kami sekeluarga mengerjakan ibadah Korban macam tahun-tahun yang sebelumnya. Berkumpul adik beradik. Semuanya pulang kali ini. Tahun ini kami ada tetamu. Emak mertua adik saya yang tinggal di Kelantan. Memang kadangkala segala perkara tidak boleh diduga akan terjadi . Emak mertua adik saya Kamal Arrifin sepatutnya pulang ke Kelantan pada petang raya daripada Port Dickson rumah adik saya. Tetapi takdir tuhan telah menentukan segalanya. Semasa menghantar emak mertuanya ke lapangan terbang, ketika berada di Sepang (jalan lama). Jalan jam kerana penganut agama hindu mengadakan perarakan. Hampir dua jam..adik saya yang menghantar emak mertuanya tidak boleh bergerak sehingga kapal terbang yang sepatutnya dinaiki oleh emak mertuanya terlepas.

Emak mertua adik saya yang di tinggalkan kapal terbang.

Adik dan adik ipar saya cuma mencari tiket baru tetapi semuanya penuh, lantas mereka bekejar ke stesen keretapi, ke stesen bus..tetapi semuanya hampa. Jadi mahu tidak mahu terpaksalah beliau beraya di rumah kami di Melaka. Kasihan sungguh saya! Terutama dengan bapak mertua adik saya yang terpaksa beraya seorang diri.

Petugas menurunkan lembu-lembu untuk dikorbankan. Di surau rumah saya kali ini 10 ekor lembu dan 2 ekor kambing ditumbangkan.


Ojan anak buah saya yang mengambil gambar lembu ini. Kata Ojan sian lembu ini ya Andak..dia takut sampai terkencing-kencing. Isyh..isyh..

Adik saya Khairul Hidayat yang membaca khutbah pada hari raya kali ini. Teks khutbahnya boleh didapati di temanpetunjuk.blogspot.com. Dengar-dengar ramai yang menangis mendengar khutbah hari rayanya kali ini. Termasuklah ayah saya. Ada yang berjumpa dengannya meminta teks khutbah tersebut untuk dibuat rujukan. Alhamdulilah..

Adik saya Nurul Intissar dan pembantu rumah saya..gigih membantu di dapur menyediakan rempah ratus untuk membuat sup tulang.


Adik ipar saya Hamdan dan juga adik saya Kamal Arrifin sibuk melapah daging untuk dibahagi-bahagikan kepada yang memerlukan.


Tulang-tulang yang bakal dibuat sup. Adik, adik ipar dan abang ipar yang gigih memotong tulang-tulang ini.


Ojan..walau hari raya Qurban..makanan banyak, daging pun banyak tetapi tetap makan telur dengan sambal goreng.


Qaisara dan Balkish..tidak kisah hari raya ke, hari apa ke..yang penting mereka berjumpa, bermain, bergaduh dan berbaik semula.

2 comments:

pelangi petang pawit said...

Salam...Bila tengok blogger anda ada rasa sedeh pulak...Teringat semua family..Tapi raya korban tahun ni kami adik beradik berkumpul kat kg dirumah orang tua saya di tg Karang Selangor... Tempat Jawa memang meriah waktu Raya..cuma teringat anak kedua saya yang tidak dapat bali diKucing Serawak...cantik kedua dua anak perempuan anda...sayangnya saya takada anak perempuan...tiga lelaki....

Anonymous said...

Salam.....nak tanya sikit boleh tak? Anak kak Yati sebenarnya berapa orang? Saya suka baca blog kak Yati tapi sampai sekarang saya tak dapat nak agak Balkis tu anak kak Yati juga ka......Qaisara saya tau buahati pengarang jantung kak Yati.