Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 31, 2008

AZAM TAHUN DEPAN..KONON2NYA

“Tahun depan saya nak jelajah Europe selama 30 hari..kita pergi ya..”
Bila membayangkan mahu ke Eropah terpaksa menaiki kapalterbang berbelas jam. Saya menjadi letih secara tiba-tiba. Tetapi kalau membayangkan keseronokan berjalan sudah pasti saya cukup gembira. Paling penting sudah pasti mendapat idea yang mencurah-curah nanti.
“Awak pergilah, saya bagi awak peluang. Awak tinggalkan Qaisara dengan saya atau awak bawa Qaisara..”
Tampaknya sudah beberapa tahun saya masih tidak dapat memujuk suami untuk berkunjung ke Eropah. Saya mahu ke Bosnia, saya mahu ke Georgia, saya mahu Belgium dan sebagainya. Tetapi suami masih enggan. Kata dia buat buang duit sahaja pergi ke negara Eropah. Saya tahu Eropah satu ketika dahulu tempat suami saya. Suami sudah cukup hafal jalan-jalan di Italy. Dia sudah muak dan menyampah katanya. Dia sudah biasa di Holland, sudah biasa di Jerman.
“Setiap tahun macam tu juga..” saya tunjuk muka merajuk.
“Jangan buang duit, sekarang ekonomi makin teruk. Tidak tahu apa yang berlaku masa depan, awak kalau nak menulis awak pergilah ke negara-negara Asia. Belanjanya murah. Indonesia tukaran wangnya begitu rendah sekali sekarang ini..”
Ya tak ya juga. Semalam saya baru menolong pembantu rumah jiran saya menukar duit rupiahnya kepada duit Malaysia. Aduhai..dahsyat sungguh tukaran sekarang ini. Kalau tahun lepas RM430 baru satu Juta Rupiah. Sekarang ini RM320 sudah Satu Juta Rupiah. Untungnya orang-orang Indonesia yang bekerja di sinilah.
“Kita belum pernah ke Filipina, kenapa tidak kita ke sana..”
Suami suka ke negara Asia, menjelajah. Kata dia tidak payah fikir..sekarang musim apa, sekarang kena pakai baju apa. Makanan pun tidak susah. Buah-buahan makanan kegemarannya mudah didapati. Kalau Eropah, nak fikir cuaca, nak fikir makanan. Letih dan leceh!
“Orang selalu sangat bercuti ke Eropah..sebenarnya tidak ada yang istimewanya. Cuba awak ke Bangladesh, ke India..atau negara-negara Asia yang lain. Banyak yang boleh awak pelajari..”
Berkerut hidung saya mendengar kata-kata suami. Bukankah dia yang enggan membawa saya dan Qaisara ke India satu masa dahulu kerana katanya India tidak bagus untuk anaknya itu. Sedangkan saya tahu, beberapa tahun yang lepas, suami memang sering berulang-alik ke India kerana membeli kain sutera.
“Jom..kita pergi India..”
“Ishh..Mumbai baru sahaja di serang..”
Mata suami terbeliak! Huh..macam-macam alasan suamiku ini! Hati saya berdengus.
“Sabarlah..tak lama lagi Zakiah (adik ipar saya yang tinggal di Holland) datang ke sini. Kita bercuti-cuti di Malaysia. Banyak lagi tempat yang awak tidak pernah pergi. Kita pergi. Bukankah itu lebih baik? Kenali negara awak sendiri sebelum awak kenali negara orang..”
Suami macam perli saya sahaja! Tapi betul juga kata suami. Banyak tempat lagi yang tidak saya jelajah di muka bumi Malaysia ini terutamanya Sabah dan Sarawak.
Ahh…saya ingat tahun depan ini saya berazam mahu menjelajah dunia..tapi rasanya terpaksa saya tukar menjelajah Malaysia..walaupun sebenarnya bercuti dia Malaysia wang yang terpaksa digunakan sama sahaja kalau bercuti ke India atau Indonesia.

5 comments:

marzalina said...

salam kak NB..seronok intan baca kisah kak dengan husband..best jugak kalau dapat husband yg suka melancong kan..hehe..tp intan tak mampu lagi..tahun depan baru nak gi bandung..kak NB ada tips tak bagaimana nak bershopping kat bandung? apapun selamat tahun baru.

Casper a.k.a wifee en.atan said...

bestnyaaa...kak yati...
bila la ada chance nak merasa gi cuti ni..baru jer plan nak bercuti dah termengandung plak.

Anonymous said...

Salam kak NB, Selamat tahun baru 2009.semoga tahun baru ini memberi seribu makna buat akak sekeluarga.

Zaimah..

Mrs.Sheikh said...

salam akak...
selamat tahun baru 2009 ya..
apa kata akak bercuti2 malaysia dia Labuan? :D

saya nantikan...insya allah kalau sudi :D

NORHAYATI BERAHIM said...

Terima kasih Intan, casper, Zaimah dan pada Mrs Sheikh akak baru sahaja pergi labuan bulan April 2008, satu labuan tu dah akak jelajah..3 hari da abis..kecik aje he.he..