Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 17, 2008

SATU MASA DAHULU

Gaya Klasik Badminton Master. Harga sekarang ini RM29.90. Dulu cuma RM7.90.

Masa memasuki kedai kasut Bata baru-baru ini di Jusco Melaka, mata saya terpandang kasut sekolah Badminton Master ini . Kasut ini sudah lama tidak kelihatan tetapi timbul semula sekarang ini. Seingat saya, ketika saya berada di tingkat satu atau dua. Saya terpaksa membeli pakaian dan kasut sekolah sendiri kerana emak sudah meninggal dunia. Sebelum cuti sekolah di buka, ayah akan memberi saya RM10 untuk membeli kasut dan baju sekolah.
Dapatkah kasut dan baju sekolah dengan harga RM10?
Sudah pasti ada yang tertanya-tanya. Dapat memang tidak dapat. Dengan RM10 saya hanya boleh membeli sepasang kasung Badminton Master yang berharga RM7.90. Lebihnya RM2.10 saya akan campurkan dengan wang saya bekerja menoreh getah dan meracun rumput sepanjang saya bercuti sekolah. Sebulan menoreh getah pada waktu pagi dan meracun rumput pada waktu petang, saya boleh dapat RM20.
Dapatlah saya dua pasang baju sekolah baru dari kain yang murah. Di lawan dengan kasut baru Badminton Master berwarna hijau ini, saya sudah cukup anggun ke sekolah.
Kasut Badminton Master ini memang sungguh lasak. Kasut inilah saya bawa ke sekolah, bersukan dan sebagainya.
Kalau zaman saya dahulu hanya RM7.90 sekarang sudah RM29.90!
Ahh...sudah pasti harganya jauh berbeza kerana RM7.90 itu adalah harga 30 tahun yang lalu!

Warna terbaru. 30 tahun yang lalu tidak ada warna merah. Sekarang sudah ada. Cantik kalau untuk dibawa bersiar-siar.

2 comments:

zara said...

Yatie.. kak dulu pakai kasut Fung Keong lagi murah. Masa beli pastikan lebihkan ukuran biar boleh guna sampai tahun depan. Kasut tu boleh tahan sampai 2 tahun. Tengok budak-budak sekarang.. beli kasut mahal-mahal, tapi 3 bulan dah koyak rabak! Dulu satu saja kasut.. bila basah panggang kat dapur kayu.. bila terbakar? Apa jadi? Pakai jugalah kasut hangit tu.. Seronok gak bila ingatkan momentum kasut ni..

thumbeLina said...

masa saya baca entri, perasaan pertama yang timbul dia hati saya ialah "kagum"..

sebab walaupun baru tingkatan satu akak dah kehilangan ibu dan perlu berdikari, kalau saya, mungkin tak mampu jadi kuat begitu..mesti saya tak mampu nak teruskan hidup..mesti saya jadi tak terurus..

tapi akak walapun diuji dengan dugaan begitu, sekarang akak dah berjaya dalam hidup akak..saya rasa kagum sangat..

semoga satu hari nanti, saya dapat jadi macam akak jugak..insyaAllah..
=)