Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 25, 2008

MERCUN DAN BUNGA API

Tidak lama lagi raya akan menjelang. Begitu pantas masa berlalu, terlalu cepat rasanya. Tahun ini bila saya belik-belik suratkhabar tidak banyak berlaku kemalangan yang melibatkan bunga api atau mercun. Syukur..desis hati saya.
Kadangkala saya hairan. Dahulu masa saya kecil, bermain mercun tidak pernah diharamkan. Tidak pernah pula terdengar berlaku kemalangan hilang jari atau tangan. Tidaklah saya tahu ianya tidak berlaku ataupun saya ketika itu tidak membaca suratkhabar..he.he.
Dulu bunga api dan mercun adalah salah satu kemeriahan menyambut raya. Saya masih ingat jiran cina belakang rumah saya akan memberi kami mercun cili api sedulang banyaknya ketika hampir menjelang raya. Mercun tersebut berwarna, merah, biru, hijau.
Mercun itu saya dan adik beradik tidak bermain begitu sahaja tetapi arwah emak akan buat unggun api dan apabila unggun api marak kami akan lemparkan mercun di dalam unggun api tersebut dan terdengarnya bunyi meletup dari mercun itu. Tum..tum..tap..tum..tum..Memang benar-benar membingitkan telinga.
Itu bermain mercun dalam unggun api. Bermain meriam buloh pun satu hal.dengan batang buluh yang disi karbaid dicucuh dengan api. Bila karbaid meledak.. Bunyinya lagi dahsyat mengegarkan semesta alam Saya tidak begitu pandai bermain meriam buluh kerana saya selalu lari bila ada sesiapa yang main. Takut! Tapi ada juga saya tolong beli karbaid di kedai. Masa tu tidak mahal. 10 sen atau 20 sen karbaid boleh dapat satu baldi kecil.
Di kampong nenek saya di Gemenceh, anak-anak dan bapak anak yang bermain meriam buloh akan mengisi putik buah limau bali ke dalam buluh, macam peluru. Habis putik dan buah limau bali muda dikerjakan oleh anak-anak menyebabkan orang-orang dewasa di dalam rumah menjerit-jerit marah. Apatah lagi apabila meriam buluh diacu ke rumahnya dan habis rumah bergegar dihujuni peluru buah limau bali!
Saya dahulu hanya berani main mercun atau petas tarik sahaja. Kami ikat pada selipar kawan-kawan atau mak cik ketika bersolat tarawakih. Selipar kiri dengan kanan. Bila mereka menyarung selipar dan tidak perasan. Petas tersebut sudah tetarik dan mak cik-mak cik tersebut akan menjerit-jerit terperanjat dan juga marah dengan bahasa yang menggelikan hati kami.
Saya masih ingat satu peristiwa yang tidak pernah saya lupakan. Saya dan kawan-kawan suka bermain bunga api sambil membalingkan ke pokok-pokok. Bila bunga api tersangkut dipokok-pokok sudah pasti tampak pokok-pokok cantik sekali sambil mengeluarkan api. Satu hari saya dan kawan-kawan bermain seperti biasa di sebelah masjid selepas menunaikan solat tarawikh. Kebetulan ada sebuah rumah cina yang beratap rumbia berdekatan di situ. Dalam membaling, beberapa baling saya dan kawan-kawan tersasar ke atap rumbia rumah cina tersebut. Apa lagi melihat api yang marak kami semua terkejut beruk!
Semua penghuni rumah itu sudah keluar sambil memaki hamun kami semua yang sudah menggeletar dan cabut lari pulang ke rumah ketakutan. Berdoa supaya rumah tersebut tidak terbakar dan berharap yang semua penghuni rumah tersebut tidak mengenali saya.
Alhamdulilah..esok pagi apabila saya mahu pergi sekolah. Rumah tersebut masih utuh dan syukur..berita tersebut tidak sampai ke telinga ayah saya. Mungkin kerana penghuni rumah itu tidak sempat mengecam saya kerana saya masih di dalam telekong!

3 comments:

SaYanG kidA said...

amboi2 nakalnya yatie masa kecik.. anim penakut main mercun.. main bunga api jer hehehehe

iejay said...

baca cerita kak yatie ni teringat masa kecil dulu. rasanya apa yg iejay main lebih kurang aje dengan kak yatie (except meriam buluh pasal kat KL ni mana nak cari buluh)
tiba2 teringat, dah lama tak nampak org jual mercun petas tarik tu (iejay panggil mercun tarik aje).. masa main iejay & kawan2 akan ikat dekat pitu pagar, jadi bila siapa2 buka pagar tu, akan kedengaranlah bunyi meletup.
kalau kka yatie baling mercun kena bumbung orang, iejay dan kawan2 baling mercun katak kena dekat atas pokok kelapa. kecohlah sekejap satu taman tu bila pokok kelapa tu terbakar.. nak siram, pokoknya agak tinggi. sampai sekarang pokok kelapa tu ada lagi tapi dah tak ada daunnya ataupun buah...

HERTINY LAIMAN said...

salam kak yati,
tiny tak berani pulak nak main buluh ni..takut..mercun pun sama sebab dulu pernah main bunga api jari terkena bunga api yg besi tu..tak nampak..sakitnya..pas tu smp skang tak main lagi TAKUT..