Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 3, 2008

INI ADALAH UJIAN HIDUP KITA

Termenung saya seketika apabila menerima SMS daripada Shelly. Saya tahu perasaan Shelly yang baru kehilangan emak dan apatah lagi apabila menyambut ramadhan tanpa emak di sisi. Shelly menyuruh saya menulis bagaimana perasaan saya kehilangan emak.
Dia berharap nanti apa yang saya tuliskan akan membangkitkan perasaannya semula.
Kasihan saya membacanya tetapi saya tidak membalas SMS Shelly kerana saya mahu menulis di sini.
Mungkin ada perbezaan kehilangan emak ketika berusia 10 tahun dengan kehilangan emak ketika kita sudah dewasa dan bersuami. Namun saya percaya perasaan itu masih sama. Kita rasa terlalu kehilangan. Kosong dan bangun paginya kita masih berharap yang emak masih ada lagi. Memang manusia yang paling dekatdengan kita adalah mak. Mak yang tahu apa kita suka makan, emak yang tahu warna kegemaran kita dan di bahu emaklah kita menangis apabila mengetahui kita tidak lulus peperiksaan. Bahkan di hari perkahwinan kita emaklah yang bertungkus lumus agar majlis perkahwinan kita sempurna seadanya.
Tiba-tiba emak pergi. Emak yang seperti tangan kanan kita sudah tidak ada. Sudah hilang dan tidak akan kembali lagi. Kita termanggu-manggu dan rasa mahu menangis dan meraung-raung sekuat hati kita. Kita rasa benar-benar sakit.
Saya juga begitu, saya rasa ingin menangis dan sedih. Keseorangan apabila emak meninggal. Apatah lagi ketika itu adik beradik semuanya diasrama. Kehilangan emak banyak melukakan saya, saya pernah menyambut Adil Adha seorang diri di rumah, ketika itu emak tiri saya baru melahirkan dan tinggal di rumah emaknya. Adik beradik saya tidak mahu pulang ke kampong dan beraya di asrama sahaja bersama kawan-kawannya.
Namun itu tidak pernah mematahkan semangat. Saya teringat kata-kata seorang guru agama kepada saya.
“Kalau hendak bersedih. Bersedihlah. Tetapi hanya sehari dua. Lainnya penuhi sesuatu dengan berfaedah. Bukan meratap menghiba yang akan membunuh segala keindahan pada kehidupan yang ada.”
Dari kehilangan emak dan menyendiri saya sering meluahkan segala perasaan saya di atas kertas. Saya sakit hati dengan ayah saya, saya tulis. Saya sakit hati dengan orang kampong yang memandang rendah kepada saya kerana saya miskin dan tidak punya emak. Saya tulis. Saya melawan segala kesakitan yang saya ada dengan cara saya.
Cuma apabila sudah besar, hidup sudah sedikit mudah dan senang. Seringkali saya teringatkan emak. Saya sedih kerana emak tidak merasai kesenangan ini. Kalau emak ada, sudah pasti emak sudah boleh menunaikan haji dan umrah. Sudah pasti saya akan pergi bersama dengan emak.
Tetapi emak sudah tidak ada. Sudah hilang dari pandangan mata saya sejak bertahun-tahun lamanya. Cuma yang dapat menghubungkan emak dengan saya, Al-Quran.
Setiap kali saya teringat emak. Saya akan ambil Al-Quran, saya akan baca yassin. Saya sedekahkan untuk emak. Saya berdoa pada ALLAH supaya satu hari nanti saya akan berjumpa emak semula. Saya sering berterimakasih pada ALLAH, kerana ALLAH pinjamkan emak saya pada saya walaupun hanya 10 tahun. Walau waktu itu tidak lama, tetapi sudah mencukupi bagi saya merasai kasih sayang seorang emak. Cukup saya memberitahu kawan-kawan saya yang emak saya rupa macam mana, betapa cantiknay emak saya, betapa masakan emak begitu sedap, betapa jahitan emak begitu halus.
Ya ALLAH saya reda dengan apa yang telah diaturkan hidupnya pada saya.
Pada Shelly, bersyukurlah Shelly yang ALLAH bagi Shelly merasai kasih sayang emak sehingga usia Shelly sekarang ini, sehingga Shelly bersuami. Ada orang lagi lahir-lahir emak sudah tiada. Sudah hilang diambil ALLAH.
Redakan pemergian emak. Kalau mahu bersedih, bersedihlah buat seketika. Memang fitrah manusia akan merasa sedih kerana kehilangan. Namun waktu yang lainnya, nikmatilah kehidupan ini dengan seadanya. Kalau terasa rindu dengan emak, ambillah Al-Quran, baca dan sedekahkan untuk emak.
Memang segala kenangan tidak boleh dihapus dari ingatan, tetapi kenangan itulah yang membolehkan kita meneruskan kehidupan…
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk Shelly dan senyumlah untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang.

"Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (QS. Al-Hadid (57) : 22).

1 comments:

nadia said...

entri ni buat saya sebak.terima kasih kerana mengingatkan sesama sendiri..