Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 23, 2008

INSAN KERDIL

Malam ini saya bangun pada pukul 3.30 pagi. Bersolat buat seketika dan berdoa. Kemudian saya berjalan ke tingkap. Menaikkan sedikit langsir roman tingkap untuk melihat keluar. Rumah saya berhadapan dengan padang permainan, ada banyak pokok di tanam di situ. Melihat pokok yang tidak menguit, tidak ada angin yang bergerak dan langsung tidak ada kenderaan di jalan besar rasa sayu benar-benar menjalar di hati. Saya melihat malam ini terlalu tenang. Amat tenang dan ketenanganya sukar untuk saya gambarkan.
Sekali lagi saya memerhatikan pokok yang seakan-akan tunduk. Tidak bergerak-gerak. Kata ayah saya pokok memang sentiasa berzikir apatah lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini. Tengok..kata ayah saya lagi. Pokok yang tegak terpaku boleh berzikir. Kenapa kita manusia yang diberi ALLAH keistimewaan lebih dari segala makhluk ALLAH tidak boleh mengingati ALLAH. Lama saya merenung keluar melihat keindahan malam. Membedik dan menimbang kata-kata ayah yang sering memberi nasihat kepada anak-anak.
Malam ini malam 23 ramadhan. Waktu berlalu begitu pantas. Saya berfikir sendiri dalam hati. Dari awal lagi, beberapa bulan sebelum menjelang ramadhan saya sudah berkira untuk membuat persiapan. Apa yang harus dibeli. Baju untuk anak-anak buah, ayah, emak, adik-adik, pembantu dan pekerja saya semuanya sudah saya aturkan. Apa yang perlu saya belanjakan apa yang perlu saya keluarkan semuanya saya ingat.
Tapi..di malam 23 ramadhan ini saya rasa sayu teramat sangat. Saya teringat Al-Quran yang masih banyak tidak saya habiskan bacaannya. Tidak tahu hari yang keberapa saya akan khatam nanti?
Tuhan ..saya berdetik dalam hati. Ampunkan saya. Saya merancang membuat itu dan ini, mahu menyambut raya tetapi saya sebenarnya langsung tidak merancang apa yang perlu saya buat di bulan ramadhan. Sedangkan hari-hari di bulan ini yang perlu saya rebut. Di mana ada amal ibadat digandakan oleh ALLAH pahalanya sehingga 700 kali.
Saya sedar saya manusia yang tidak bersyukur. Dunia terlalu menyesak fikiran saya, sedangkan sebagai manusia kehadiran saya di dunia adalah berkat nafas kehidupan yang ditiupkan Tuhan dalam jiwa saya. Saya tahu saya telah berhutang dengan ALLAH. Saya seharusnya merasa syukur dan dari rasa syukur itu saya sepatutnya berterimakasih kepada ALLAH dan membalasnya dengan melakukan ibadat sebanyak mungkin. Tetapi saya, bukan sahaja degil dan tidak berterima kasih tetapi lupa dengan hutang saya pada ALLAH.
Ya ALLAH..kau panjangkanlah umurku. Supaya aku dapat berjumpa dengan Ramadhan lagi. Agar dapat aku pergunakan sebaik-baiknya. Agak dapat aku sujud pada mu. Menangis meminta ampun padamu. Lama saya berdiri di tepi tingkap, merenung keluar.
Saya teringat ayah di kampong. Saya tahu sepanjang malam bulan ramadhan ayah tidak akan tidur. Malamnya dipenuhi dengan ibadat. Seperti tidak ada penatnya. :Lelaki yang sudah melewati usia 70an itu selalu mengatakan yang ajalnya akan sampai bila-bila masa sahaja.
Ahh..ajal. Belum tentu akan menjemput ayah dahulu, semuanya ketentuan ALLAH. Mungkin saya yang akan pergi dahulu sebelum ayah. Kalau tidak hari ini mungkin esok atau lusa. Tetapi apa bekal saya?
Saya mengira hutang saya dengan ALLAH. Terlalu banyak. Amat banyak. Solat saya belum pasti diterimanya, puasa saya, zakat saya dan tingkah laku saya?
Tuhan ampunkan saya. Ampunkan saya..dan di malam 23 ramadhan ini baru saya sedar betapa kerdil dan tidak bergunanya saya. Dan tanpa sedar saya benar-benar menangis!

2 comments:

SaYanG kidA said...

salam..
sayunya baca n3 yatie ni...apa yang yatie catatkan kat n3 ni memang betul2 kena batang idung anim... antaranya ucapan syukur.. anim sering ucap syukur tapi dalam masa yg sama masih ada lagi keluhan keluar dari hati dan juga mulut huhuhuu...
dah ada kerja yang elok memang ucap syukur tapi ada ketika tu bersunggut gak nape ye aku tak terfikir nak buat tu nak buat ni...dgn percuma lepas tu kena tazkirah ngeee...ada kala lupa, dok eager nak capai yg tinggi2 tu...lupa dah seharusnya anim perlu melihat ke bawah dan jugak yg kurang bernasib baik... memang mudah ucap perkataaan syukur tapi adakah benar2 kita bersyukur dan redha?

N3 ni baik sekali tuk mengingati sesama insan... thanks yatie... sayang dia muuuaaahh!

Qimi08 said...

Yatie..noor selalu ingat syarahan ustaz..jadikan ramadhan tahun ni seolah-olah ramadhan terakhir untuk kita rebut segala rahmat yg ALLAH turunkan pada bln ni. Setelah sepupu & sahabat baik meninggal dunia baru2..noor rasa tersentak apa yg ustaz tu syarahkan terjadi..kedua-dua sahabat yg meninggal dunia tu dlm bulan rejab...tak sempat nak meyambut ramadhan. Pesan emak semasa muda selagi terdaya kita lipat gandakan amalan di bln ramadhan Bila dah uzur kita tak dpt lagi nak solat berjemaah waktu subuh maghrib isyak disurau, terawih, tadarus bersama.Alhamdullillah mak dpt lakukan semua ni semasa dia masih sehat lagi..jadi bila dah uzur ni dia tak terkilan sgt walaupun hanya dpt melakukan ibadat dirmh sahaja.