Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, September 15, 2008

KENANGAN DI BULAN PUASA

Bila tiba bulan puasa banyak perkara yang tidak dapat saya lupakan dan akan saya ingat sampai bila-bila. Kadangkala saya rindu, tapi masa..sesuatu yang cukup berharga. Tidak boleh dibeli dan paling penting diputar kembali. Hanya kenangan yang boleh diputarkan dalam ingatan.

1. Bersahur dibawah lampu pelita. Kak Munah penjaga saya akan kejutkan saya jam 3 pagi, dengan mata yang tidak boleh dibuka saya duduk di hadapan nasi yang mengeluarkan asap nipis. Emak selalu masak rojak masa bersahur di makan dengan nasi panas. Rojak emak ringkas sahaja. Tahu goreng dipotong-potong, timun, taugeh bersama dengan kuah. Di makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Saya kalau rindu rojak emak saya makan tahu sumbat sahajalah.
2. Buat kuih raya bersama emak. Terutama kuih samperit dan dahlia yang kembang rapuh. Saya akan ketepikan kuih-kuih yang hangit untuk dimakan berbuka puasa dan sering berharap yang kuih emak akan hangit. Kuih cantik dan baru untuk hidangan di hari raya sahaja. Lama sungguh..nak tunggu raya!
3. Suara seorang pak cik yang menggelingi kampong dengan berbasikal mengejutkan orang bersahur-sahur. Sahur-sahur! Jeritnya. Setiap kali dia menjerit saya pasti terbangun. Sekarang saya dapat tahu dia sakit terbaring di rumah kerana kencing manis.
4. Bersolat terawikh di masjid Bukit Katil. Saya masih ingat, saya ditugaskan sebilangan mak cik-mak cik yang rasa separuhnya darinya sudah meninggal dunia sekarang ini, mengira berapa rakaat solat sunat itu yang sudah dilunaskan.
“Yatie! Dah berapa rakaat?”
“Baru 10 mak cik” mak cik yang bertanya mengeluh dan saya menyeringai.
“Yati dah berapa rakaat?”
“Dah 18 mak cik..”
“Alhamdulilah..Alhamdulilah. Dua rakaat lagi ya..” wajah ramai makcik berseri-seri. He..he.he yelah lepas berbuka kena bersolat sunat sebanyak 20 rakaat!
5.Kejar ayam keliling rumah, keliling kampung. Sebelum dua tiga hari lagi hendak raya. Emak akan arahkan kami tangkap ayam-ayam yang tidur atas pokok rambutan. Mana-mana ayam yang sedang-sedang, enak untuk dibuat rendang emak akan beritahu. Saya dengan abang selalunya mengejar sampai masuk ke dalam hutan di belakang rumah. Banyak kali saya cium tanah dalam cuba menangkap. Yalah..ayam bukan tak ada kaki. Ada kepak lagi!. Tetapi banyak ayam ditangkap sekalipun, kami tetap potong 3 ekor sahaja. Lebihnya akan dijual.
6. Banyak sebenarnya kenangan di bulan Ramadhan. Bila teringat sendiri saya sering ketawa. Kadangkala menangis sendiri.. Sekarang nak makan ayam senang sahaja. Ayah pesan dengan orang kampong berapa belas ekor ayam kampong yang dia mahu. Esoknya sudah sampai ke muka pintu. Hidup sekarang memang lebih mudah..tetapi kenangan sesuatu yang tidak boleh digapai dan dibayar walau dilambak dengan jutaan ringgit sekali pun.

0 comments: