Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, September 19, 2008

LOVE THY NEIGHBOUR

Menonton film Love thy neighbour di saluran starmovie Astro baru-baru ini, saya jadi ngeri sendiri. Cerita mengenai jiran yang cukup jahat, bukan sahaja sanggup membunuh kucing jirannya tetapi sanggup cuba membunuh jirannya sendiri semata-mata kerana cemburu.
Saya terkenangkan kisah yang pernah saya alami. Memang kisah mengenai jiran yang ‘jahat’ ini saya pernah ceritakan pada pembaca dalam buku Harum Chempaka. Kisah di mana saya pernah membantu beliau ketika sakit, memasakkan untuknya, membelikan barang dapur dan mengeluarkan wang untuk perbelanjaan perubatan. Penghabisan saya difitnahnya semula dengan mengatakan saya tergila-gilakan suami beliau. Editor saya dipanggilnya monyet dan entah apa2 fitnah yang benar-benar menyakitkan hati.
Bukan itu sahaja dia menghantar SMS kepada jiran-jiran saya mereka-reka keburukan saya dan editor saya. Bukan saya sahaja yang terkena fitnahnya. Ramai lagi. Bahkan ada seorang ustazah hampir terduduk apabila mengetahui dirinya juga turut difitnahkan oleh A suami isteri dengan perkataan yang cukup memalukan.
“Ibu saya nak pergi bakarlah rumah dia..”
Pernah pembantu rumah saya berkata begitu kepada saya. Kerana dia difitnahkan meletakkan benda yang kotor-kotor seperti najis di dalam makanan saya. Sedangkan di rumah saya yang memasak. Mungkin kerana saya baik dengan pembantu rumah, A suami isteri menjadi cemburu.
“Udah, jangan buat masalah. ALLAH ada. Minta tolong pada ALLAH. ALLAH akan tunjukkan pada waktu terdekat nanti..”
“Kalau di Indon, macam Ibuk A tu, orang sudah bakar rumah dia. Jahat mengadu domba.” sela pembantu rumah saya dengan kegeraman yang teramat sangat.
Ada beberapa kali saya dan editor saya membaca yassin. Memohon supaya ALLAH tunjukkan jalan yang benar kepada kami. Memohon supaya pasangan suami isteri jiran saya ini diberi hidayah oleh ALLAH supaya bertaubat. Tidak memfitnahkan jiran-jiran yang lain secara jijik.
“Tie..hari itu ramai orang di rumah A tu, rumah dia kena lelong kot..”
Pada satu hari, seorang jiran menelefon memberitahu saya. Sudah lama saya tidak mengambil tahu mengenai si A, jiran yang menakutkan itu. Bahkan kalau dulu suaminya selalu melalui jalan depan rumah saya. Sekarang batang hidungnya pun tidak nampak.
“Oh..kenapa kau cakap macam tu?” saya bertanya pada jiran saya.
“Ramai sangat orang di rumahnya. Bising pula tu. Kau bukan tidak tahu si A tu, rumah dia tidak ada siapa yang datang berkunjung. Bahkan saudara mara sudah membuangnya.”
Perangai buruk A suami isteri bukan sahaja menjadi kebencian jiran-jiran. Bahkan menjadi kebencian keluarga mereka. Sepanjang saya kenal mereka dan A jatuh sakit, saya dan editor saya yang selalu keluar masuk rumahnya. Tidak ada keluarganya yang datang menjenguk. Menurut suami A, A sakit pun kerana dibuat oleh kaum keluarga mereka sampaikan ahli keluarga yang sudah meninggal dibabitkan sekali.
“Awak tahu Tie.. riumah si A tu sudah dilelong. Dia dah pindah dari sini pada waktu malam, malu dengan jiran-jiran yang melihat mereka berpindah agaknya.”
Satu hari yang, jiran lain pula memberitahu ketika berjumpa dengan saya di padang permainan. Menurut jiran saya, kehidupan suami isteri itu agak sempit sebab itu rumahnya terpaksa dilelong. Saya tahu kehidupan suami isteri itu agak sempit sejak dari dahulu lagi. Saya pernah membelikan mereka beras dan juga ikan. Tetapi tidak saya hebahkan pada jiran-jiran lain. Takut mereka malu. Makanan mereka hanya ikan bilis dan bawang. Air mengemop lantai boleh disimpan dan dipakai berkali-kali. Mereka memang terpaksa berjimat kerana mahu tinggal di rumah kos sederhana yang menuntut bayaran lebih RM1000 sebulan. Sedangkan hanya suami yang bekerja sebagai kerani.
Pernah saya dan editor saya menasihati mereka berdua, duduk sahaja di apartment kerana mereka tidak mempunyai anak dan jualkan rumah tersebut supaya tidak menanggung hutang, tetapi kami dimarahi dan dikatakan cemburu.
“Itulah asyik fitnah orang, rezeki tak lekat. Tak ada kerja lain, dengkikan orang sana sini. Kita dah bagus baik dengan dia. Masa sakit, bacakan dia yassin. Lawat dia. Kemudian belakang kita dia tikam balik. Syukur tuhan tunjukkan kebenaran. Panas punggung dia tinggal di kawasan ini..”
Syukur ALLAH maha benar, tidak sia-sia kami membaca yassin berkali-kali bagi mencari kebenaran. Harap-harap satu masa nanti, saya tidak akan mendapat lagi jiran seperti A suami isteri dan seperti dalam Love Thy Neighbour. Cukuplah sekali. Saya dah serik!

2 comments:

SaYanG kidA said...

salam yatie,

macam2 perangai n karenah manusia ni ye tie...Setiap perbuatan ada balasannya...

yatie buat kebaikan dgn iklhas sebab tu rezeki tie murah...

moga Allah swt beri hidayah pada suami isteri tu dan berubah ameeenn...

Firman Nurmie said...

gitu lah perangai manusia kak yati. sy pun tak tahu lah nak syg kan jiran sy ke tak. kisah sy lebey kurang sama cam kisah kak yati tapi jiran sy x de la nak fitnah sy atau sebaliknya.cuma sy geram sbb cakap bohong. knp mesti bohong?alangkah baik kalo berterus terang.