Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 8, 2008

TAK PERLU BERKIRALAH

Lama saya berdiri di hadapan peti sejuk di dapur saya, sambil mata terkebil-kebil melihat isi di dalam peti ais tersebut. Apa yang harus saya masak hari ini? Mee kari? Nasi beryani? Sambal udang?tom yam? Pening kepala saya memikirkan. Walau masih ada udang, ikan dan ayam di dalam peti sejuk. Tetapi kalau setiap hari memasak, memang sakit kepala dibuatnya.
“Tak payah masak ibu, ibu masak sahaja untuk bapak dan saya makan mee segera..”
Komen pembantu rumah saya.
“Habis nanti petang kalau dia orang balik, nak makan apa?”
Saya tanya pembantu rumah, saya merujuk pada pekerja dan adik saya yang selalunya akan makan setiap petang di rumah saya.
“Ibu ini..anak hanya seorang, tetapi tampak macam ramai..”
Itu komen pembantu rumah saya. Mungkin setiap hari dia melihat saya pening memikirkan apa yang perlu dimasak, sedangkan kalau saya dengan pembantu rumah. Enteng sahaja! Saya boleh makan biskut dengan air koko, pembantu rumah saya mee segera. Untuk suami pasta atau ayam yang digrill.
“Kamu tahu, ayah saya. Dia selalu bawa balik orang ke rumah. Entah siapa-siapa. Bagi mereka makan kadangkala tumpangkan mereka tidur. Dia tidak pernah kira berapa nasi yang harus dihabiskan, berapa banyak ikan atau ayam yang terpaksa dia korbankan. Bagi dia, dapat bagi orang makan. Dia puas hati. Bahkan satu masa dahulu, saya pernah marah dengan ayah saya. Dia penat-penat ambil daun kelapa untuk dibuat ketupat di pokok sebelum 3, 4 hari menyambut lebaran. Orang lain minta diberinya. Penghabisan kami tinggal daun yang berulat sahaja…”
Saya ceritakan kepada pembantu rumah saya sikap ayah saya. Selalu cuba memberikan sesuatu yang terbaik pada orang luar, walaupun terpaksa berhabis. Ada sahaja orang yang datang menumpang di rumah dan ada yang menjadi anak angkat ayah saya, sehinggalah sekarang ini.
“Iya ke ibu?”
Saya hanya menganggukkan kepala. Mengingati sikap ayah, membuat saya terharu. Dia seorang lelaki yang suka membantu dan menjamu orang lain. Saya masih ingat lagi ketika saya masih kecil. Ada seorang lelaki datang ke rumah kami. Orang itu miskin. Ayah meletakkan semua nasi yang kami ada, di hadapan lelaki tersebut. Menyuruh lelaki itu makan. Apabila tiba suapan yang terakhir ayah berkata pada lelaki itu.
“Makan pak cik, makan. Banyak lagi di dapur”
Sedangkan..di dapur nasi benar-benar sudah habis. Tapi syukur..lelaki itu, menolak sambil mengucap syukur dengan pemberian ayah saya dan orang yang paling lega bila lelaki itu menolak adalah arwah emak. Kerana memang di dapur sudah tidak ada apa lagi yang boleh dimasak!Mengenangkan perkara tersebut membuat saya selalu ketawa sendiri.
Sebab itu kalau boleh kami mahu menjadi seperti ayah. Tidak berkira dalam soal makan, minum. Tidak berkira dalam semua hal kalau melibatkan wang ringgit..walau pun selalu kena pau! He..he.he..

1 comments:

Lily Haslina Nasir said...

kak tie,
cerita kak tie tu ingatkan kita pada mak semah (mak lan). baru kahwin dulu, rasa pelik, pening pun ada.. sebab rumah mak semah tu asyiklah orang datang. asal orang datang aje jamu nasi, jamu segala apa yg ada di dapur. orang jual jajan jual keropok pun dijamunya! lama lama kita makin faham dan kagum sebenarnya... mak lan selalu sebut, tak akan ada orang yg jatuh miskin sebab jamu orang makan nasi! sekarang ni alhamdulillah, resam mak semah tu memang dah lekat pada kami laki bini. sampai org keliling pun heran, bila kami jamu indon indon yg buat renovate rumah kami waktu makannya. kata jiran lain, rugi! kami senyum aje. ye lah apalah sangatkan jamu orang makan.. rezeki yg ada Tuhan bagi kita kongsi. sunti pembantu rumah pun kekadang kata, setiap minggu kakak ni ada je tamu, perlu masak banyak.. tapi yelah, kita percaya dan pegang cakap mak lan tu.. kita tak akan rugi apa..