Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 16, 2008

INILAH TAKDIRNYA..

Masih saya ingat ketika itu, saya bekerja di salah sebuah kilang electronic. Sudah beberapa tahun saya bekerja di situ. Bekerja bagi menampung kehidupan saya dan pengajian saya di waktu malam Hari itu hari Ahad. Ada beberapa orang kawan satu tempat kerja melangsungkan perkahwinan. Pengangkutan ketika itu cumalah bus.
“Esok sahaja kita melawat Kak Anne..”
Saya beritahu kawan saya yang duduk di sebelah saya, ketika saya melewati hospital Melaka. Sudah hampir 30 hari kak Anne di masukkan ke hospital dan hampir saban hari saya dah kawan-kawan saya melawat Kak Anne. Kak Anne seorang janda yang mempunyai 2 orang anak yang cacat. Salah seorang anaknya baru meninggal dunia beberapa minggu yang lalu. Dan sekarang kak Anne disahkan oleh doktor menghidap kanser darah.
“Yelah..hari ini ada beberapa majlis kita nak kena pergi. Tak ada masa nak melawat dia. Insya-ALLAH, lepas kerja pukul 3 esok. Kita pergilah” jawab rakan saya sambil mata kami tidak lepas merenung, bangun hospital berwarna merah jambu itu.
“Kenapa doktor letakkan dia di wad itu ya?”
Saya sedikit mengeluh. Walau bekerja sebagai operator pengeluaran, tetapi kak Anne layak untuk duduk di kelas pertama. Memang itulah prosedur kilang.
“Entah..tapi HR cakap..dia dah beritahu hospital. Tetapi hospital cakap itu memang tempat untuk pesakit yang kronik..”
Setiap hari bila kami melawat Kak Anne, ada sahaja pesakit yang keluar dan masuk di dalam wad tersebut. Semalam seorang remaja berusia 17 tahun di keluarkan dari wad. Dikeluarkan selepas dia menghembus nafas yang terakhir kerana penyakit kanser. Beberapa hari yang lalu, ada seorang kakak berusia 40an, tercungap-cungap di hadapan kami kerana penyakit lelahnya. Doktor mengepung katilnya dan tidak lama kemudian sebelum kami balik, kakak tersebut sudah dibawa keluar juga tidak bernyawa.
“Harap-harap Kak Anne panjang umur…”
Itu doa kami. Di dalam hati cukup marah kerana selama Kak Anne sakit dan bila kami bawa dia ke klinik kilang. Doktor mengatakan yang kak Anne sengaja mereka sakit kerana mahukan cuti sakit. Sedangkan di bahagian produkis, Kak Anne selalu tidak berdaya. Sehinggalah kami memaksa kak Anne membuat pemeriksaan dengan doktor yang berlainan dan doktor tersebut merujuk kak Anne ke hospital Melaka. Dan keputusannya, hospital Melaka memberitahu yang kanser kak Anne sudah teruk. Sudah peringkat ke empat! Bahkan doktor di hospital memarahi keluarga Kak Anne, kenapa selepas Kak Anne sakit begitu teruk barulah kak Anne dibawa ke hospital?
Bukan salah Kak Anne dan bukan salah keluarga Kak Anne, tetapi salah doktor yang mengambil mudah tentang kesihatan pekerja.
Dan selepas majlis kenduri kahwin selesai, sekali lagi kami melalui hospital. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6 petang.
“Nak singgah tengok kak Anne tak?” saya duga kawan saya.
Saya dengan Kak Anne memang cukup rapat. Bahkan Kak Anne yang ketika berusia 35 tahun seperti kakak pada kami semua yang rata-ratanya dalam belasan tahun dan awal 20 an.
“Dah petang ni. Karang bas tak ada. Kita pergi petang esoklah. Lepas pukul 3..”
Sekali lagi kawan saya menegaskan. Saya akur. Terbayang wajah Kak Anne di ruang mata saya. Walau dia sakit, dia sentiasa riang melihat wajah kami dan seolah-olah tidak pernah rasa sakit sedikit pun.
Namun pagi esok ketika saya mahu ke tempat kerja. Saya menerima panggilan telefon dari kawan saya.
“Tie..kak Anne dah meninggal petang semalam. Dalam pukul 6 dia tenat dan menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minit kemudian. Ada orang beritahu kau tak? Sekejap lagi dia nak dikebumikan?”
Saya terkedu, kaki saya lembik mendengarnya. Bukankah semalam pada pukul 6 kami lalu di hospital Melaka. Saya mengajak kawan saya melawat kak Anne tetapi dia menolak?
“Dia ada cakap nak jumpa kau ..”
Saya meraung mendengar ucapan dari mulut kawan saya itu. Ketika melawat Kak Anne saban hari, saya selalu melihat jiran-jiran kak Anne di dalam wad menghembuskan nafasnya yang terakhir dan dibawa pergi. Tetapi saya langsung tidak dapat melihat kak Anne untuk kali terakhirnya.
Kerana masalah pengangkutan saya tiba di rumah Kak Anne betul-betul ketika jenazahnya diturunkan di liang lahad.
Sampai sekarang saya masih kesal. Kesal kerana tidak pergi melawat Kak Anne, walaupun sebenarnya saya harus akur semua itu adalah urusan tuhan!


1 comments:

Hertiny binti Laiman said...

Salam kak yati..
mcm kak yati tiny juga ada pengalaman yg sama, kwn sekolah sedari kecil sampai kami abis sekolah menengah, masing2 bawa haluan sendiri, hampir 10 tahun tak jumpa tuhan temukan kami balik, tapi itu pun kat talipon, kwn yang bagi nombor hp dia pada tiny, boleh dikatakan kami berhubung hanya melalui telepon.Ntahlah kak sampai satu tahap kwn2 yang tahu betapa akrabnya kami dulu bagi tahu dia masuk hospital.Tiny call dia tanya dia sakit apa, tapi dia tak bagi tahu, dia ckp sakit biasa je.. dan tiny pun seperti biasa sibok dengan urusan kerja sehingga tiada masa nak lawat dia sebab tiny ingat dia sakit biasa sahaja seperti mana yg dia ckp. seminggu kawan tu terlantar kat hospital tiny langsung tak jenguk, satu hari kwn bagi tau dia dah tak ada tiny mcm tak pecaya tiny call dia balik adik dia jawap kakak dia baru meninggal dan adik dia bagi tahu dia mmg teringin sangat nak jumpa tiny cuma dia tak nak tiny tahu yang dia sakit. Sampai sekarang tiny menyesal sebab tak dapat bersama dia disaat2 akhir hayat dia...