Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, July 18, 2008

KALAU TAK KITA TAK JADI ORANG...

Hari itu kawan saya Faiza datang ke rumah dia membawa anak bujangnya yang begitu sibuk mendengar lagu dari MP4. Itu satu-satu anak yang ada. Manja dan sering mengekori si emak ke mana sahaja emaknya pergi. Dalam hati rasa gembira. Mana ada anak-anak berusia 15-16 tahun begitu masih mengekori si emak.
“Anak-anak sekarang beruntung sungguh. Apa sahaja nak mereka dapat..”
Saya merujuk pada anak kawan saya yang bukan sahaja leka mendengar MP4 tetapi leka ber SMS.
“Yelah..sudahlah kita ibu bapa, bukan main berlembut lagi dengan mereka. Saya dulu Yatie, ingat lagi ayah sediakan besen kecil masa kita orang mengaji. Siapa mengaji salah ayah hempuk dengan besen tu..”
Kata Faiza sambil ketawa-ketawa. Saya juga tumpang ketawa dengan Faiza. Saya dengan Faiza agak senasib. Mempunyai ayah yang cukup garang.
“Orang tua dulu-dulu, garangnya tak tahu nak cakap. Macam ayah saya juga Faiza. Garangnya mengalahkan singa. Saya masih ingat, ada kesalahan kecil yang telah saya lakukan telah menimbulkan kemarahan ayah. Saya tengah tidur di katil, dia tarik rambut saya dan heret saya sampai ke lantai. Tak puas dari itu saya ditendang dan dipijaknya…”
Bercerita kisah lalu memang cukup memedihkan. Apatah lagi apabila kehilangan emak dalam usia muda. 10 tahun dan kemudian beribu tiri. Tetapi saya tidak pernah menyalahkan ayah saya.
Mungkin cara didikan orang tua-tua dahulu memang begitu. Bahkan apabila meningkat dewasa, saya sudah berbaik dengan emak tiri saya. Melupakan apa sahaja perkara ‘hitam’ yang pernah berlaku dalam hidup saya dengannya dengan hati terbuka. Bahkan saya sudah boleh duduk bercerita, bergelak ketawa. Kadangkala ayah menjadi cemburu kerana kami lebih banyak bercerita dengan emak tiri, daripada dirinya!
“Itulah..sekarang saya cakap dengan ayah saya Tie. Ayah kalau kepala kita orang pecah dahulu, ayah kena tangkap tau!”
Kami ketawa, bersambut-sambut. Dalam usia begini, memang kami suka duduk mengenang. Apa yang perlu dikenang, diketawakan dan dijadikan teladan.
“Kalau kenangkan kisah masa kecil-kecil memang sakit. Kita macam tak boleh bersuara, apa sahaja yang disuruh kita perlu buat. Tidak boleh tidak. Tidak ada kuasa untuk membantah. Kalau membantah. Zapp..zapplah belakang kita…”
Sambung saya sambil mengerling anak sahabat saya yang begitu asyik mendengar MP4nya. Biarkanlah dia, dari dia melopong mendengar kami bersembang.
“Ayah saya pun macam tu. Tetapi syukurlah kita ini bukan jenis yang berdendam..”
Sambil menikmati teh manis bersama sedikit kuih muih kawan saya menyambung cerita.
“Lah..buat apa berdendam Faiza. Dia ayah kita. Garang macam mana dia pun, dia tetap ayah kita. Kalau mereka tidak buat begitu, kita tak jadi orang..”
Kadangkala memang marah apa yang telah ayah lakukan pada saya. Namun saya bersyukur, kalau ayah tidak pukul saya. Tidak pijak belakang saya. Saya tidak jadi orang. Saya perlu memandang segala perlakuan ayah dengan cara yang positif!
“Yalah..cakap awak betullah Yatie. Garang-garang ayah kita pun. Kita jadi orang juga ya! Masuk universiti…”
Ya..garang-garang ayah saya pun, ramai anak-anaknya yang masuk universiti. Walau tidaklah menjadi orang ternama tapi dapatlah mengulurkan RM200-300 untuk ayah setiap bulan di kampung.
“Namun janganlah kita ikut cara mereka. Zaman dah berubah. Dari situ kita harus belajar bagaimana mengendalikan anak-anak kita pula..”
Balas saya. Walau anak saya masih kecil, tetapi dengan adik-adik iaitu anak emak tiri saya, saya seperti emak dan kakak kepada mereka (beza saya dengan adik bongsu saya 23 tahun). Apa sahaja masalah adik, baik mengenai teman lelaki atau teman wanita. Mereka akan bercerita pada saya. Saya mendengar dan memberi sokongan atau panduan jika perlu. Bahkan saya akan mendengar segala pendapat mereka dan memberi ruang pada mereka. Sampai sekarang baik adik dan adik ipar saya. Mereka cukup menghormati cara saya.
“Memang cakap Yati tu betul. Tapi anak-anak sekarang, dah terlalu manja. Lain pula jadinya. Ini.ini. Kalau tidak dibantai, dipukul. Masih lagi duduk di rumah kosong hisap rokok..”
Kawan saya merujuk pada anaknya yang satu ketika dahulu bermasalah, tetapi Alhamdulilah, sekarang sudah jauh berubah.
“Susah juga ya. Berlembut susah. Pukul bantai pun susah..”
Memang bukan mudah sebenarnya untuk membesarkan anak. Pendekatan yang digunakan kalau salah, anak-anak akan musnah jadinya. Dan perlahan-lahan saya mula belajar bagaimana perasaan ayah apabila satu masa dahulu anak-anaknya tidak mendengar kata.
Terutamanya saya! He..he.he.


1 comments:

TokMa said...

Salam NB...saya dulu kecik2 dipukul ngan penyapu lidi. Gedebik tengah belakang, kaki, paha...aduh sakitnya. Saya pulak jenis yang tak tau lepaskan diri, bersangkut kat lengan abah. Abah tak terkata, sbb saya anak tiri, takut mak tak suka ditegur abah sbb saya bukan anak abah. Dah teruk kena rotan sampai tak bermaya saya kena bantai, baru abah bersuara, berhentikan mak dari pukul saya. Berbekas bercalar-calar badan, hanya tak angkat kain basah kena hujan. Kakak saya berang ngan jiran sebab kerbau mereka terlepas dan lanyak tanaman nenas dia...mak mengamuk lepas tu sebab malu kat jiran. Kakak melawan cakap mak, apa lagi parang yang paling dekat dibalingnya arah kakak. Mujur kakak sempat lari kalau tidak hospitallah kakak tidur malam tu.
Eeee...seram saya fikirkan..mak saya garang sangat2.