Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, June 2, 2008

PENATNYA MENJADI ORANG JEPUN


Sempat mengayakan Yukata, salah satu pakaian tradisional orang Jepun pada musim panas. Ianya lebih kasual jika dibandingkan dengan kimono dan seringkali dipakai selepas mandi.

Melihat orang Jepun yang berlari-lari anak dalam hujan ke tempat kerja dari hotel saya di tingkat 16. Saya merasa begitu simpati dengan mereka. Rata-ratanya memakai jaket berwarna hitam dipadankan dengan baju berwarna putih. Ianya kelihatan seperti pakaian seragam sahaja lagaknya. Amat jarang pekerja lelaki di Jepun memakai pakaian yang berwarna warni seperti biru, merah jambu ataupun berkotak-kotak. Hampir 99 peratus memakai kemeja putih polos.
“Mereka seperti robot yang diatur hidupnya..”
Hati saya berdetik. Saya tahu tekanan yang diterima setiap pekerja di Jepun. Mereka harus meneruskan kelangsungan hidup dengan apa yang telah ditakdirkan kepada mereka. Rumah yang kecil, makanan yang mahal dan tekanan di tempat kerja menyebabkan ramai orang-orang Jepun yang tertekan. Ini diakui sendiri oleh Gogi pemandu pelancong kami.
“Petrol amat mahal di sini. Kereta lebih murah dari Malaysia. Hampir separuh harga dari Malaysia. Tetapi siapa yang mahu memandu ke tempat kerja, kalau tempat meletak kereta hampir RM30 satu jam..Mereka terpaksa berasak-asak di dalam kereta api. Terlambat sesaat, bermakna anda tidak mendapat tempat di dalam kereta api dan belum tentu keretapi seterusnya ada tempat untuk anda.”
Gogi memberitahu kami. Di Jepun kereta mewah banyak memenuhi jalan raya. Ada beberapa kereta yang menarik tumpuan saya, rekabentuknya seperti kenari dan kelisa tetapi dikeluarkan oleh syarikat Nissan. Mungkin Malaysia meniru reka bentuk Nissan. Saya mengadai sendiri.
“Di Jepun walau kamu lihat gaji mereka besar tetapi agak kecil bagi menampung kehidupan yang sungguh teruk di sini. Ramai yang berpura-pura bekerja sehingga larut malam, hanya sekadar untuk mendapatkan bayaran lebih masa”

Buku mengenai seorang diplomat yang bernama Masako yang mengahwini Putera Raja Jepun dan mendapat tekanan yang hebat selepas 10 tahun berkahwin kerana pelbagai peraturan yang dikenakan di dalam istana.

Gogi berterus terang. Lelaki yang berasal dari Singapura itu sudah menghabiskan hampir separuh daripada hidupnya di Jepun. Sejak belajar di usia belasan tahun sehinggalah sekarang sudah mencecah 40 tahun.
“Di Jepun pengalaman tidak diambil kira ketika seseorang pekerja itu memohon pekerjaan. Seniority lebih diutamakan.”
Sambung Gogi lagi. Menurut beliau di dalam sektor pekerjaan di Jepun, orang-orang Jepun tidak pernah mengambil kira pengalaman kerja seseorang.
”Kalau anda masuk bekerja pada hari Isnin dan seorang pekerja yang berpengalaman masuk pada hari Rabu minggu yang sama. Anda sudah dianggap sebagai senior.”
terang gogi. Saya mendengar dengan tekun apa yang diceritakan oleh Gogi.
“Kalau anda bosan bekerja atau mempunyai masalah dengan majikan anda anda sekarang dan anda mahu berhenti dan melamar di tempat kerja lain. Anda harus berfikir berpuluh-puluh kali, bahkan mungkin beratus kali. Tempat kerja baru anda tidak akan memberi gaji menerusi pengalaman anda di tempat kerja lama. Anda terpaksa bermula dari bawah, bahkan kadangkala tindakan anda berhenti di tempat kerja lama akan dipertikaikan. Mereka akan mengandaikan yang anda bukan pekerja yang baik kerana sudah tidak disukai oleh majikan anda..” Cerita Gogi menarik minat kami semua mendengarnya.
“Lagi satu Kalau anda seorang junior di dalam syarikat, anda terpaksa menghidangkan teh pada setiap pagi pada pekerja yang lain. Tetapi jika ada seorang pekerja baru yang masuk dia akan mengambil tugas anda.Tetapi...”
Gogi memberhentikan kata-katanya. Merenung kami seorang demi seorang.
“Tetapi....kalau ada pekerja perempuan di dalam syarikat tersebut. Tidak kira ada junior lelaki yang masuk ke dalam syarikat tersebut. Pekerja perempuan tersebut terpaksa menghidangkan teh kepada semua pekerja...”
“Oh..mereka buli pekerja perempuan.”
Salah seorang ahli rambongan kami bersuara dengan agak kuat. Gogi hanya ketawa dan katanya perkara ini sudah membudaya dalam masyarakat Jepun sejak berkurun lamanya. Mungkin ada syarikat yang sudah tidak mempraktikkan perkara ini tetapi rata-rata masih mengamalkannya.
Dan ketika di Jepun saya sempat membeli beberapa buah buku. Salah satunya “Princess Masako-Prisoner of the Chrysanthemum Throne.” Membaca separuh daripada buku tersebut ketika berada di dalam kapal terbang. Saya akui betapa sukarnya dilahirkan sebagai seorang wanita di Jepun yang sentiasa dipandang sebagai kelas kedua dan apatah lagi jika seseorang itu adalah orang luar dan terpaksa tinggal di dalam Istana Jepun yang mempunyai seribu satu macam peraturan.

3 comments:

TokMa said...

Betullah NB, saya pernah baca buku tentang sejarah Jepun dan Maharaja2nya. Penuh dengan adat yang berat2. Yang penting saya amat bersyukur ke hadrad illahi kerana telah dilahirkan dalam keluarga berugama Islam, berbangsa Melayu, di bumi Melaka, di Malaysia pulak lagi tu. Saya panjatkan syukur yang tak terhingga.

wanupeh said...

assalammualaikum kak norhayati berahim...

ya bersyukur sangat menjadi rakyat malaysia...
dilahirkan sebagai islam...ada pegangan dan
panduan...jika ada dugaan atau tekanan, masih
ada tempat utk berpegang, tempat utk berserah.
rata2 bagi penduduk jepun, dimana pegangan agama
bukan perkara utama, persepsi mereka ttg hidup
kadang kala merumitkan lagi pandangan terhadap
sebuah kehidupan dan keperluan dalam meneruskan
hidup itu...mmg sepatutnya saya/kita bersyukur
ditempatkan dimalaysia di muka bumi ini...

wah...tentunya gembira disepanjang berada di
negara matahari terbit itu ya, dgn panaorama
terindah ciptaanNya...sempatkah kak norhayati
singgah di Nara, dengarnya disana, kita boleh
melihat rusa dari dekat. rata2 rusa disana
bebas bergerak...

insyaallah, jika diizinkan, saya akan menjenguk
ke sana bulan oktober ini...niat dihati nak
melihat matahari terawal, bermulanya hari...
mungkin kak norhayati boleh memberi cadangan
tempat2 yg best utk dilawati...hehehe

idasm said...

satu pengalaman baru utk ida. byk tul tekanan kat jepun yea...