Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 23, 2011

QAISARA DAN KAMERA

Saya sudah membeli kamera baru. Pada mulanya saya mahu membelikan dia kamera yang dipilihnya berwarna pink. Tetapi memikirkan yang kamera tersebut akan cepat jatuh dan rosak. Saya bagi dia kamera yang saya pakai sekarang . Tough dari Olympus. Kamera ini sangat lasak, jatuh dan masuk air pun tidak mengapa.

Tengoklah Qaisara gaya seorang jurufoto. Ha ha ha..



Yeahhh...suka apabila gambarnya menjadi.


Hasil gambar yang Qaisara ambil semalam ketika kami balik kampung.

Balkish dan kakak Alinnya.

Sepupu kesayangan Qaisara, Abang Adli pujaan hatinya, Alin dan Irfan. Tak tahu kenapa dia suka sangat dengan Abang Adli yang pandai melayan dia bermain.

Gambar yang diambilnya sendiri.

Pokok bunga di halaman rumah saya. Tembak ajelah Ta..ha ha ha..


Saturday, May 21, 2011

POP CAKE

Hari itu kami juga belajar membuat pop cake. Rupanya senang sahaja membuat pop cake ini. Pop cake ini boleh dihias dengan pelbagai cara.


Kusyi tunjuk gelang lawa..ha ha ha..


Atan yang begitu bangga sebab berjaya menghias pop cake yang sudah disalut coklat. Ha ha ha..


Kalau part menghias begini bagikan pada Qaisara. 


Hmm.....sampai menjilat jari...

Tak ada pula gambar pengetua semasa membuat pop cake ini. Padahal pengetualah yang dok mengentel pop cake. Kami dok sibuk menghias aje. Gambar si Kham pun tak ada. Kham tukang mengambil gambar apa pula nak ada ya tak?



Friday, May 20, 2011

LINDUNGILAH ANAK INI..

Qaisara dengan aunti Kusyi dan Atoknya sedang belajar membuat pop cake. Qaisara sangat suka membuat kerja yang sebegini. 

Semalam saya menerima panggilan dari seorang perempuan.
'Puan, ada dapat SMS saya.."
"SMS apa?" Tanya saya, memang saya tidak mendapat apa-apa SMS semalam.
"OH..nanti saya hantar lagi semula."
Tidak lama kemudian saya menerima satu SMS. Rupanya dari sebuah studio yang menyuruh Qaisara menghadirkan diri untuk casting iklan. penggambaran akan diadakan pada minggu depan. Tidak lama kemudian sekali lagi perempuan itu menelefon.
"Puan dah dapat SMS tak?"
"Sudah.."
'Tolong hantar ya, Qaisara esok.."
Oh..saya memang tidak gemar akan perkara ini. Saya benar-benar bimbang.
"Maaf esok Qaisara sekolah.."
"Oh..sampai pukul berapa?"
"Sampai 12.30."
"Kalau begitu hantar sahajalah masa penggambaran minggu depan.."
"Oh..maaf minggu depan kami akan ke europe.."
"Qaisara ikutkah.."
"Sudah tentu dia ikut saya.."
"Oh ingat kalau dia tak ikut, kami boleh ambil Qaisara dan hantar ke tempat shoot tu.."
Aduhai. Petang itu Kusyi datang ke rumah saya. Sebagai seorang wartawan dia sudah masak dengan hal yang sebegini. Saya beritahu dia mengenai tawaran kepada Qaisara itu.
'Kak Yatie, kalau ibu bapa lain, anak mereka tidak terpilih. Boleh menangis dibuatnya. Bahkan  saya pernah jumpa ibu-bapa yang tidak putus-putus bercerita mengenai penglibatan anaknya menjadi model iklan, sedangkan kisah itu 14 tahun yang lalu"
Ya..saya sedar apa yang Kusyi katakan itu ada benarnya. Tengok sahaja program realiti AF, ada yang menangis anak tidak terpilih.
"Biarlah Qaisara membesar dengan adil, kalau dia mahu berkembang dan terkenal pun dengan cara sendiri. Dengan bakat dia bermain painokah" Balas saya. Ya..walau baru beberapa bulan memasuki kelas piano, gurunya memberitau Qaisara seorang pelajar yang sangat fokus dan gurunya mencadangkan Qaisara memasuki kelas individu. Tidak perlu belajar beramai-ramai dengan kawan-kawannya.
"Tengok apa yang terjadi dengan perlakon Hanna Montana. Hilang virgin pada usia 16 tahun. Ayahnya menyesal dan berkata kalaulah boleh diputarkan masa, dia tidak membenarkan anaknya berlakon seperti sekarang.." Cerita Kusyi.
Ya..saya tidak mahu menyesal seperti ayah itu. Saya takut anak saya menceburkan diri di dalam bidang yang sebegini kerana masalah sosial yang berbangkit nanti.
Cuma kadangkala saya bimbang, sekarang bolehlah  saya menolak satu masa nanti saya takut Qaisara tidak dapat menahan dirinya dari godaan yang datang kepada dirinya secara terus tidak melalui saya. Moga-moga anak saya ini dilindungi dan tuhan tetapkan hati saya.


Wednesday, May 18, 2011

BELAJAR MEMBUAT HIASAN KEK

Semalam saya, Kham, Atan, Bibik, Teta telah menyibuk mengikut Kusyi membuat tugasannya sebagi wartawan. Kami menyerbu ke rumah Roza untuk melihat bagaimana Roza mengajar kami semua menghias kek. Pengalaman yang saya rasa sangat-sangat mengembirakan dan tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kami belajar sambil bergelak ketawa, makan dan sebagainya.

Sebelum ke rumah Roza, saya dah masak dahulu untuk dibawa ke rumahnya. Sambil buat kerja, sambil makan. Saya memang suka begitu. Spageti bebola daging, pulut dan serawa durian.

Roti jala, pagi-pagi bibik sudah menjala dan lepas selesai membuat kari ayam, saya sambung pula menjala. Ingat tak habis rupanya roti jala ini amat diminati oleh anak-anak Roza. Roza pula menyediakan nasi kerabu yang sangat sedap. Saya makan sampai 2 kali. Ha ha ha..


Roza tengah mengajar dan Atan mendengar dengan penuh minat.

Qaisara dengan foundant yang sudah siap diuli. Sepanjang sessi ini dijalankan Qaisara memerhati dan melakukan dengan penuh minat. Kusyi beritahu saya, nanti bila Qaisara besar dia suruh saya hantar Qaisara ke Amerika mempelajari membuat kek dan menghias kek. Saya beritahu Kusyi buat apa saya hantar ke Qaisara ke Amerika, saya hantar Qaisara ke rumah Roza sahaja..ha ha ha

Kham yang selalu 'keras tangan' kali ini boleh dilembutkan.. ha ha ha


Atok dengan cucu yang sangat bekerjasama. Atan cukup berminat rupanya dalam kerja-kerja yang sebegini.

Sebenarnya mahu mengelek foundant bukan perkara yang enteng. Harus memerlukan tenaga lelaki. Jadi kerja tersebut banyak diserahkan pada Atan. Puan Pengetua sedang memerhatikan Atan bekerja.

Ha ha ha apa yang ditenyeh si Kham dan Atan yang begitu beria-ia sekali.

 Saya sedang membentuk renda untuk di letak di tepi kek tersebut

 Foundant yang perlu diwarnakan terlebih dahulu. Kusyi dan Teta yang sangat bekerja sama.

Foundant ini seharusnya mengalami beberapa proses, membuat, membentuk, mewarna dan  mencantikkannya lagi.

Macam beriya-iya sahajakan. Ha ha ha..

Kerjasama penting dalam membuat hiasan ini..

Si Kham yang tidak kurang hebat dan berbakat.



Tak tahu nak cerita apa tapi Atan nampak sangat teruja membuat hiasan kek ini. Hebat jejaka seorang ini.

Pegetua Roza Ngah sedang memeriksa hasil kerja kami..ha ha ha..


Berpuas hatikah? Saya rasa mereka berdua sangat berpuas hati...

Gambar ini sepatutnya masa mula-mula tadi tapi malas nak dialihkan, ha ha. Qaisara sangat berminat dengan membuat hiasan kek ini sampai keletihanlah dia tetapi tetap teruja dan teruja. Sampai balik pun masih bercerita dan bercerita betapa seronoknya dia.

Biasanya kek hantaran ini dijual pada harga RM600-RM1000. Walau bahannya tidak begitu mahal tapi terus terang saya katakan memang berbaloi kalau melihat bagaimana kami bekerja menyudahkannya. Seramai 5-6 orang. Sehari suntuk dan Roza memang sangat berbakat dan kreative. Terima kasih pada Roza yang tidak lokek mengajar kami. Sayang kat Roza. Sesiapa yang mahu memesan kek hantaran ini boleh buka blog roza ya dlittlekitchen

Monday, May 16, 2011

ADAKAH GURU YANG DEDIKASI?

SELAMAT HARI GURU!

Guru memang amat bermakna buat sesetengah orang. Guru yang mengajar kita mengenal huruf A-Z.
Tetapi adakah seorang guru yang kekal dalam ingatan kita semua. Guru yang benar-benar dedikasi? Guru yang mengenepikan semua kepentingan diri?Rasanya teramat sukar ditemui.
Oh..mungkin cerita saya akan menjadi satu kontrovesi dan tidak disukai terutama oleh para guru. Tetapi terus terang saya nyatakan, seumur hidup saya digelar pelajar. Terlalu amat sukar saya berjumpa seorang guru yang benar-benar berdedikasi dengan tugas. Seorang guru yang menerima saya anak muridnya yang sangat miskin. Anak murid yang kadangkala terpaksa bangun jam 3 pagi menoreh getah dan berkejar ke sekolah.

Oh..saya banyak kenangan yang menyakitkan hati dengan guru. Terutama guru sekolah rendah saya. Guru yang kadangkala memandang rendah kerana saya miskin dan kemudian tidak beremak.
Saya masih ingat ada seorang guru, yang sentiasa tidak senang hati dengan saya.
Apabila saya dipilih oleh rakannya mewakili sekolah untuk bola jaring, dia marah dan mengeluarkan saya. Guru dengan guru bergaduh, apabila saya dipilih semula saya berjauh hati dan menolaknya.
Apabila saya dipilih oleh kawan sebagai ketua darjah, dia bertanya tidak adakah orang lain yang hendak dipilih?
Apabila saya berjaya memegang jawatan ketua darjah atas undian kawan-kawan, di akhir tahun hadiah diberi pada orang lain.
Bahkan ada seorang ustaz yang sentiasa membuli anak-anak muridnya terutamanya saya.
Semua kerja saya disuruh buat. Pergi sana, pergi sini bahkan membeli kuih untuknya.
Pernah satu hari saya enggan kerana tidak tahan mahu ke tandas. Dia mengamuk dengan saya.
Ada tak ada saya masih ingat seorang guru sering memuji saya.
"Tengok macam Yatie, walau buku dia koyak rabak. Buku dari kakak dia, tetapi dia tetap pandai membaca" (Buku dulu kena beli)
Ya..sampai sekarang guru itu saya ingat. Guru yang menaikkan moral saya, walau hanya dengan sebaris ayat. Walau selepas itu bila diluar dia seperti tidak kenal dengan saya.
Ya..terus terang, susah saya nak jumpa guru yang masih kekal dalam ingatan saya.
Cuma ada seorang, guru berbangsa cina. Guru tersebut amat sayangkan anak-anak muridnya. Bila kami penat belajar, dia akan menyuruh sesiapa yang pandai menyanyi, menyanyi. Dia akan beri kami upah menyanyi 20 sen. Itu amat menghiburkan kami. Kami bersemangat tetapi sayang, hanya setahun mengajar dia ditukarkan. 
Di sekolah menengah pula, ada seorang guru yang sangat anti dengan saya.
Guru bahasa melayu. Buku saya sering dilempar dan saya dihina dengan macam-macam kata nista.
"Anak Berahim, BM nanti awak akan dapat 7 atau 8"
Ya..dia jarang menyebut nama saya, tetapi nama ayah saya. Apabila SPM saya mendapat BM A, saya pergi berjumpa dengannya. Dia seperti tidak percaya! (saya suka menulis karangan macam tulis cerpen itu yang dia angin!)

Tahukah pembaca siapakah guru saya yang sebenarnya?
Dia, adalah arwah emak saya. Dia yang mengajar saya membaca. Saya rasa saya pandai kerana arwah emak saya. Emak saya yang sentiasa menemani saya setiap malam dengan pelita. Emak yang mengajar saya mengenal huruf sebelum guru mengajar saya. Emak yang mengajar saya membuat kerja rumah, menerangkan perkara yang saya tidak faham. Saya tahu saya pandai kerana emak saya (inilah kenyataannya, jangan marah para guru). Bukan kerana guru kerana emak sentiasa memandu saya. Guru tidak pernah pun datang pada saya dan tidak pernah peduli dan jarang melihat keujudan saya. Sebab itu apabila emak meninggal sebelum saya sempat ke sekolah menengah. Saya kehilangan bukan sahaja seorang emak tetapi seorang guru!

Itu tentang guru saya dahulu. Bila disingkap ianya banyak menyedihkan dari mengembirakan.
Tetapi saya tahu dan yakin, ramai guru yang baik diluar sana tetapi saya tidak bertemu dengan mereka. Bahkan saya rasa guru sekarang lebih berdedikasi dan ikhlas dengan tanggungjawabnya.
Contoh adik saya Khairul yang tidak pernah mendengar dia bersungut tentang kerjanya, bahkan sentiasa gembira membimbing. Sentiasa teruja dan teruja.
Kakak saya Mijah yang seperti kata anaknya Ojan, bagi umi sekolah adalah rumah. Hari Sabtu di sekolah, cuti pun masih di sekolah dan kadangkala hari biasa jam 5 pun masih di sekolah.
Bahkan saya dapat merasakan guru sekarang lebih mesra, terbuka dan seperti kawan dengan anak muridnya.

Guru..
Ikhlaslah mengajar, kurangkan bersungut, hormatilah anak murid anda dan jangan sesekali menghina keluarga dan ibubapanya. Kerana sekali kata-kata yang menyakitkan itu keluar dari mulut anda, sampai bila-bila ingatan itu tidak akan hilang. Sedikit kebaikan yang kita buat, walau dengan sebaris ayat akan diingati sampai bila-bila. Saya tahu tugas sebagai guru bukan mudah, tetapi bila kita gembira dan ikhlas insya-ALLAH ada ganjaran tidak di dunia, tetapi dari ALLAH.

Selamat Hari Guru pada para guru semua!



Saturday, May 14, 2011

TAK ADA KAK!


Semalam saya makan dengan suami di restoran kebab terkenal.
Sudahlah pekerja tak ramai, ada dua orang rasanya.
Seorang itu entah buat apa, tetapi yang seorang ini jadi cashier dialah juga yang masak itu ini.
"Akak nak yang macam gambar tu boleh?"
Saya tunjuk gambar dekat dinding.
Ada tulis perkataan leg lovers. Gambar peha ayam dengan chips dan salad.
"Akak jangan tengok dekat gambar kat dinding kak. Tengok dekat menu.."
"Asal pula tak boleh tengok dekat gambar.."
"Mana ada kak..tak ada pun. Itu hiasan sahaja.."
Glup..saya pandang budak yang rasa macam tak bersalah.
"Mana boleh macam tu, ini dah menipu pelanggan."
Balas saya, geram juga saya. Dari tadi tengok gambar dah terliur, bila nak beli tak ada (macam budak-budak aje..ha ha ha)
"Ramai orang buat hiasan cam tulah kak.."
Saya terfikir, KFC, Mac D kalau letak gambar mesti makanan itu ada dalam menu bukan?
"Cakap dengan bos awak, esok-esok akak datang lagi. Akak nak tengok semua gambar tak berkenanan sudah diturunkan. Kalau tidak, memang sahlah mahu menipu pelanggan.."
Pekerja tersebut senyap tetapi mukanya masam mencuka. Sampai pesanan saya sampai pun wajahnya tidak cerah. Masih rosyom.
Sebagai pelanggan saya rasa saya berhak bersuara bila ditipu begitu. Tetapi di Malaysia ini memang begitulah. Pergi restoran mamak contohnya, tengok gambar mee cukup menyelerakan. Bila sampai, hitam pekat sahaja mee tu..penuh dengan kicap sahaja..

ALAHAI

Gambar dari pak google tak ada kena mengena dengan cerita..he he he

Semalam sehari suntuk blog saya tak boleh login.
Rasanya dari pagi sampai ke tengah malam.
Jadi tak boleh nak update dan buat entry baru.
Malam ini bila buka, ada beberapa entry saya hilang pula..
Terutama entry baru, Jom buat cokelat.
Langsung tak nampak batang hidung..lesap
Alahai.....

.

Thursday, May 12, 2011

JOM BUAT COKLAT

Jom kita buat coklat!
Bila rehat-rehat otak ligat berfikir, apa saya nak buat?
Apa yang  ada dalam peti ais itu?
Ting!
Buat coklatlah senang kerana buat coklat boleh simpan.
Sebab itu saya suka buat cokalat. Sesiapa datang, boleh beri mereka makan.
Hmm..tapi saya tak mahu bagi resipi dengan coklat yang saya buat.
Masakan asyik nak resipi percumakan?
Zaman sekarang ini saya tengok, semua orang nak percuma.
Kita ini tengok kawan-kawan buat sesuatu
mulalah akan tulis begini..
"Dik, akak, abang..minta resipi"
Kadangkala kawan tu punyalah bayar dan bayar untuk dapat resipi.
Punya belajar dan belajar untuk membuat sesuatu
Kita alih-alih dok senang aje minta resipi.
Bukan saya kedekut ilmu.
Tidak...tapi kita kalau nak minta resipi, tengoklah dulu. Pandanglah dulu.
Kalau saya yang tidak buat business tak mengapa, pada orang yang buat business?
Saya sendiri sangat malu mahu meminta resipi pada orang lain.
Baik saya godek sana sini, baik saya beli bukukan, ilmu saya dapat orang yang buat buku tu pun dapat rezeki. (ada orang sangat lokek membeli buku)
Saya suka beli buku resipi. Walau masih tak pandai-pandai masak. 
Ha ha ha..apa punya bebelah saya inikan?


Hari itu ketika membuat coklat saya ada berkongsi di dalam Harian Metro.
Saya ada letak di wall saya di FB, Peringkat demi peringkat saya buat tapi rasanya ramai yang tak beli Harian Metro.



Kali ini nak buat cokelat macam crispy tu? Saya tak mahu bagi resipi tapi tolong beli buku ini.
Saya beli di pesta buku. Harganya cuma RM25. Tetapi macam-macam yang boleh kita dapat di dalamnya.
Cantik-cantik dan nampak sedap.
Crispy cokelat itu sangat mudah dan sangat murah untuk dibuat.
Belilah ya! Tolong penulis tersebut beli buku beliau
dan anda pun banyak dapat ilmu di dalamnya.


Wednesday, May 11, 2011

BERILAH KEMAAFAN

Bila Kusyi dan suaminya Zul datang ke rumah banyak cerita yang berbangkit. Terutama perihal masa lalu yang agak memedihkan. Zul dan saya hampir senasib dan kadangkala Zul seperti tidak dapat melupakan apa yang berlaku.
'Kita harus belajar memaafkan.."
Saya beritahu Zul. 
Ya..dalam kehidupan apa sahaja perkara yang terjadi kita harus memaafkan. 
Saya masih ingat bagaimana saya bercerita dengan seorang teman di mana saya terpaksa beraya Haji seorang diri di rumah. Kakak saya berdua tidak pulang dari asrama dan selebihnya di mana keluarga saya tidak perlulah saya beritahu. Saya masih ingat bagaimana saya memegang kekisi tingkap dan memandang ke jalan. Mengharap kalau-kalau ada yang kembali ke rumah. Saya masih ingat, saya keseorangan yang agak lama. Sehinggalah ada yang menghantar daging korban ke rumah saya.
Saya gembira, daging korban itu saya rebus. Mahu memasak saya tidak tahu kerana ketika itu saya berusia 12 tahun. Hendak disimpan tidak ada peti ais. Saya takut untuk makan daging tersebut dan menunggu mana-mana kaum keluarga saya pulang. Malangnya saya lupa menutup periuk tempat daging direbus, daging itu dicuri kucing. Natijahnya saya dimarahi kerana cuai.
Kawan mendengar menangis mendengar cerita saya, tetapi saya ketawa. Selepas bertahun-tahun saya menangis mengingatkan peristiwa tersebut. Sudah boleh ketawa kerana saya telah belajar memaafkan.
Itu yang saya beritahu Kusyi dan Zul, kita harus belajar memaafkan dan melihat perkara yang menyedihkan dari sudut lain.
Hidup tidak selalu indah, banyak perkara yang terjadi saya belajar memaafkan. Sebab itu kadangkala orang tidak faham dengan tindakan saya. Sudah difitnah ditikam, saya masih memaafkan.
Perlukan kita simpan rasa sakit hati yang akan menjadi barah buat diri kita? Kita harus lepaskan kemarahan itu pergi. Biar diri kita bebas dari rasa sakit hati..
Kemaafaan bukan dendam, kemaafan adalah suatu perasaan yang paling cantik yang kita tidak mengerti, sehingga kita memaafkan...



Tuesday, May 10, 2011

NAMPAK SAHAJA!

Qaisara adalah anak yang selalu mahu tahu apa yang kita buat.
Saya pula adalah jenis emak yang akan menerangkan segalanya-galanya secara terperinci dengan anak.
Semalam saya tengah sibuk membuat layout rumah baru ayah saya. Alah layout not to scale. Sebelum diberi pada kontraktor yang mahu membuat rumah. (buat sahaja dulu, sedangkan tanah baru dibakar belum diukur pun) He he..
Datang Qaisara macam-macam tanyalah dia. Ini apa? Apa ini? Bla bla. Tiba tiba dia membelek layout yang sudah saya print sambil ketawa.
"Umi ini bilik siapa?"
"Ini nanti bilik atuklah. Dekat dengan dapur, senang atuk bangun nak minum air, nak pergi tandas.."
Saya beritahu Qaisara.
"Hm...umi ni tak kasihan atuk ke? Buat bilik untuk atuk tapi tak ada pintu untuk atuk masuk dan keluar!"
 Saya pun tengoklah layout yang saya buat. Ha ha ..betullah. Hesy tajam sungguh mata budak kecil ini. Sedangkan saya rasa, orang tua pun susah mahu memahami layout inikan?



Sebahagian layout yang saya buat, perasan tak anak panah yang tidak berpintu itu?. Ha ha ha


Telah saya letakkan icon pintu atas teguran Qaisara.  Ha ha ha..