Sudah berapa minggu Qaisara tak suka ke kelas pianonya. Macam-macam alasan diberi kepada saya dan saya tahu gurunya kurang mesra dan suka marah-marah. Setiap kali saya pergi saya akan lihat kelakuan guru tersebut dan pagi tadi ketika saya sedang berbaring dengan Qaisara, Qaisara bercerita.
"Umi, umi marah tak kalau Teta cerita?"
"Cerita apa sayang?"
"Cikgu kelas piano itu selalu cucuk tanganTeta dengan pen.."
Ya ALLAH saya mahu sahaja menjerit.
"Sakit ke tak?"
"Sakit juga ada satu kali tu Teta rasa nak menangis tapi Teta malulah umi."
Aduh dada saya rasa tersentap. Saya tak pernah cucuk anak saya dengan pen, kenapa guru ini melakukannya.
"Nanti umi jumpa dia. Umi nak tanya.."
"Tak apalah umi, tak payahlah. Selasa lepas dia tak marah Teta pun. Dia okay. Jangan marah dialah..."
Qaisara menegah, tapi hati saya tidak sedap. Air mata saya meleleh tanpa dikesan oleh Qaisara. Saya hantar anak saya belajar untuk suka-suka, kalau dia tidak pandai ajarlah. Tetapi tidak perlu mendera anak saya. Saya rasa saya perlu berjumpa dengan guru tersebut untuk meminta penjelasan tetapi saya harus menghormati perasaan Qaisara juga. Saya harus mendapat kebenaran dari anak kecil saya dan saya akan yakinkan Qaisara, berjumpa dengan gurunya bukan bermakna saya mahu bergaduh tetapi saya mengambil berat perihal anak saya.
9 comments:
apahal la garang sgt cikgu tu ye kak? tukar cikgu boleh tak? kesian teta
menjerit saya bila baca...marah terus. saya dah 21 tahun mengajar. tak pernah saya cucuk tangan murid dengan pen. budak dicucuk tentulah sakit. tak tahu ajarlah baik2...hesy.kena jumpa owner dan komplen . Jangan biarkan . Jangan sampai si teta luka baru nak angin?
cikgu tu emo betol.. kalau x nak mengajar cakap je laa.. ish lepuk kang baru tahu cikgu mcm tuh
iskhh sy dengau ni pun geram kak..tak sanggup nk cubit pun anak orang..
once a while kena jugak jumpa cikgu piano tu kak.just a relax chit chat..at least tau mcm mana character dia..emo semacam aje cikgu tu..
untungnya anak2 bijak macam teta ni mampu bercerita...kdg2 saya terfikir kalau cikgu2/rakan2 kat sekolah nabila berkasar dgnnya...macam mana dia nak bgtau saya..
teta ni kecik lagi...tak wajarlah cikgu dia buat macam tu...macam kak yati katalah...belajar utk suka-suka..kalau macam ni bukan suka lg dah..tukar cikgu sajalah..
tapi still kena jumpa & discuss juga dgn cikgu ni...apa masalah dia..
amboi2 sesuka hati aje nak cucuk2 anak org dgn pen, kot ye pun budak ada buat salah takde cara lain ke nak tegur atau ajar.
Kak.. dulu masa sekolah ptg, hari isnin, kawan sy mesti tunjuk tangan dia kesan cucuk dgn pen merah. byk sgt dan dalam. dia pun blaja main piano. Kat jb. ntah guru yg sama atau guru2 tu pernah dpt guru yg sama. huhu..
Class piano bukannya murah..apsal truk sgt cikgunya. Ank CiM g blaja gitar je, seb baik cikgunya baik
Salam kenal...Tak patut cikgu tu buat teta macam tu...tapi yang salutenya teta cepat memaafkan...Salam ukhwah
Post a Comment