Sebenarnya ketika hari ibu saya dan Qaisara berbalah. Perbalahan kecil anak dan ibu. Saya memang suka menyakat dan natijahnya Qaisara memberitahu saya.
"Teta tak mahu kawan umi.."
"Tak mahu kawan, lagi baiklah. Senang hidup umi, tak payah belikan Teta mainan. Tak payah bawak Teta pergi jalan-jalan paling penting tak payah bangun buatkan susu Teta.."
Teta meradang mendengar kata-kata saya. Dia marah-marahkan saya dan saya ketawakan dia.
Bibik selalu marah saya. Kata bibik umi ini macam budak-budak. Tidak mahu beralah.
"Umi.."
"Apa dia.."
"Kenapa umi tak mahu kawan Teta.."
"Aik bukakah Teta yang cakap tadi tak mahu kawan umi.."
Terkebil-kebil mata Teta dan tidak lama kemudian saya tengok dia mengambil sekeping kertas dan melukis sesuatu di kertas tersebut.
Selepas itu perlahan sahaja suaranya datang kepada saya dan mengendeng saya.
"Sorry umi.."
Qaisara peluk saya dan saya balas. Dia mencium saya dan saya balas juga.
Kemudian Teta menghulurkan kad ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ha ha ha budak kecik ni, kita sepatutnya marah dia..dia marah kita. Ha ha ha
5 comments:
alahai Teta pasti nya Umi nya nangis masa dia bagi surat cinta tu kan,budak2 macam tu lah yatie,normal tu jgn risau hehee
kekadang dgn anak-anak ni, kita belajar dengan mereka.Bkn mereka belajar dari kita kan..
salam kenal.i suka baca novel penulis ni..
hihi...marahnya sekejap je
dah pandai menulis,senanglah teta nak meluah perasaan...sweet ja..
nabila pun sama.kalau marah kat saya mesti cakap..'amau awan (takmau kawan)'....tapi seminit ja mai la menempek kat kita balik dgn muka sengih2.
Post a Comment