Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 27, 2012

SOLO BAHAGIAN 1

Berkurun lamanya..trip saya ke Solo (Lama tak lama bulan Mac jugalah). Selepas menghadapi masalah dengan pekerja AA dan kemudian membeli tiket baru. Akhirnya kami terbang juga dengan hati termengkelan. Masa nak check in hari yang kedua pun masalah juga. Saya beli 60kg untuk barang. Bila dah timbang ada baki lagi 5kg. Jadi kami ingat nak letak satu hand luggage tetapi hand luggage kami itu beratnya 7kg. Bermakna ada 2kg lagi.
"Akak letak ya.."
Saya meminta dari pekerja di bahagian kaunter check in.
"Tak boleh kak tak boleh dah lebih ni. Dah lebih 2kg."
Bantah pekerja AA itu.
"Habis kalau akak tak letak, yang 5kg ni kau orang akan bayar balik ke?"
Mendatar sahaja suara saya. Saya dah lelah dengan pekerja AA yang sangat kurang ajar. Kalau tidak fikirkan keluarga bibik yang sudah menunggu. Mati hidup kami beli tiket pergi bercuti tempat lain yang tidak perlu saya menaiki AA.

Kemudian semasa saya mahu ke tempat menunggu, saya melihat satu keluarga rasanya dalam 10 orang, tidak dibenarkan masuk ke tempat pemeriksaan imigresen kerana kata pekerja AA mereka sudah ketinggalan kapal terbang.
"Habis macam mana ni?"
Saya lihat si isteri sudah berair matanya.
"Tak boleh masuk kak, akak masuk pun tak guna. Beli tiket barulah.."
Sunguh hati saya sebak. Saya pandang kakak saya Mijah. Kakak saya pandang saya.
"Saya dah kena semalam, mereka suruh saya beli tiket baru.."
Celah saya. Saya tahu perempuan itu menangis. Bayangkan kalau 10 ahli keluarga? Berapa mereka perlu bayar semula mahu bercuti. Saya yang 7 orang kena bayar semula RM3008?
Ketika pemeriksaan imigresen, demi ALLAH air mata saya gugur mengingatkan wanita yang matanya berkaca!


Dalam flight pula terjadi hal lain. Kami diletakkan sebaris di barisan no, 12. Laluan kecemasan dan Qaisara tak dibenarkan duduk di situ. Riuh pramugara yang handsome itu memberitahu saya dan dia mengelengkan kepala bila saya beritahu, bahagian kemasukan yang beri kami tempat duduk itu. Agaknya AA ini ambil pekerja yang tak cerdik maka jadilah seperti ini.  AA ini saya tahulah dia mempromosikan tambang murah, dia ingat maruah orang pun murah kot? Suka hati campak orang  sana sini. 

Di dalam kapal terbang ALLAH temukan saya dengan seorang perempuan, membawa anak kecil dua orang. Mereka bermain dengan Qaisara, saya gembira melihatnya kerana saya tahu Qaisara tidak pernah memilih kawan, cuma ketika di Solo, bila kami bawa di tempat permainan. Semua anak-anak Indonesia segan bermain dengan dia! he heh he

Oh berbalik pada perempuan Indonesia itu. Rupanya dia juga terlepas kapal terbang pada hari Khamis. Mahu pulang ke Jogjakarta. Tetapi kerana tiket yang mahu dibeli ke Jogjakarta agak mahal maka dia mengambil keputusan membelinya ke Solo dan separuh perjalanan menaiki bas! Aduh kasihan sungguh. Kata dia kalau ke jogjak dia harus membayar RM2100 untuk 3 orang tetapi ke Solo hanya RM1300. (pasti amat besar maknanya bagi mereka yang tidak berduitkan?)

Tinggalkan masalah AA yang sangat menyakitkan hati. Tiba di rumah bibik pukul 7 malam. Sudah gelap gelita sebab di sana maghrib pukul 6 petang. Kami dihidangkan dengan makanan yang dimasak oleh adik lelaki bibik Jackie. Jackie memang pandai masak. Lauk itik goreng dan masak berempah (apa namanya masakan tu saya tak tahu, saya hentam sahaja namanya. Ha ha). Sayang kami tak ambil gambar Jackie yang kacak itu! (bak kata Ojan, mana fikir nak ambil gambar, asyik fikir nak shopping aje)


Baik anak bibik Bayu atau adiknya tahu saya suka ini. Ha ha h


Di Solo ada dua azan, satu azan solat tahjud (saya berharap Malaysia praktiskan perkara ini). Satu solat subuh. Kadangkala ada azan menandakan syuruk nak habis). Ha ha kelakar di hari kedua, kakak saya tersolat subuh pada azan waktu tahjud. Semua anaknya dikerah bangun. Ha ha ha

Perkampungan Grompolan Srangen. Rumah kayu, tapi saya sukalah...pukul 6 pagi sudah terang dan ramai orang menyapu di halaman rumah. 

Perempuan mana ni sibuk ambil gambar anyaman buluh ni. Ha ha ha

Kami minum pagi di halaman rumah. Cantikan cawan ni. tangan tersebut adalah tangan mak cik Teta.

Lepas minum di luar rumah, masuk rumah makan lagi. Ini masakan Jackie juga. Sarapan pagi dengan lontong dan telur macam masak pindang tapi manis sikit.

Hari ini kami semua berangkat ke Sarangan. Sepanjang perjalanan pemandangannya  sangat cantik.

Lobak yang ditanam di sepanjang perjalanan. Saragan seperti Cameron Highlands. Sejuk dan cantik. Semua rumah menanam pokok sayur-sayuran. Tidak ada ruangan yang kosong. Pokok bunga langsung tidak kelihatan.

Ini lagi, ambil dari dalam kereta yang kami sewa. Kami sewa Kijang. Kereta kegemaran saya bila ke Indonesia. Ha ha ha

Ini dia puncak Sarangan. Sejuk dan nyaman..saya suka dan rasa kesal kerana suami tidak mahu mengikut ke Solo. Kalau dia ikut mesti dia suka sangat. Bila saya ceritakan pada dia, dia jadi teruja dan kata dia, insya-ALLAH nanti kita pergi seminggu!

Ini kuda liza Bujang naik. Nampat tak tempat najis yang dibawa oleh kuda ini. Sebab itu turun sahaja dari kuda Liza terus tukar baju, kata dia bau kuda aje badan dia.  Saya rasa hidungnya masih terbau najis kuda. Ha ha ha

Cikgu Mijah tengah borong kasut. Ha ha..

Akim beli  topi  Bob marley dengan harga RM5. Ha ha..

Cikgu Mijah dan anak-anaknya yang ikut dalam trip kami ini.

Gambar kami menaiki bot mengelilingi danau yang ada di puncak Sarangan ini. Sesungguhnya memang seronoklah bercuti di Solo ini. Serba sedikit terubat jugalah hati yang lara dengan perkhidmatan AA yang teruk itu. Nanti kita sambung lagi aik..he he he..


8 comments:

Leeza said...

Salam kak..benar kata akak tu. Sampai sekarang za masih terkilan mengingatkan Air asia dan keluarga yang ramai itu. Sangat teruk. Kenangan solo ini sangat menginsafkan dan menggembirakan. Banyak pengalaman dan tempat perbukitan itu masih terasa kesejukannya.

Eliss said...

belum pernah lagi naik aa. kalau mcm ni, kena carik mas laa rasanya..bila ntah nak bercuti jugak :)

Unknown said...

syok nye tengok Yati dan Za gi Solo tu macam nak pergi jugak lah,umah bibik Yati kat Solo ke senang lah kalau macam tu boleh selalu jenjlan..

mazni_azis said...

bestnya bercuti2

Akak Kembang said...

bestnyer tengok lobak2 tu..

Uji Hussein said...

Tambah pengalaman dengan melihat tempat orang memang menarik.

GREENJADE said...

teruk betul servis AA ni..tak profesional.mmg kasi angin satu badan aje.

tp bile terpandang view yg cantik2 di sekitar kg bibik tu .. sejuk sikit hati ye kak.

TIARA TOURS said...

HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

SERVICES TERMASUK :
1. TRANSPORT
2. PEMANDU PELANCONGAN
3. HOTEL 3 BINTANG
4. BREAKFAST 3X
5. MAKAN TENGAH HARI 3X
6. DINNER 3X
7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
9. MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL