Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, March 4, 2012

INDAHNYA MALAM PERTAMA?

Suami isteri yang bahagia akan melahirkan anak-anak yang sihat dan gembira (dah macam pakar motivasi perkahwinan pula saya). Ha ha ha


Tajuk..mak ai. Seriu..ha ha
Kenapa ya ramai orang berkata, indahnya malam pertama?
Tetapi bagi saya, malam selepas malam pertama lagi indah. Kenapa saya bercakap begitu?
Sebab selepas malam pertama saya tidak lagi gementar dengan suami, kami sudah belajar menyesuaikan diri. Bahkan kami sudah memperbaiki kejanggalan diri masing-masing. Saya belajar menerima kekurangannya, dia belajar menerima kekurangan saya. Saya tidak lagi janggal meraih tangannya, bahkan suami sudah santai memeluk tubuh saya.
Selepas mendapat Qaisara, keindahan itu semakin berbunga mekar.
Kami sama-sama berkongsi menjaga Qaisara dan setiap kali bersama, kami sering bercerita mengenai Qaisara.
Kami banyak menghabiskan masa berdua, bercerita di atas katil dengan sebuah komputer. suami pasti akan membaca surat khabar Turki dan sesekali menterjemahkan pada saya kalau saya tertarik dengan mana-mana gambar. Kalau ada berita yang lucu kami akan ketawa bersama, kalau berita menyakitkan hati kami sama-sama akan marah begitu juga dengan cerita sedih. Sehingga kerap menimbulkan cemburu pada Qaisara.
"Umi dengan baba dah tak sayang Tetalah tu.."
Itulah ucapan yang kerap keluar dari mulut Qiasara setiap kali melihat kami duduk rapat berdua, berpegang tangan. Dia akan melompat ke katil dan duduk ditengah-tengah kami sehingga saya dan suami sedikit terpisah.
Kami kemudian akak ketawa, mengeletik Qaisara sehingga dia menjerit dan lari. Ha ha ha
Sebab itu saya sangat tidak setuju, bila orang berkata indahnya rumah tangga hanya malam pertama.
Mengendalikan rumah tangga perlu dipelajari. Menerima kekurangan pasangan dan kedua-duanya harus memainkan peranan bagi menyemarakkan kasih sayang.
Jangan lupa, ucapkan saya sayang awak..
Jangan lupa memaafkan
Jangan lupa belajar apa yang tidak disukai dan disukai pasangan kita (suami, isteri)
tetapi cubalah melupakan perkara yang menyakitkan hati yang pernah pasangan anda lakukan supaya tidak mempengaruhi hidup anda.

P/S tak tahu kenapa saya tulis status ini. Mungkin terbaca status kawan-kawan yang cakap indahnya perkahwinan hanya di malam pertama. He he he


6 comments:

Leeza said...

salam kak...wow..seriau saya. hahaaha tapi suka dengan kebahagiaan kawan2 . cuma saya masih tak faham jika ada orang yang sanggup melukakan hati pasangannya....malahan berlaku curang tanpa disedari. Adakah kerana kemanisan itu sudah berkurangan maka masing2 bertindak mencari sesuatu yang segar bugar di luar?

Azian Elias said...

mudah2an berrkekalan bahagia hingga hujung nyawa..

yatie chomeyl said...

something to ponder dari entry akak ni. harap2nya saya & suami pun kekal romantik smp hujung usia jugak...ameen :)

monalea said...

betul tu kak. hari2x selepas malam pertama memang lagi indah. sebab malam pertama tu semuanya rasa tak kena.

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
keberuntungan selalu menghampri kita
hanya saja kita yg trkdng tdk brfkir demikian.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,

shahirah said...

Mintak izin nk share..hehe.