Apa perasaan anda, apabila sudah sampai gate di lapangan terbang yang akan menerbangkan anda ke destinasi percutiaan anda, pekerja di situ tidak membenarkan anda masuk. Sedangkan anda sudah berada di hadapan gate 25 minit sebelum waktu berlepas.
Apa perasaan anda, apabila kita bertanya dengan pekerja di situ, maka pekerja tersebut dengan angkuhnya berkata " Akak belilah tiket baru, beg akak dah kami keluarkan. Pergi ambil beg tersebut"
Apa yang anda lakukan apabila jam yang ditunjukkan oleh pekerja tersebut yang kita telah terlambat tetapi sebenarnya tercepat 10 minit daripada jam yang diguna pakai di Malaysia ini.
Apa perasaan anda apabila kita menyuruh pekerja menelefon kapal terbang, mereka dengan muka yang riak berkata "tak perlu kak, bag akak dah dikeluarkan akak akak lambat"..
Apa perasaan anda di papan pengumuman di pintu masuk hanya baru bernyala perkataan "last call" tetapi kami tidak dibenarkan masuk? (sayang saya panik dan tidak sempat mengambil gambar).
Apa yang anda lakukan apabila salah seorang pekerja berkata, saya telah jerit tadi Solo Solo..kenapa tidak mengunakan pembesar suara. Masakan kami 7 orang yang berada di situ langsung tidak mendengar?
Apa anda rasa jika anda terpaksa mengeluarkan semula wang RM3008 untuk 7 ahli keluarga anda untuk membeli tiket baru untuk satu perjalanan sahaja.
Apa yang anda fikirkan apabila pegawai imigeresen berkata dengan anda "Dia orang ni teruk, kerana saban hari pasti 50-60 terlepas kapal terbang. Kadangkala delay kadangkala cepat. Biasalah dia orang ni."
Apa yang perlu anda lakukan apabila anak kita seusia 6 tahun di letakkan jauh daripada kita sedangkan hampir separuh tempat duduk di dalam kapal terbang adalah kosong.
Apa yang perlu anda lakukan apabila anda tidak pandai berbahasa inggeris tetapi di letak di tempat duduk kecemasan barisan No.12. Sedangkan sesiapa yang duduk di barisan no.12 perlu memahami bahasa Inggeris. Kemudian anda digesa berpindah...(kena pada penumpang di sebelah saya).
Apa perasaan anda, anak anda dibawah usia 16 tahun, diletakkan di barisan No.12 sedangkan tempat itu diberi oleh pekerja di kaunter kemasukan. Sedangkan mereka tahu tempat duduk kecemasan itu tidak boleh diduduki oleh anak-anak yang berusia 16 tahun ke bawah? Kemudian pramugari/ra menyoal kita seolah-olah kita yang berbuat salah?
dan...
Apa perasaan anda keesokan hari ini, apabila anda telah membeli tiket baru ditiket memberitahu anda harus boarding jam 3.10 tetapi anda dibenarkan masuk pada jam 3.50. Kapalterbang anda delay....
Dan
Apabila anda tiba di tanah air anda, anda harus berjalan kaki hampir 30 minit di tengah kebisingan pesawat dan apabila anda mahu mengambil beg anda, beg sudah bersepah-sepah di lantai. Kemudian ada kotak yang hilang. Langsung tidak ada pekerja yang mengendalikan barang di situ. Apabila diperiksa rupanya kotak tersekat di belakang dan anda terpaksa menyuruh ahli keluarga anda, masuk ke dalam mengambil sendiri kotak tersebut. (Ianya lebih teruk daripada bas express).
Mungkin anda tidak mengalaminya, tetapi saya mengalami pengalaman perit ini dengan Air Asia yang hanya tahu memakan duit pelanggan tetapi tidak pandai melayan pelanggan. Kalaulah ada pencalonan perkhidmatan terburuk terus terang saya akan memilih Air Asia. Memang sudah lama saya tidak menaiki Air Asia kerana saya sudah terkena dengan perkhidmatannya yang sangat teruk. Tetapi saya tidak ada pilihan kerana hanya Air Asia sahaja yang membawa saya ke Solo secara terus.
Keesokan hari ini saya sempat mengambil gambar gate ke Yangon walau sudah tutup, pintu masih dibuka dan penumpang masih dibenarkan masuk.
Kepada Air Asia tolonglah jaga perkhidmatan anda dan juga lapangan terbang LCCT yang macam pasar borong itu ...
.
15 comments:
kak, akak boleh hantar entry ini ke cutomer service air asia. hari tu say apun dapat layanan yang snagat buruk dengan Air Asia..dah la saya dengan anak kecik lagi.--> http://yatiechomeyl.blogspot.jp/2011/12/now-not-everyone-can-flya-letter-to.html
saya pun dah emel ke customer service..dan terus send ke twitter air asia, FB air asia dan twitter tony fernandes. memang la tak dapat refund apa2, tapi saya puas dapat berkongsi cerita sebab tak nak orang lain terkena macam saya
sekarang ni saya dah serik, no more air asia..lagipun tiket diorang bukanny amurah sangat pun bila campur2 dengan caj2 tersembunyi yang lain tu
saya dh lama tak naik air asia. sbb service dia sgt teruk. ktorg pernah kene beli tiket baru sebab lambt bbrp minit nk check in.
padahal, ktorg boleh je hand carry luggage sbb tak byk. yg paling bestnye, flight yg ktorg sepatutnye naik- delay. budus, diaorg tak consider langsung.
hmm.. lagi customer yg kena mcm ni... saya pun dah lama tak naik air asia kerana masalah2 ini la.. sanggup bayar lebih sedikit beli tiket MAS setiap tahun bila pulang beraya ke rumah mertua di sabah.
pernah sekali pulang dari beraya esoknya kami bekerja, flight delay saya hanya sampai ke KL jam 1 pagi sepatutnya kami tiba kira2 jam 10.30 mlm. begitu begini sampai rumah hampir jam 3 dan siangnya tak dapat ke office sbb terlalu letih. rugi masa, rugi tenaga kerja kepada company, rugi bayar teksi double fare after mid night. katanya tambang murah tapi ini harga yang perlu kita bayar.
Yana slalu dgr cite2 yg kurang enak psl Air Asia nie..
terbuai2 jgk kan promosi dorg yg letop2 tue tp masih kuat berpegang teguh naik MAS lg setakat nie..
walau harga dia mahal ckit tp biler dibandingkan ngan caj2 tersembunyi Air Asia nie,rasanye lebih kurang jer kot harga dia.. ;)
ya ALLAH yatie, stroller pun berbayar? Akak masa qaisara kecil, stroller tu boleh dibawa sampai tangga kapal terbang. Tanpa apa-apa bayaran. Ini undang-undang barukah? Cuba fikir kalau kita tak berduit?
Reene kami dah ada di gate masa tu, tapi tak ada cara lain. Sebab ke Solo tak ada flight lain kecuali AirAsia sahaja. Terpaksa beli tiket baru..
LittleM3, itulah sebenarnya akak dah lama tak naik MAS tapi ini tak ada pilihan. Bab delay tu memang dah sinonim dengan AA nikan?
Yana..dah lama bosan dengan perkhidmatan AA ni tapi tak ada pilihan, terpaksa ambil juga. Padahal ticketnya tak murah pun. Sedikit lebih kurang dengan MAS?
owh. teruknya... geram jugak saya yg membaca..
blog akak ni kena ada sharing button lah kak... senang nak kongsi.. tekan button jer... cari2 butang retweet tak jumpa... :p
meh saya tolong kak masukkan sharing button...
pernah juga berlaku pada adik saya.
Dia nak balik KB bawa BB 5 hari. Dia tak aware pasal tak boleh bawa baby 5 hari naik flight. Masa check in tak der masalah, lepas jer. So masa semua tgh dalam kapal, tiba2 pekerja air asia datang suruh turun. Dia kata baby tak boleh boarding. kalau tak boleh kenapa tak block masa check in. Imagine my sis in law tgh dlm pantang. Masa nak balik dr KB ke KUL, tak der pun dia org kasi payung bila tgk kita memangku baby yg baru lepas pantang jalan tgh panas nak ke kapal. Terrible!... Sama juga dgn pilot nya. My uncle pilot Air Asia. bila timbul masalah begini ija call uncle mtk pandangan... dgn selambanya dia kata... "ntah.. " Kan dia kerja air asia, tk kan tk der info atau apa apa yg boleh kami lakukan terhadap pemasalahan kami... Sucks lah!
air asia indah khabar dr rupa rupanya kak...
Salam.
Tak semestinya semua buruk, mungkin pekerja tuh kot. Alhamdulillah, setakat ni pengalaman saya naik dengan mereka ok jek, takde pengalaman buruk. Cumanya, kena datang awal ke LCCT.
Saya rasa, memang diorang strict dengan pintu gate tuh sebab kalau lambat tutup, nanti flight lambat bergerak, kena berebut dengan kapal terbang lain dekat runaway tuh, maka delay lah penerbangan yang guna kapal terbang tuh untuk ke destinasi yang lain.
LCCT bukan Airasia punya. Untuk pengetahuan, semua airport dekat Malaysia (kecuali Senai) dibawah selia Malaysia Aiport Holdings Berhad.
AA inila yg cuba kerajaan pertahan kan sekarang...byk dh laluan MAS kena/perlu bagi pada AA,..sedih tgk baru2 dlm Wanita harini tv3,Kt kidzzania terang2 kat depan bangunan dh ada ekor AA..besarnya pengaruh AA,Tkdak lagi MAS yang menjadi kebanggaan MALAYSIA..munin suatu hari nanti AA saja yang diketahui oleh kanak2 sbagai penerbangan malaysia...dan MAS akan hanya jadi sejarah...harap2 MAS akan terus bertahan tanpa perlu bergantung pada AA....Maaf agak ter EMO skit,huhu..
ayat 'akak beli tiket baru dan suruh ambik beg tu ' saya dh kena. ..dh la ms tu sy mengejar meeting di penang sblh ptg, konon ambik AA sbb awal pg, sdgkn MAS hny ada pukul 1.30 tghr, ...siap suruh beli tket baru tnpa rs bsalah. saya menangis mcm org gila sbb itu 1st time sy naik AA slps hampir 4 tahun sy boikot AA sllu delay. last2 sy ambik cab ke KLIA, naik MAS. mmg sgt biadab perangai staf AA. ms mula2 dl ok jer...sjk jd tambang murah, hampehh
Org tak paham why flight delay..untuk pengetahuan semua,setiap hari ,pada pukul 09.30-11 pagi klia akan jam..semua flight terbang..so semua flight delay.teru terang da bgtau dalam tiket,boarding time pukul berapa,so be punctual..why foreigner mcm org putih bole follow rules nie sedangkan org malaysia susah nak follow..departure da terang terang tulis pukul 10 pagi,tpi awak buat ape kat dalam terminal that time??...kalau tak nak naik,jgn la naik..g la naik mas..takde sape pakse pun kann..peace
Mane de route mas bgi kst airasia..cume route mas banyak kapal kosong..ramai naik airasia..tak paham knape,if ramai tak suke airasia kenape mas still kosong..or nie semua tektik nak jatuhkan airasia??
Ape nak jdi dgn malaysia nie
Post a Comment