Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, March 26, 2012

JIWA SAYA MASIH MUDA! HA HA HA

Tua bermakna bukan kita tidak boleh gembira! Ya..bagi saya semakin menginjak dewasa, saya makin gembira. Melihat apa yang ada pada diri saya, walau hidup saya sederhana. Saya sangat bersyukur. Saya tidak banyak impian dalam hidup. Bagi saya, hidup sederhana, dapat berjalan ke sana ke mari, keluarga bahagia dan kawan-kawan yang mengembirakan. Sudah cukup sempurna hidup saya!
Melihat jatuh bangun saya dalam kehidupan kadangkala saya rasa bangga dengan diri sendiri. Saya sudah belajar menangani masalah. Bahkan saya sudah belajar tersenyum mendengar fitnah yang dilemparkan pada saya. Bahkan jangan terperanjat dalam dunia yang serba mencabar manusia menjadi semakin kurang ajar. Di mana orang muda sudah tidak menghormati orang yang lebih tua. Saya pernah dimaki penulis muda dan dalam hati saya mengatakan. Orang yang sebegini tidak akan berjaya kalau tidak mengubah sikapnya! (oh saya sangat tidak suka dengan penulis muda yang sering mencari salah orang lain, terlalu taasub dengan diri sendiri!).


ALLAH bagi saya  semangat yang kuat, itu yang selalu pohon padanya. Saya mahu semangat dan saya mahu perasaan simpati serta jiwa ikhlas ada dalam diri saya.
Bayangkan bagaimana orang berhutang dan membawa lari duit kami beratus ribu. Bagaimana ada penerbit tidak membayar wang royalti saya dan menghilangkan diri juga sampai beratus ribu. Bagaimana suami ditipu kawan-kawanya. Bagaimana sampai sekarang kedai buku besar tidak mahu mengambil buku saya kerana fitnah dan dakyah pengedar!
Namun syukur! Sangat bersyukur..kami tidak rebah dan langsung tidak tergugah. Bahkan jualan buku saya sama sahaja seperti dahulu bahkan makin meningkat. Syukur pada ALLAH! buku saya dalam masa 2 atau 3 bulan diulang cetak 3 kali. Buku lama saya tahun 2005 masih  ada lagi permintaan dan dicetak hampir 20 kali. Semuanya tidak perlu digembar gemburkan. Tidak perlu dicanang sana sini.
Ya ALLAH rahmat mu terlalu besar! Kasihmu terlalu melimpah ruah. Terlalu banyak ya ALLAH. Sebab itu sekarang, jika saya mahu menulis. Saya akan pastikan ada manafaat dan pengisian yang saya tulis dalam buku saya. Saya tidak mahu menulis sebarangan. Saya takut ALLAH marah saya dan ALLAH tarik balik nikmat yang dia berikan pada saya! Saya tidak mahu orang lalai dengan penulisan saya tetapi saya mahu mereka ingat segala pesan ALLAH, para nabi, para ulama, manusia lain yang disampaikan melalui saya.
Syukur padamu ya ALLAH. Teramat syukur...
Dalam hidup saya sekarang, kehidupan saya hampir sempurna kerana bukan sahaja keluarga tetapi sahabat saya.
Saya mempunyai kawan yang ramai dan semuanya baik. Ada orang mengatakan mereka mengambil kesempatan kerana nama saya. Tidak! Mereka tidak, mereka semua sahabat saya. Saya layan mereka seperti adik-adik saya dan mereka layan mereka seperti saya kakak mereka!
Bukankah kegembiraan buat kita semua disayangi oleh keluarga dan teman-teman kita.
Melangkah usia pertengahan 40an ini, saya memiliki kehidupan yang  agak lengkap. Suami yang selalu menyediakan bahunya untuk saya, anak yang comel, lincah walau agak terlebih mulutnya. Sedikit simpanan dan harta untuk hari tua, apa lagi yang saya harapkan kecuali saya dapat berkongsi dengan orang yang kurang bernasib baik.
Ya syukur dalam usia begini ada beberapa kerja amal yang saya lakukan dengan bantuan kawan-kawan. Kerja  yang saya seronok dilakukan walau kadangkala ada juga dihambat perasaan marah, kecewa kerana sikap kurang ajar orang yang mempertikai dan mencabar saya kenapa saya harus melakukan, kenapa orang itu perlu saya bantu dan sebagainya.
Bahkan yang menyedihkan orang yang saya bantu menikam saya dari belakang. Tetapi itu cabaran saya yang didatangkan oleh ALLAH, ALLAH mahu melihat sejauh mana saya sabar dan mahu meneruskan niat baik saya itu.

Kek dari dlittlekitchen Roza Ngah. Kasihan adik saya tu, mahu buat kejutan saya tidak ada di rumah. Saya semalam berada di Kelang menghadirkan kenduri di rumah Tini Anuar. Terima kasih tak terhingga Roza dan Rizal serta anak-anaknya. Peluk Roza kuat-kuat.


Yummmy....

Dalam usia ini saya rasa tenang, ceria dan gembira. Saya seperti orang muda yang cinta dan semangatnya masih meruap. Ya itu yang saya pinta selalu. Saya tidak mahu jiwa saya mati dan hambar. Saya mahu sentiasa bersemangat dan semangat itu dapat saya pinjamkan pada kawan-kawan yang memerlukan. (saya banyak menerima email dan inbox yang meminta pendapat. Saya memang tidak dapat membantu tetapi saya dapat memberi semangat dan sedikit nasihat. Itu sahaja yang saya mampu lakukan).

Terima kasih buat yang sentiasa menyokong saya, kalian semua semangat saya. (Yang perempuan peluk anda semua). Pada yang mengucapkan hari lahir saya diFB, ucapan terima kasih tidak terhingga. Kalau ALLAH panjangkan usia saya, 10 tahun akan datang. Saya berdoa anda semua tetap sahabat saya.! Pada kawan-kawan saya yang akrab dengan saya (tak mahu sebut nama karang tercicir satu nama, saya tidak mahu menimbulkan rasa kecil hati) Terima kasih kerana sentiasa bersama saya selama ini!

 my husband Seyit Kara.
" Darling thanks for everything. Thanks for your generosity, thanks because you still hold my hand while we are walking (romantics hah..ha ha) Thanks because you still make me falling in love many times. Your are my good husband (but darling  a good wife makes a good husband) . Ha ha ha
Love you so much....





8 comments:

Leeza said...

salam akak...sedih pula baca..tersentuh. Saya pinjam semangat akak untuk sentiasa berjiwa muda, semangat yang sentiasa membara , teruja ...:) always love you and doa untuk kita semua....

LiTtLe^m3 said...

Happy Birthday Kak.. semoga sentiasa diberi idea olehNya dan semangat utk terus menulis....

Ummu said...

Selamat hari jadi Akak Yati! :)
may all the great things happen to you.

yAnOt said...

SELAMAT HARI LAHIR PN NORHAYATI..SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI DAN DIBERKATI HIDUP OLEH ALLAH SWT..BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT..AMIN..

Nuril Anwar said...

Alhamdulillah dan tahniah dengan semangat yang yati miliki.....semoga kita semua terus disayangi ALLAH

Amir Batrisya~ said...

-Semoga akak sentiasa kuat menempuh ujian kehidupan! ;)

Affieza said...

May God bless u always...

Intanaziela said...

Sesiapa pun akan suka menjadi sebahagian dari hidup akak sebab kak yatie ikhlas orgnya... Bukan pujian tp ikhlas dariintan...semoga panjang usia dan sentiasa dianugerahkan kesihatan yg baik dan dapat berkongsi rasa dlm setiap bait penulisan akak...