Di harap serba sedikit didikan saya dapat menjadikan Qaisara anak yang sentiasa lembut hati pada orang yang susah.
Pasti ramai pembaca sudah menonton drama di Astro yang bertajuk Anak-anak lorong. Kisah kehidupan di Lorong Haji Taib. Kehidupan dua orang adik beradik yang mempunyai seorang ibu bekerja sebagai pelacur. Ketika melihat kesusahan dan kesukaran hidup anak-anak itu saya beritahu Qaisara.
"Tengok, kasihankan mereka. Tidur dalam kotak. Pakai baju kotor, makan pun tak ada.."
"Yelah umi kasihanlah."
Balas Qaisara tetapi saya tidak habis menonton kerana ada babak yang tidak seharusnya dilihat orang Qaisara dan hati saya sendiri tidak kuat untuk menontonnya.
Malam tadi Qaisara tidak boleh tidur. Jadi saya dengan dia sambil berbaring membuka galaxy tab saya. Ada Al Quran yang didownload oleh anak buah saya. Kalau tidak Hakim pasti Ojan. Satu satu surah pendek saya buka dan baca dengan Qaisara sehinggalah ke surah Al Maryam (itu saya yang baca, Qaisara tak tahu lagi). Bila Qaisara beritahu saya dia sudah mengantuk jadi sampailah saat berdoa. Sudah pasti doa saya yang pertama adalah untuk Qaisara (karang meraung pula mak cik tu kalau tak sebut nama dia dulu). Akhirnya doa sudah hampir sampai ke penghujung.
"Umi umi.."
Qaisara mencelah doa saya, saya berhenti berdoa dan memandang ke arahnya.
"Boleh tak kita doakan untuk adik dengan kakak dalam cerita anak-anak lorong tu. Supaya mereka dapat makan, dapat baju cantik, dapat sekolah.."
Saya tersentak. Rasa terharu pun ada, lawak pun ada. Sempat saya usap kepala Qaisara dan cium pipinya sambil berkata.
'Qaisara itu cerita sahaja tetapi kita boleh doakan anak-anak lorong yang memang ada di luar sana. Anak yang tak ada ibu bapa, anak yang miskin dan anak yang mengemis.. Semoga mereka sentiasa berada dibawah perlindungan ALLAH.."
"Yelah umi, semoga mereka dapat sekolah, dapat baju cantik, makan sedapkan umi"
Dalam hati rasa bangga dengan Qaisara. Moga-moga ALLAH menjadikan Qaisara anak yang solehah dan sentiasa terbuka hatinya mahu membantu orang.
3 comments:
bagusnya Teta ni, lembut hati mcm ummi dia jugak :)
Alhamdulilah..moga Qaisara sentiasa dalam perlindungan Allah dan sentiasa mengasihani orang lain yang tidak bernasib baik..amin
Alhamdulillah.. InsyaAllah Qaisara menjadi anak yang solehah...
Post a Comment