Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, January 30, 2012

CIRI CIRI PEMBANTU RUMAH YANG BAIK?

Ada orang tanya saya, bagaimana mahu mendapatkan seorang pembantu rumah yang baik. Bagaimana hendak tahu pembantu rumah itu solat, berpuasa atau menutup aurat. Susah saya nak jawab soalan ini. Tetapi dari pengalaman saya. Saya memang meminta pembantu rumah dari agen seorang yang bersolat, berpuasa dan menutup aurat. Tetapi bila saya dapat pembantu rumah, datang kepalanya togel, pakai pula seluar pendek. Rasa nak marah? Tapi saya tahan. Bagi saya itu dugaan saya. Saya harus mendidik pembantu rumah saya bukan sahaja mengenai kerja rumah tetapi perihal menutup aurat, bersolat dan berpuasa.

Ini dari pengalaman saya. Apa yang saya telah lakukan sepanjang saya mendidik pembantu rumah saya.
1. Saya beritahu dia, kena solat. Duduk rumah saya suka tak suka kena solat. Nanti malaikat rahmat tidak masuk ke rumah orang yang tidak solat. Saya bercakap dengan cara yang lemah lembut tetapi tegas

2. Pembantu rumah saya tidak menutup aurat, saya belikan dia seluar panjang. Belikan dia tudung dan semua pembelian saya itu saya tidak tolak dari gajinya. Saya anggap sebagai hadiah.

3, Berpuasa, pembantu rumah saya sebelum ini tidak berpuasa katanya. Jadi saya temankan dia berpuasa ganti. Saya berpuasa sunat dan dia berpuasa ganti mana yang dia tidak berpuasa. Selagi daya saya boleh membantu saya bantu. Kemudian bila bulan ramadhan nampak dia sangat letih, saya bergurau dan cuba memahami. Saya selalu cakap..tak apa dua jam lagi, pergi rehat. Tak apa sejam lagi.  Teruskan..memang macam budak-budak tetapi jangan dibentak. Kita harus bagi dia semangat berusaha berpuasa. Saya juga berpuasa enam bersama-sama dengannya dan kami bersahur dan berbuka bersama.

4. Anggap dia sebagai keluarga supaya dia selesa. Setiap kali sebelum tidur saya ajar Qaisara berdoa dan pembantu rumah saya Sri Sariyanti Kasan Rejo pasti akan masuk dalam doa kami. Jadi kadangkala bila si kecil yang mulut banyak itu bercerita yang saya dan dia berdoa untuk bibik saya, bibik saya sangat bangga dan berbesar hati. Bahkan dia pernah menangis dan mengatakan, tidak ada orang yang berdoa untuknya selama ini kecuali kami.

5. Saya bawa dia bercuti dan kadangkala saya bagi dia duit untuk membeli belah ditempat percutian. Kalau saya ke mana-mana tanpa dia, dialah saya dan suami paling ingat untuk dibelikan cenderahati.

6. Mengenali keluarganya, bila dia pulang bercuti kekampung pasti akan saya titipkan buah tangan untuk emak, ayah, kakak, anaknya dan saudara maranya.

7. Saya juga berkunjung ke rumah pembantu rumah saya, menerima keluarganya sebagai keluarga saya. Bagi saya kalau satu hari nanti dia tidak bekerja dengan saya, saya tetap anggap dia keluarga saya.

8. Saya jarang menegur pembantu rumah saya, tidak cerewat di dalam bab makan, tidak pernah mengata masakannya tidak sedap (tetapi biasanya saya yang masak). Saya memberi kebebasan dia berkawan, bahkan saya mengenali semua kawan-kawannya dan majikan kawan-kawannya. Saya bantu kawannya yang di dalam kesusahan jika perlu.

9. Selalu berkongsi cerita, bahkan rasanya dia lebih banyak bercerita dari saya. Jika saya demam dia yang risau keterlaluan kerana saya akan menjadi seorang yang senyap dan dia tidak ada kawan bercerita. Ha ha ha..

10. Saya mengajar Qaisara menghormati dia seperti mana Qaisara menghormati saya, babanya dan saudara maranya. Tidak sesekali saya membiarkan Qaisara membentak-bentak hanya kerana dia pembantu rumah.

11. Semuanya saya serahkan pada ALLAH, tetapi saya sering membersihkan hati saya untuk tidak mengganggap dia pembantu rumah yang harus dilayan dengan layanan pembantu rumah. Siapa pun dia saya harus hormati dia sebagai manusia yang jauh daripada keluarga untuk mencari rezeki dan Alhamdulilah, dia menghormati saya sebagai seorang kakak dan kawan.

12. Saya yakin kalau kita bersikap baik dengan pembantu rumah kita, berdoa selalu pada ALLAH insya-ALLAH kita akan mendapat pembantu rumah yang bersikap baik dengan kita juga.




10 comments:

julierosarina said...

salam kak..sy silent reader and follower blog ni, terima kasih ats tips akak beri ni..amat banyak info membantu. ;)

Rani Rashid said...

K.yati, tersentuh membacanya...semoga segala kebaikan k.yati dibalas oleh Allah s.w.t

SK JEMUKAN said...

Semoga kebaikan akak akan sentiasa diingati..terimakasih kak kerana berkongsi pengalaman ini.

ameeza77 said...

bagusnyer akak, bertuah bibik akak kan, yer la ade sesetengah majikan tinggi sgt expectation, nama pun pembantu rumah, byk yg dia tak tahu dari tahu, janganlah kita expect pembantu rumah tu selalu tahu apa yang kita hendak... bg saya, kalau bibik asek lari jer, cuba renung2kan macamana kita layan bibik tu... saya cukup benci betul pada org kita yg layan bibiknya macam kan apa... sampai makan pun disuruh duduk tepi tandas padahal meja makan ada, bila kita tegur, tuan rumah marahkan kita sebab pandai2 mengajar bibiknya pula... isk2 :(

Hafimi Huzin said...

saya sangat2 tersentuh baca entry kak yati yg ni. alhamdulillah,syukur kerana kak yati diberikan hati begitu. semoga bibik terus menjadi insan yang baik.

ieda said...

alhamdulillah...yg penting adalah kesabaran....dan utk membina kesabaran sememangnya bukan mudah.

Aina said...

Alhamdulillah, tips dan panduan yg sangat bagus untuk kita titipkan bersama:)

Siti Aisya mzm-fc said...

Sebak saya baca kak..paling tersentuh no 4 dan akhir sekali (11,12)kita berserah pada Allah kan.. tetiba lnak jadi pembantu rumah akak lak ( kihkih lakiku nak tinggal mana! )

dyat said...

Semoga saya bakal dpt bibik yg dapat dibentuk dan dididik dengan baik..Semoga Allah mudahkan ku mendidik dia juga. dan menjadi keluarga yg diredhai dan dilimpahi rahmat Allah. Amennn...

DuraLen said...

Alhamdulillah...ada sesetngah yg dah lm amalkn.Apabila selesai baca artikel ni rasanya kna amalkn semua.kita usaha.selebihnya kerja Allah juga. Semoga Tuhan tetapkan hati pembantu sy yg telah bekerja 6 tahun termasuk tahun ini.Sesungguhnya doalah dan mintalah pdNya