Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 20, 2012

CIKGU TATA VS TETA


Semalam Qaisara balik dari sekolah dengan menangis. Saya tahu Qaisara walaupun anak yang cerdik tetapi dia sangat malas menulis. Penyakit yang paling sukar diatasi. Bahkan beberapa hari selepas bersekolah, dia sudah didenda guru tidak boleh balik selagi kerja menulisnya tidak selesai.
"Kenapa menangis?"
Saya tanya Qaisara yang tersedu sedan. Saya tahu, pasti kerja di sekolahnya tidak siap. Sekolah Qaisara tidak membenarkan anak-anak membawa balik kerja ke rumah. Kerja harus diselesaikan di sekolah.
"Cikgu Tata marahkah?"
Tanya saya lagi apabila dia tidak menjawab.
"Mana ada, cikgu tu bukan main sayang dan lembut lagi dengan dia."
Celah bibik yang sering mengambil Qaisara dari sekolah. Bahkan di hari jadi Teta, cikgu Tata menghadiahkan Qaisara sepasang baju tidur.
"Hmm..kalau macam tu, esok nak jumpa cikgu Tatalah. Umi nak hadiahkan cikgu Tata, Teta tahu apa?"
Mata Qaisara membulat. Dia fikir ada hadiah yang akan saya beri pada gurunya.
"Umi nak bagi apa?"
Dalam sedu sedan, Qaisara bertanya.
"Umi nak bagi cikgu Tata rotan. Kalau Teta buat kerja lambat atau salah, umi nak suruh Cikgu Tata rotan sahaja. Ini dia baik-baik dengan Qaisara. Dia manjakan Qaisara, mana boleh. Umi kalau jadi cikgu, teruklah Qaisara.."
Gertak saya. Mendadak sahaja Qaisara ketawa, entah apa yang dilucukan tidak tahulah saya tetapi dia sempat menjawab.
"Nasib baik umi tak jadi cikgu Teta.."
Ha ha ha ha

P/S Cikgu Tata adalah guru kepada mak cik Teta.

3 comments:

Leeza said...

haahhaha itu hujungnya. Si Teta ni kena ada kesedaran sendiri baru dia rajin menulis. Nasib baik juga saya tak jadi guru Teta....ada dua kemungkinan, 1. mungkin saya hari-hari angin dengan dia sebab malas menulis dan ke 2. mungkin saya akan manjakannya berlebihan.

NB KARA said...

Alhamdulilah Za, hari ini dia balik sambil menari-nari. Nak tahu apa? Ha ha ha sebelum pergi sekolah akak cakap dengan dia. Teta yakin boleh buat, Teta kurangkan bercakap dan Alhamdulilah cikgu puji dia yang dapat menghabiskan kerja sekolahnya dengan jayanya..

Dayah said...

Salam Kak Yati,

hahahaha.. teta ni ada sahaja.. dari nangis terus boleh gelak-gelak.hehehe comella awak ni teta.

tambah comel naik beskal dengan muka penuh semangat! she look great! tambah-tambah ia warna pink.