Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 27, 2012

KALAU MACAM TU TAK JADILAH....

Bukan majalah ini yang saya belek, ini saya ambil dari pak cik google. Tapi sedikit lebih kurang macam inilah. He he he..

Saya sedang membelek majalah untuk membuat hantaran dan datanglah si Qaisara duduk di pangku saya dan sibuk membelek sama.
"Wah..cantiknya, cantiknya. Wahhh..ini warna merah jambu lagi cantik."
Riuh mulut Qaisara bercerita. Menunjukkan pada saya hantaran berwarna merah jambu. Tahulah Qaisara yang sangat fanatik dengan merah jambu.
"Umi yang ini ada tali pinggang untuk lelakikah?"
'Yeap untuk lelaki tetapi pihak perempuan yang kena buat"
Terang saya pada Qaisara. Terkebil-kebil mata dia cuba menangkap apa yang saya sampaikan padanya.
"Kenapa orang perempuan kena buat?"
"Yelah orang perempuan bagi dekat lelaki jadi orang perempuanlah kena buat. Masakan orang lelaki nak bagi orang lelaki balik barang barangnya."
Penerangan saya agak panjang tetapi hairannya Qaisara faham kali ini.
"Nanti Qaisara kahwin, Qaisara nak warna apa?" Tanya saya sengaja mengusik.
"Qaisara nak warna pinklah umi.."
Yakin sahaja si anak ini, menyebabkan saya tergelak.
"Qaisara tahu tak? Esok Qaisara kahwin, Qiasara kena masak untuk suami Qaisara, Qaisara kena basuh bilik air. Qaisara kena cuci baju, Qaisara kena mop lantai.."
"Wahhh..banyaknya kerja Teta kena buat umi kalau macam tu Teta tak mahu kahwinlah. Cancellah umi.."
Pulak..ha ha ha. Gelak besar saya dibuatnya.

5 comments:

ameeza77 said...

haha... jangan cancel awal2, aunty nak buat menantu ni heheh...

NusrahYahya said...

lawak la si Qaisara ni kak..haha...

NisaUsoff said...

hihihihi ada2 je Qaisara ni...

Anonymous said...

hahaha..kalo dah disuruh budak kecil buat kerja2 rumah,memang la dia tak nak kawin :D

SK JEMUKAN said...

Salam kak.... si Teta ni ada-ada aje. pengsan tunangannya nanti jika dia boleh cancell macam tu. Dia takut dia rindukan akak kalau kahwin nanti....