Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, November 14, 2008

KRITIKAN..BIARLAH BERPADA PADA

Satu ketika dahulu saya sering menerima e-mail daripada pembaca ini. Mengunakan nama samaran yang sama setiap kali emailnya sampai kepada saya. Email yang dihantar biasanya merupakan kritikan terhadap novel saya. Amat jarang sekali penghantar email ini berpuas hati dengan novel yang saya hasilkan. Ada sahaja kesalahan novel saya dimata beliau. Bahkan kritikan tersebut kadangkala melebihi batas seorang manusia yang sopan.
Namun sebagai manusia yang amat menyanjungi tinggi peribadi Abraham Lincoln. Saya tidak pernah pedulikan email tersebut. Kadangkala saya menjawabnya dan kadangkala saya hanya menulis dengan perkataan.
“ Terima kasih dengan komen anda, saya cukup menghargainya”
Namun sipenghantar e-mail ini seolah-olah tidak puas hati dengan jawapan saya. Dia menghantar komen-komen yang merupakan provokasi yang keterlaluan dan saya abaikan juga. Kerana memang sikap saya amat jarang memberi komen membela diri.
Tuhan maha berkuasa. Terlalu maha adil. Baru-baru ini sipenghantar email saya ketahui telah menjadi penulis novel. Sebagai penulis yang baru menulis, novelnya biasa-biasa sahaja. Namun berita yang saya terima, beliau hampir patah semangat untuk menulis kerana kritikan terhadap novel pertamanya terlalu teruk sekali. Mungkin dia tidak menyangka akan menerima kritikan tersebut apatah lagi dengan orang yang dekat dengannya. Mendengar cerita dan berita tersebut. Saya cukup gembira. Gembira kerana tuhan telah memberi peluang kepada sipenghantar email ini untuk menjadi penulis yang akan menerima kritikan.
Saya teringat si penghantar email yang sekarang ini sudah menjadi penulis novel yang satu ketika dahulu hanya pandai mengkritik tetapi sebenar lemah berdiplomasi dengan emosi. Bahkan terlalu memberi ruang perasaannya bersuara daripada rasa rasional.
Sekarang beliau sudah menjadi penulis. Sudah tahu bagaimana perasaan seorang penulis apabila tulisannya dikritik. Sudah mengerti betapa kritikan tanpa diplomasi, terlalu mengikut perasaan dan tidak rasional akan menyebabkan luka yang cukup dalam pada sipenerima kritikan.
Manusia seperti kita memang tidak lepas daripada kesilapan. Tetapi lihat keupayaan diri kita dahulu sebelum mengkritik. Berpada-pada dalam memberikan kritikan dan saya selalu ingatkan kepada penulis muda dan diri saya sendiri. Bagus macamana pun sesuatu novel belum tentu akan memberi kepuasan pada semua orang. Janganlah mendabik dada kerana ada orang yang lebih baik daripada kita sebenarnya. Dan jangan sesekali mengkritik novel atau tulisan orang lain secara keterlaluan kerana pasti ada sesuatu di dalamnya yang masih kita boleh pelajari..

7 comments:

Jue said...

salam k.NB...

boleh dikatakan tiap2 hari saya akan mjenguk blog k.NB menanti cerita2 terkini yg k.NB akan kongsikan.

N3 kali ini betul2 menarik minat utk saya masuk ke ruang komen ni..hehe.

tkejut jgk bila akak tulis ada yg komen sampai teruk mcm tu sekali...bila baca novel akak...rasanya x ada langsung terpikir nk komen(ikhlas ni)...malah dlm hati bilala dpt jadi mcm akak...huhu.

Nasib baik akak ni dah bpgalaman dan dah tahu nk handle hati mcmmana kalau kena kritikan yg kerterlaluan ni..kalau saya tentu dah tergugat..org komen sikit jer dah terus berdebar2..hehe.

kalau akak ada masa boleh share kn sikit mcm mana nak tangani hati dan keyakinan kita bila dikritik sedemikian.

Casper a.k.a wifee en.atan said...

dlm erti kata lain tuhan bayar cash!!!! semoga si penghantar email tu tabah la menghadapi segala kritikan yg mendatang...

Anonymous said...

Well said kak Yati..mmg Tuhan sekarang bayar CASH. Keep Cool...

NORA

Anonymous said...

sabar la kak yati... zaid pun bila baca komen kak yati ni rasa terkilan pada sesetengah orang yang ada perasaan cam ni...

lantak diorang la apa dia nak kata... yang penat tangan dia menaip je kak... toksah la layan email rambang cam tu...

baik akak tumpukan pada penulisan akan datang.. insyaalah suatu hari nanti dia mesti sedar apa yg dia dah lakukan...

kalau dalam 10 orang tu mesti ada 1,2 orang yang dengki/cemburu/jelous ngan kita... mungkin dia dah tak de keje nak buat tu yg main sembur kat orang je...

alhamdulillah tuhan nak tunjuk terus kat dia... moga-moga dengan kritikan yg dia dapat tu menjadi pengajaran kat dia...

Hajar Yusoff said...

Bila saya baca n3 kali ni saya teringat pada kejadian beberapa tahun lepas di Pesta Buku Antarabangsa PWTC.Untuk menambah koleksi buku yang sedia ada saya dan adik pergila ke PWTC.

Selesai membeli buku di beberapa booth pameran kitaorg pergilah ke booth Creative Enterprise untuk membeli buku lagi. Setelah selesai membeli beberapa buah buku saya diajak oleh salesgirl utk bertemu penulis yang menghadirkan diri utk sesi bertemu peminat. Setelah berbual dengan penulis tersebut si penulis bertanyakan tentang penulis kegemaran saya. Tanpa berfikir panjang saya pun bagitahu kepada si penulis “NORHAYATI BERAHIM”.Tanpa saya sangka dia memberi mimik muka yang saya rasa tak patut di tunjukkan oleh seorg penulis yang agak dikenali (maybe). “Ni lagi sorang balik2 Norhayati balik2 Norhayati, bukan bagus sangat pun dia tu”. Berdesing telinga saya mendengar kat2 begitu keluar dari mulut penulis itu. “Saya peduli apa, cerita die best saya suka. So what??? Lagi pun duit saya yang keluar bukan nyer duit awak”. Berubah muka penulis tu.Saya dan adik saya terus blah.Menyesal rasanyer beli buku penulis tu. Sampai hari ni saya tak baca buku dier yang saya beli pada hari tu.Bukan nya emosi menguasai perasaan.Bila pegang buku dier terngiang2 kata2 die di telinga saya terus takder mood nak baca buku dier.

Buat kak yati teruskan menulis kami menyokong akak dari segala sudut.Pedulikan org yang suka mengutuk.Kita dapat pahala free2 jer.Lepas tu rezeki mesti lagi murah.

Wasalam.


p/s kalau rajin sunggahlah kat blog saya hajaryusoff@blogspot.com.

TokMa said...

Salam Buat NB....lama betul tokma tak singgah disini. Apa kabar ek NB, tokma lihat banyak aktiviti yang NB sekeluarga penuhi. Adooiiihhh!!! tokma menyusun jari sepuluh minta ampun dan maaf kerana tidak dapat hadir semasa hari terbuka pejabat NB Kara yang lepas....tokma keJB melihat mak yang tak berapa sihat di rumah abang. Itu pun tokma pergi pagi selepas subuh dan pulang selepas asar. Sampai KL sempat lah maghrib di rumah.

Bila2 tokma senang nanti tokma singgah kat NB Kara eh NB.

iejay said...

iejay pun ada pengalaman kena macam ni sekalipun kita ni hanya buat suka2 aja...sudahlah tu org yg sama komen tapi nama samaran lain2, kononnya org yg lainlah tu... tapi nasib iejay tahu sikit2 pasal komputer, bila detect i.p address sama aja tempatnya.tak faham sungguh kenapalah ada saja pendengki dlm dunia ni... memang sakit rasanya dan kena kuatkan hati untuk bangun balik teruskan usaha... Alhamdulillah banyak teman2 iejay yg bagi sokongan...

Apa yang Hajar Yusoff cerita tu pun iejay pernah alami depan2 mata,penulis A dan B mengutuk penulis C... hai kalaulah kita cemburukan/tak suka seseorang tu, simpan aja dlm hati tak boleh ke? kalau nak bercerita yg kita tak berkenan karya si polan dan si polan tu sekalipun pastikanlah kita bercerita dgn org yg sama2 sama pandangan dgn kita juga bukannya depan2 org awam lain... kenapalah manusia ni dah hilang budi bahasa dan adab menegur? bukankah bila menegur kita kena pastikan teguran kita tu berhemah dan tak menyakitkan hati org lain?