Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 9, 2008

BERKELAH DI SUNGAI CONGKAK

Lama sungguh saya tidak pergi berkhemah atau berkelah di sungai atau di air terjun. Sebelum kahwin dan masa muda-muda dahulu. Rajin jugalah saya berkhemah. Berkhemah di Taman Negara saya rasa adalah perkara yang cukup indah. Menaiki bot selama lima jam dan berkhemah di Teluk Bekoh, meninggalkan sesuatu yang cukup berkesan di hati saya. Semalam saya merancang berkelah di Sungai Congkak tidak jauh daripada rumah saya. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit sahaja dari Kajang. Saya pergi bersama dengan keluarga saya, pembantu rumah, editor saya, kak Zara penulis novel Belahan Jiwa. jiran belakang rumah saya Ah Kua, jiran saya yang saya panggil nenek tinggal selang 3 rumah dari rumah saya dan tidak lupa anak buah saya Fauzan dan Hakim.
Pukul 5 pagi saya sudah bangun memasak. Menu perkelahan tersebut kuah kacang bersotong, rendang kerang, kari ayam bersama nasi impit, ayam goreng dan meehon goreng! Yummy..yummy...
Tapak perkhemahan kami. Khemah didirikan oleh editor saya Suraya (bila diperiksa..satu gambar dia pun tak ada ketika perkelahan ini!) dibantu oleh anak buah saya Fauzan dan Hakim. Khemah ini baru beberapa hari dibeli sebelum rancangan ini dijalankan. Khemah lama..tak tahu mana perginya.


Kak Zara, yang berbesar hati menunjukkan jalan ke Sungai Congkak. Seingat saya kali terakhir saya ke sana lebih 10 tahun yang lalu. Kak Zara..tak mahu mandi, kata dia..sejuk sampai ke tulang. Sorrylah kak Zara..rendang kerang saya masin sikit! He..he.he..


Nenek jiran cina saya pun turut serta. Pertama kali saya berkenalan dengan nenek ini ketika berjogging di padang permainan depan rumah saya. Selalu singgah di rumah saya kerana mahu melihat pokok bunga yang saya tanam. Kadangkala saya bagi dia pokok. Dahulu Qaisara nampak nenek ini dia akan lari tetapi sekarang sudah berani duduk di pangku.



Bersama anak buah saya Fauzan dan Hakim. Kalau dia orang tak ada dalam majlis macam ni, memang tak meriah! Terutamanya Qaisara yang memang pantang nampak abang Hakim dan Ojannya. Hakim baru potong rambut. Qaisara beberapa kali memuji Hakim..kata dia..Abang Hakim comel sangat!


Seingat saya sepanjang berkahwin kami tidak pernah ke sungai. Laut selalulah. Dulu-dulu masa mula-mula kahwin, saya ajak suami ke hutan atau sungai. Saya cerita pada dia, ketika di Taman Negara saya nampak ular sawa sebesar peha dan bagaimana saya terjun sungai untuk menarik perahu yang tersangkut. Bila dengar cerita saya, suami selalu menolak bila diajak ke hutan.. Namun ketika menjejakkan kaki ke Sungai Congkak. Dia terpegun dan suka teramat sangat.



Keluarga Ah Kua. Anak-anak Ah Kua seumur hidup tidak pernah ke sungai. Bila jumpa air seronoknya bukan kepalang. Terutama anaknya yang sulung. Berenang menyelam, berjam-jam. Tak makan pun tidak mengapa.



Ini juara berendam Sungai Congkak. Qaisara bersama pembantu rumah saya. Saya kira mereka berendam lebih 3 jam tanpa rasa sejuk dan jemu. Sedangkan..air sungai ni..sama sejuknya dengan salji di Turki.


Gambar sebelum pulang! Terpejam-pejam mata suami saya. Kata dia..dia suka dengar bunyi air. Jarang sekali didengarinya cantik dan indah sekali. Dua bulan lagi kata suami saya jika keluarganya datang dari Holland, dia mahu membawa mereka ke sini. Berkhemah dan membuat BBQ.

7 comments:

zaraaluwi.com said...

Ystie,
patut kamu dg Pak Sheikh mudik ke hulu. Barulah romantis... Kalau nak mandi di air terjun Lolo, lain kali boleh pergi daki gunung Nuang. Tapi den tak laghat do... sompoit!

NORHAYATI BERAHIM said...

Kak Zara..romantis2..anak pulak tertinggal nanti..ishh niaya..kak Zara tak test lagi energy..mana tahu semput ke tidak..silap yati yang merangkak tak sampai2..kak Zara da sampai dulu

Casper a.k.a wifee en.atan said...

kak yati

akak ni mmg best laa...baik ngan jiran2..salute laa...

Nora said...

wooo... bercamping di sg congkak rupanya... jeles sungguh melihat situasi itu... kekekeke...

layandiri said...

sungai congkak!!!!i love it.
teringat masa final semester dulu,nak lepaskan geram abis je paper ptg tu juga pakat ramai2 g sana.yg xbleh lupa tu naik moto konvoi,7 moto semua pepuan.sapa sana mandi,sapai xsedar berendam hapir 3 jam.rela xmakan maklumlah merdeka..

PUTUBAMBU said...

bestnya..!
lama dah tak gi sg. congkak ni..

tapi betullah.. air dia sejuk sampai ke tulang..

nznora said...

Woi! K. Tie, wonderful place tu... tu sebab qaisara nak mau naik2... walaupun dah menggigil...

Satu lagi, jiran semajmuk pun K. Tie ajak join, tu yang paling best... apa pun harap2 lagi banyak dpt idea ya.

Keep up with good work!