Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, November 17, 2008

AHLI PERNIAGAAN YANG TIDAK AKAN BERJAYA

Satu hari ketika saya berada di kampong. Saya didatangi oleh dua orang wanita. Seorang jiran saya di kampung dan yang seorang lagi tidak saya kenali.
“Oh..ini dia yang mahu jadi downline kita tu. Hmm..boleh ke dia meniaga.”
Wanita yang tidak saya kenali itu masuk ke rumah saya tanpa bersalam dengan saya. Pertanyaan tersebut sudah pasti membuat saya tercengang-cengang. Siapa orang ini?
“Oh..apa khabar?”
Saya bertanyakan khabar jiran saya dan teman yang dibawanya. Dengan malu-malu jiran saya itu menyatakan hajat kenapa dia datang berjumpa dengan saya.
“Aku nak ajak kau join Zullian..”
Beritahu jiran kampong saya itu. Barulah saya tahu hajat kedatangan teman saya itu.
“Boleh..jadi stockis ke?”
Selamba sahaja saya bertanya menduga. Saya renung teman yang dibawa oleh jiran saya itu. Saya lihat wajahnya sedikit berubah.
“Tidak…aku nak suruh kau jadi downline kawan aku ni..”
Saya tersenyum mendengar perlawaan jiran dan juga sahabat saya itu. Saya memang tidak pernah tahu pasal direct selling ini. Saya memang tidak berbakat untuk meniaga dari satu rumah ke satu rumah. Saya mempunyai perasaan simpati yang amat tinggi pada orang. Bila saya berniaga orang mahu membeli dan tidak berduit. Saya boleh memberi orang barang tersebut tanpa apa-apa bayaran.
“Saya ada RM100k. Apakah saya layak menjadi stockis..”
Saya bertanya pada teman jiran saya yang sampai sekarang tidak saya ketahui namanya kerana dia tidak memperkenalkan dirinya. Bahkan saya tidak juga tergerak mahu bertanya kerana saya tidak begitu gemar dengan wajahnya yang tegang dan tidak ramah.
“Saya tidak bercakap mengenai stockis..”
Teman jiran saya itu menjawab perlahan. Mungkin merasakan saya menyombong dan cakap meninggi diri. Apatah lagi menyebut mengenai seratus ribu.
“Saya tidak berbakat menjadi peniaga direct selling tetapi kalau awak bercakap mengenai perniagaan pukal, mengambil barang dari negara lain bawa masuk ke Malaysia dan dijual di pasar raya besar. Mungkin saya boleh tolong. Saya minta maaf banyak-banyak..”
Saya menolak dengan sopan. Emak tiri yang dari tadi mendengar cerita kami segera menyampuk.
“Dia sudah ada syarikat sendiri, sudah ada pekerja. Untuk apa dia ikut orang berniaga dari satu rumah ke satu rumah..”
Saya mengerdipkan mata kepada emak tiri saya. Menyatakan saya kurang senang dengan kata-kata tersebut. Tetapi saya faham perasaan emak tiri saya. Tidak suka orang lain seolah-olah memandang rendah pada saya.
“Kalau macam tu tak apalah..”
Teman jiran saya sudah menonong di muka pintu. Saya renung belakang dia dengan rasa sedih. Sedih kerana dia sebenarnya akan gagal menjadi seorang ahli perniagaan yang baik.
Seorang ahli perniagaan bukan sahaja perlu ada budi bahasa, tetapi perlu ada pengetahuan yang luas mengenai latar belakang pelanggan dan juga orang bawahannya. Dia bukan sahaja tidak menyelidik latar belakang saya tetapi menganggap semua orang mempunyai keupayaan yang sama. Keupayaan dari segi mental, keinginan, material dan sebagainya.
Walaupun jiran teman saya ini hanya menjalan perniagaan direct selling, dia perlu memahami dan belajar banyak perkara. Bukan main terjah tanpa memberi salam dan pergi begitu sahaja semasa dan selepas menjual barang-barangnya.

10 comments:

Casper a.k.a wifee en.atan said...

kak yati
saya pun tak boleh buat direct selling ni. saya tak pandai mempengaruhi orang untuk membeli barang jualan saya.

tapi saya berminat untuk berniaga.kak yati tahu macam mana kita nak pasarkan frozen food kita pada pasaraya besar contoh macam giant,, tesco or carrefour

zaraaluwi.com said...

yatie, Kak dulu pernah juga jadi downline Zullian pd jiran. Dia untung yg kita ni tercangak-cangak nak cari downline lain. Maklumlah tak reti nak pengaruh org. Beli utk sendiri. Bila kenangkan untung tak seberapa, lebih baik beli saja barang2 di pasaraya.. legi banyak pilihan. Yg upline buat tak tau dg kita. nyesal join!

NORHAYATI BERAHIM said...

casper..kena jumpa person in charge bahagian purchasing. Dia orang akan setkan appoint, ada sesetengah pasaraya mahukan porposal tapi ada yg hanya bawa sahaja sample..marketing kena agresif sikit

wanupeh said...

salam kak norhayati...

org selalu kata, msk benda2 mcm ni bole cepat kaya, byk duit...tp pd sy...kena rajin, kena usaha jg baru ada pulangan...kalau join smata2 nak cukupkan downline mmg tunggang langgang jadinya...kakak sy slalu pesan, benda2 mcm ni kalau tak kena gaya, bole aniaya org lain...
yealah...mcm pn. zara kata, kalau upline tak peduli downline,janji upline untung...kan ke dah aniaya org2 yg dibawah...isk3 mintak simpang,aniaya2 org ni...biar tak kaya raya...

usaha tangga kejayaan... ^__^ V

liya said...

banyak lagi cabang perniagaan yg kita boleh buat selain mlm yg menganiaya sesetengah org. Cthnya jual kuih, nasik lemak hantar kat kedai2 mamak.. tulis novel.. heheheh

~eiyra~ said...

saya sangat setuju dgn kakak.. org mlm bila dah dok atas selalu pandang rendah pada org lain.. padahal bisnes depa tu tegak atas usaha org lain.. tu pun nak bangga? kalau atas usaha sendiri tu lain la..

iejay said...

sesungguhnya iejay memang tak reti nak menjual barang... hehehe... kalau suruh beli barang tu pandailah... apa org promot senang aje terpengaruh... tu yg cepat aje berhenti drp terus kerja di retail service :P

ija said...

baca cerita NB pasal zullian ini teringat saya kpd. seorang kawan. dia menjadi rapat dengan saya kerana nak mengajak saya menyertai business ini. bila saya menolak dia terus tak mesra spt sebelumnya. rugi rasanya bila seseorang rapat & baik dengan kita kerana nakkan sesuatu. walau pun begitu saya doakan dia terus berjaya.

PUTUBAMBU said...

ish..ish...
sesetengah org ni mmg suka pandang org lain dgn sebelah mata...

menilai org dari luaran saja...

p/s..putu pun tak minat MLM ni... takde bakat nak jual barang org..cepat kesian...hehehe..

Sapiah Hussien said...

Skg ni lagi hampeh! Yg atas cepat naik sebab beli pukal, pastu yg bawah tolong abihkan pukalnya. Yg bwh tak dapek hape coz tak mampu nak buat mcm kat atas. Lastnya, duit habih kat yg atas jer. Kesian,kesian...