Ini dia muka surat yang buat Teta bengang dan menangis. Saya sendiri sebenarnya susah nak fikir metal products ini sampai terpaksa berbincang dengan Liza Bujang. ha ha ha
"Kenapa Teta nak marah, buatlah baik-baik."
'Teta tak pandai nak lukis. Lukis sudu pun tak tahu."
Saya sebenarnya betulkan sudu itu dan mungkin Teta menganggap sudu yang dilukisnya tidak betul.
"Okaylah tu sayang.."
Qaisara sudah mengamuk-gamuk dan beritahu dia nak tidur. Sebelum dia naik ke katil, dia mengunjukkan saya buku sains yang dikerjakan sebentar tadi.
Tulisan Teta yang memberitahu dia tidak pandai. Aduhh..ha ha ha mahu ketawa pun ada, mahu menangis pun ada.
Qaisara bersama sepupunya Balkish yang orang selalu salah anggap mereka adik beradik.
Bila dia bangun pagi saya beritahu dia.
"Kenapa tulis macam tu?"
"Teta memang budak tak pandai.."
"Alah Teta memang tak pandai pun.."
Usik saya.
"Kenapa umi cakap macam tu.."
Qaisara tampaknya marah .
"Yelah kalau Qaisara dah pandai, tak payahlah umi hantar pergi sekolah lagi. Orang dah pandai!"
Qaisara tersenyum lebar mendengar kata-kata saya.
"Sebab tak pandai umi hantar pergi sekolah supaya Teta pandai. Teta umi ambil masa 30tahun untuk jadi sedikit pandai. Itu sedikit tau, bukan pandai banyak.."
"30 tahun umi wah..... lamanya.."
Teta menepuk dahinya. Kami sama-sama ketawa.
Anak baru seorang sudah buat umi pening kepala. Ha ha ha
4 comments:
teta pandai la.. teta pandai berfikir.. =)
Teta pandai lah Yati,cuma tang melukis tu je kot dia blur sikit,tap tang lain dia mmg terer macam umi nya jugak pandai cakap dan pandai tulis buku heee
tetaaa tetaaa...bijak sungguh
teta bijak.. ibunya lagi bijak.. hehe...
Post a Comment