Apa makna status, adakah dituju pada sesiapa.
Hairan saya sejak hari minggu saya sangat sibuk. Hari Sabtu Qaisara sukan. Hari minggu saya ke Batu Pahat melawat Ojan. Anak teruna saya tu makin handsome saya tengok. ha ha ha..
Kami lalu Ayer Hitam, teringat dahulu Ayer Hitam tempat syurga membeli belah untuk majlis perkahwinan. Yelah..adik saya akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi entah macam mana tercetuslah idea status seperti diatas.
Jumpa Ojan di UTHM Batu Pahat bawa mangkuk tingkat. Ha ha ha
Hari isnin pula sibuk dengan pest control yang membuat pencegahan anai-anai di rumah Melaka. Petang saya bawa anak-anak ke Jusco bermain. Buat status pun melalui tab sahaja tak ada masa nak selongkar orang punya wall bagai.
Tiba-tiba hari ini suami yang berada di Johor menelefon.
"You ada buat status perkahwinankah?"
"Ada kenapa?"
"Delete please, delete.."
Saya terpinga-pinga kenapa saya harus delete status tersebut. Status itu adalah status menasihati. Bahkan ada beberapa inbox yang saya terima sebelum ini dari adik-adik pembaca bertanya. Boleh tak mereka berkahwin dengan membuat pinjaman. Biasanya saya menasihati jangan. Jangan mulakan perkahwinan dengan duit riba. Buatlah kenduri ala kadar asalkan permulaan perkahwinan itu diberkati.
"Kenapa?"
"Ada kawan I telefon beritahu yang awak sindir mereka?"
Argh! Saya menjerit kuat. Saya sindir mereka?.
Sebenarnya saya tahu ada satu majlis perkahwinan orang Turki sebab pagi Ahad itu suami menyuruh saya membungkus hadiah untuk kawannya dan dikirim pada kawan lain melalui kawannya yang pergi.
"Awak ada sebutkan nama mereka?"
"Astaghfiruallah mana adanya.."
Balas saya cepat. Suami yang mula tadi agak keras suaranya mula mengendur.
Lama saya berfikir, selama ini memang suami tidak suka saya berjumpa dengan kawan-kawan dan isteri mereka.
Saya sendiri pun tidak begitu suka. Baru berjumpa mereka akan bercakap dan memburukan suami sendiri. Pening kepala saya.
Bagi saya apa sahaja kebaikan suami saya akan beritahu dan kekurangannya saya akan simpan.
Jadi bila saya dituduh menyindir mereka saya sangat marah.
Siapa mereka mahu menuduh saya?
Adakah saya kenal mereka?
Saya tidak pernah berjumpa, tidak pergi ke majlis tersebut.
Akhirnya hari selasa hari ini saya periksa sana sini saya dan saya teliti.
Saya tahu siapa orang yang menjadi dalangnya.
Manusia yang bermanis mulut (hati hati dengan manusia ini di FB)
Tetapi biarlahlah dia, moga sisa-sisa hari yang tinggal sebelum dia dijemput oleh ALLAH, dia sempat bertaubat dari mengadu domba.
Pada kawan yang menyampaikan pada suami juga terima kasih, selamat menyambut Ramadhan dan muhasabahlah diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik . AMIN.
6 comments:
Jika ada nasihat yang disampaikan oleh kawan kita biarpun secara umum , kita harus menerima dengan hati yang terbuka, bermuhasabah diri dan berusahalah untuk berubah. InsyaAllah belum terlewat untuk membetulkan kesilapan dan menjadi lebih baik dari semalam.
bak kata pepatah, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. mungkin orang tu buat perkara yang kak yati cakapkan tu, itu yang membuatkan dia terasa padahal status kak yati tu perkara umum. ustaz pun akan cakap benda yang sama tentang hal perkahwinan
saya baca je status akak 2..tapi takde pulak rasa ati saya ni akak menyindir sesiapa..itu adalah status umun..saya yg tak kahwin lagi ni sekurang-kurangnya dapat juga "nasihat"berguna dari status akak tu dan pada yang kahwin buat loan tu tak perlu la terasa hati kerana anda sudah berkahwin,dah berlalu pun(berlapang la fikiran tanpa ada rasa seperti dihentam atau apa pun)..orang yang mengadu domba tu sebenarnya mmg tak puas ati tu yg terlebih extra berfikir untuk mengadu domba 2..
Status itu ok jer lah kak....umum jerk.....apa lah diorg ni, tak dapat terima kenyataan kot...
\
err...salam kenal kak...suka baca novel2 NB....
apa2 pon siapa makan cili dia terasa pedas.. kalo dh buat silap sendiri mau ingat, sabar aje laa k.yati.. susah nk puaskan hati semua pihakk...
mungkin dia ingat akak sindir dia scr halus.. hati orang tak boleh nak baca kak.. kita bercakap secara umum tapi ada yang terasa.. mesti dia buat agaknya.. hihi..
Post a Comment