Ini adalah siaran tertunda. Ha ha ha..pada 7 Julai yang lalu saya, bibik, sahabat saya Balqish, Khamisah dan Kusyi bersama kawan-kawan lainnya, telah mengadakan projek memberi bungkusan makanan pada gelandangan sekitar Kuala Lumpur. Syukur Alhamdulilah, kami dapat membungkus lebih kurang 350 bungkusan makanan.
Biskut tiger salah satu barang yang berada di dalam bungkusan kami.
Kham dan Balqish. Kami melakukan di rumah kham. Sudah macam pasar borong. Ha ha ha
Saya mengambil bahagian dalam bungkus membungkus memandangkan agihan dilakukan pada pukul 10 malam. Ada beberapa kawan yang lain yang mengambil alih tugasan pengagihan.
Selesai membungkus. Di dalamnya ada roti, biskut tiger, buah, air mineral dan juga toiletries.
Terima kasih pada penyumbang yang menjayakan usaha kami ini. Insya-ALLAH pada 9hb August nanti sekali lagi kami akan memberi makanan untuk berbuka puasa bagi gelandangan di kawasan Kuala Lumpur.
Doakan usaha kami berjaya ya para pembaca.
1 comments:
blh dptkn email? sy tny thu tntg kos pek mknan tu...
atau blh email pda sy tika_rasid90@yahoo.com
Post a Comment