Ini cerita lama. Cerita semasa kami merancang membawa Liza Bujang bercuti ke Cameron Highlands.
"Berapa hari nak pergi honey? Kita tinggal di mana?"
Rasanya sudah berkali-kali saya beritahu suami, rancangan saya tetapi biasalah si suami ini bukan ambil peduli sangat. Bahkan esok nak pergi pun harus diingatkan lagi..he he he
"Awak nikan dah berapa kali saya cakap tak fokus. Asyik saya dok mengulang. Agaknya kalau awak banyak isteri, macam mana agaknya ya?"
Suami terdiam sambil tersengeh-sengeh. Lama dia berjeda sebelum menjawab.
"Penat agaknya lelaki beristeri lebih dari satukan honey. Cuba bayangkan, hari ini rumah si A, dia mesti bercerita masakan nak diam sahaja. Esok ke rumah B, dia cerita tetapi mesti cerita yang berlainan daripada si A. Keluarga A dan B mesti berlainan. Kena menghafal nama ahli keluarga satu perkara lain pula"
"Tahu pun awak.."
Sela saya. Tersenyum-senyum. Gembira hati seorang isteri melihat suami berfikiran lain daripada lelaki yang ada di luar sana.
"Hmm....kadangkala mesti tersilap, ingat dia dah cerita pada isteri pertama tetapi dia cerita pada isteri ke dua. Bila isteri pertama tanya, dia cakap sayakan dah cerita? Padahal dia tidak pernah bercerita pun dengan isteri pertama, dia tersilap yang dia cerita pada isteri kedua. Boleh bergaduh jadinya.."
Suami membuat kesimpulan.
"Memang betul pun, sebab itu kadangkala beristeri lebih ini boleh mencetuskan perbalahan yang berat dan besar, sedangkan isunya hanya kecil sahaja. Yelah, dah salah fahamkan. Itu belum lagi dalam bab nafkah. Terlebih bagi sana, sini kecil hati.."
Balas saya.
"Huh..penat kalau beristeri lebih, penat tenaga lagi penat otak nak fikir lagi. Apa susahkan diri nak kahwin banyak-banyak. Dapat seorang macam awak ni tak terjaga nak kahwin, dua, tiga..tak payahlah.."
Ha ha ha Ameen, ameen.
3 comments:
Amin jugak hehehe
Syukur alhamdulilah bila Pak Seyit berfikir sedemikian...gembira saya untuk akak. Ameennnnn.....
amin..tumpang senyum..hehe
Post a Comment