Jujur saya tidak pernah meletakkan apa-apa ulasan buku seseorang di blog saya ini. Kerana saya berasakan blog ini adalah kehidupan peribadi saya yang harus jauh daripada kerjaya sebagai seorang penulis. Tetapi pagi ini saya terpanggil membaca satu blog dari seorang pembaca yang baru mengenali buku saya dan saya sangat terharu. (Liza Bujang yang suruh saya baca)
Bagi saya mengekalkan hubungan saya dengan pembaca yang sedia ada sama sukarnya menarik pembaca yang tidak pernah membaca buku saya. Namun syukur Alhamdulilah, pembaca ini yang dikenali sebagai Engku Muzahadin http://engkumuzahadin.blogspot.com/2012/02/menunggu-kereta-api.html Baru pertama kali membaca buku saya dan sukakannya. Ini satu kegembiraan buat saya dan terima kasih diucapkan kepada Engku.
"Sejujurnya, ini merupakan karya pertama tulisan Norhayati Berahim yang saya baca. Meski, nukilan beliau agak popular namun entah mengapa sebelum ini tidak pernah tergerak hati untuk membaca. Bahkan, ini juga pertama kali membaca novel terbitan NB Kara. Dan usai membacanya, baharulah saya mengetahui sebab musababnya penulis ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri juga setia berdiri di sampingnya."
"Saya jatuh cinta pada kisah ini. Tidak salah andai dikatakan cerita ini tidak pernah sama dengan ratusan cerita lain yang pernah dibaca"
Apa yang ditulis di dalam blog Engku Muzahadin sangat memberi semangat untuk saya berkarya dengan lebih baik, teratur dan penuh pengisian.
Terima kasih juga pada para sahabat yang tidak pernah jemu membaca karya-karya saya. Saya akan mencuba menulis yang lebih baik walau saya tahu, saya bukanlah yang terbaik.
P/S Walau ada kedai buku yang bersengkongkol dengan pengedar yang mahu membunuh karier saya tapi Alhamdulilah, Menunggu kereta api sudah masuk ke cetakan ke 3 dalam masa 4 bulan.
8 comments:
Salam Kak,
Saya antara beribu yang obses nampak tulisan akak hehehe *jujur* asal nampak baru.. terus nak beli..walau saya perap *bila ada masa baru baca* but really I love your writing. terbaru Dari Milan ke Maran. Best.
Ada beberapa buah buku yang masih berbekas di hati, "Hati seorang Wanita" yang cerita perempuan bawa motor besar ada ladang sawit dan kawin dengan cina tu pun best. Dulu mati2 saya ingat akk kawin dengan baba nyonya rupanya salah.. ohh ada lagi.. yg cerita dia lari pergi negara mana ntah lepas 2 minggu kawin tu.. ohh bestnya cite tu kak. yg cerita doktor forensik tu pun best.. ehhh semualah best.. hehehe..
:)
saya pun suka tulisan akak.best cerita ni.walaupun kebanyakkan tulisan akak panjang dan snagat tebal, tetap gigih nak habiskan membaca.tahniah!
salam kak, saya baru habis baca novel ni smlm :).... paling x sangka Ameen tu, walaupun ada juga terdetik yg dia tu dah .... hehe saya suka watak karina , dan juga dgn membaca novel ni saya dapat belajar tentang org minang... dari siapa lagi tentulah bundo :) ...
saya pun suka novel hujan pun menari & murni kasih
saya antara peminat novel NB..sejak 5 thn lepas, saya xmiss novel dr NB. saya suka kerana kebanyakkannya cerita mengenai kekeluargaan. bukan novel cinta semata2,juga turut berdakwah dlm penceritaan tersebut.tidak keterlaluan dan sangat mudah difahami serta tidak bosan!ada jugak yg saya blogkan mengenai novel2 NB yg saya beli. teruskan menulis! kerna saya tidak perlu ke china,italy dll utk tahu mengenai negara tersebut.hanya perlu membeli novel NB!
watak orang minang memang saya suke.... den ni waris perempuan minang dari bukit tinggi...hehe... kak yati, POPULAR memang takde hasil dr NB Kara ke? Mujur HASANI ada....
Alhamdulillah. Saya juga telah baca novel ni. Tak boleh tangguh-tangguh. 1 malam terus habis baca sampai terperanjat pembantu rumah saya, Eny, (yang memang kaki novel). Diapun baca juga novel ini, saya tak pasti dah habis atau tak. Sungguh, kisah yang istimewa... Teruskan menulis kisah yang hebat!
salam.. saye pun minat akak gak.. dah bce novel2 akak dr zaman remaje lg.. skg dah dewasa.. hehe.. stop kejap minat membace coz bz keje.. but rite now kmbli bekecimpung dlm aktiviti mbace nih.. i'l get this novel soon... hihi
assalamualaikum,
seriously saya suka baca buku hasil nukilan NB(nak panggil mak cik,puan atau akak?).saya start baca buku NB masa darjah 5 kalau tak silap.tapikan,nape susah sangat nak jumpa buku NB dipasaran.selalunya kalau nak baca buku NB mesti kena pinjam dkt library daerah.
sigh~
Post a Comment