Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 21, 2012

BAHASA ORANG POLITIK

Qaisara dan sepupunya ketika menyambut hari jadi Zafran a.k.a Haji..ha ha

Beberapa hari yang lepas saya dan Qaisara baru lepas solat maghrib . Dia kemudian bangun, membuka telekongnya dan kemudian duduk di birai katil.
"Umi..umi..bibir Teta macam kering ajelah.."
'Aik kenapa Ta?"
Saya melihat Teta mengebam gebam bibirnya.
"Bibir Teta keringlah umi, tekak pun macam tak selesa sahaja.."
Apa pula si Teta ni. Demamkah budak ni? Tapi tadi ceria sahaja. Masa solat pun baca Al Fatihah bukan main kuat lagi, sampai bacaan umi dia kelam kabut sedikit. Ha ha ha
"Teta demamkah Ta?"
Saya bangun dan mahu meraba kepala dia.
"Teta tak demamlah umi, tapi bibir kering tekak tak selesa. Kalau dapat susu okay agaknya.."
Cehh...main politik pula si Qaisara ni. ha ha ha..

Qaisara hidupnya tidak bermakna tanpa susu. Sudah berapa kali saya mengusik dia. Berhenti sahajalah minum susu, Qaisara dah besar. Esok kalau Qaisara kahwin pun bawa susu habis kena tinggal dek suami (ini lawak orang tua menyakat ha ha ha ) Tapi dia bukan kisah pun. Cuba bayangkan sudah 6 tahun usianya tetapi saya terpaksa bangun buatkan dia susu. Nasib tidak macam beberapa tahun yang lalu, setiap dua jam. Sekarang tengah malam hanya sekali sahaja.
Dan mungkin kebijaksanaan bercakap macam orang politik itu disebabkan susu..ha ha ha

10 comments:

monalea said...

pandai dia...hahahaha.tektik baru nak susu

. said...

bijak.

Intanaziela said...

kak..teta mcm hadif dulu, walaupun dah ke sekolah, balik sekolah dia minum susu berbotol2...hikhikhik..

LiTtLe^m3 said...

susu kena terus minum sampai tua.. cuma kena pujuk untuk buang botol kot... alahai cik teta...

Leeza said...

Hahahaha...terkena uminya...susu kena teruskan kak...jangan berhenti.

Angah said...

haha cik teta macam anak sayajugak...dh nak masuk 4 thun pun mlm2 paling skit 2x,paling byk 4kali saya kena bangun bancuh susu...bil atk bancuh dia siap ckp dengan paling muka ke tempat lain sambil ckp: nk mintk buat susu pun payah...hahahahaa

Aina said...

kuat tulang teta minum susu:)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

moon memang, kalau tak satu hari entah berapa botollah susu, sampai kadangkala naik alergik..

Nizam budak sekarng memang bijak

Intan, ha ha samalah si Teta dengan si hadif ya. Apa sedap susu tu tak tahulahkan sampai berbotol botol..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Little, kena kurangkan dia minum susu sebab susu ni ada juga tak bagusnya, sbb kadangkala dia alergik..

Za..memang tak payah berhenti tapi kena kurangkan..

Angah, samalah tu dengan Qaisara masa umur 5 tahun dia bangun 3-4 kali, dah besar ni baru kurang..

Aina bukan sahaja kuat..otak pun kuat berfikir..ha ha

GREENJADE said...

hahaha pndai nye anak dara ni main politik ya

terngiang2 ayat dia..."tapi kan..Teta..." hehehe