Gambar dari pak cik Google.
Pak cik google juga..
Balik dari sekolah, Qaisara membawa balik topi yang berbentuk binatang. Kalau tak silap saya topi Qaisara berbentuk seperti rusa, hadiah dari sekolahnya. Lalu dia bercerita.
"Umi..umi. Kami yang sambut hari jadi semua pakai topi binatang ini. Umi tahu tak ada seorang kawan Teta tanya teka teki?"
"Teka teki apa sayang?"
Qaisara memang suka teka teki. Banyak teka teki yang dia ada.
"Teka teki, teka teko..binatang mana yang didunia ini paling cantik."
Terkebil-kebil saya mahu menjawab seraya berfikir sejenak.
"Hmm burung merakkah Ta?"
"Taklah umi.."
"Habis tu apa?"
"Kawan Teta cakap, Tetalah.."
"Arghhh..Teta.?"
Mata saya terbeliak dan kemudian baru saya dapat menangkap.
"Yelah umi.."
"Kawan Teta yang bagi teka teki tu lelaki ke perempuan.."
Malu-malu Qaisara menjawab.
"Lelakilah umi.."
Ha ha ha ha..aduh...budak-budak sekarang, kecil-kecil lagi sudah pandai menghayat!
5 comments:
pandai je murid lelaki itu ya..hahaha. kelakar teka tekinya.
hehe...lawak bila baca entry ni...=p
hahaha... budak2 pun ada feel... hehe...
hahha... puas saya dok tahan gelak kat dalam library ni kak... adoila... baru umur 5 tahun tu!!!
x puas at tul tak dapat tawa terbahak2 ni hahhha
miahhahahha... lawak betul.. tp budak2 ni bukan leh jangka... byk idea...
Post a Comment