Ketika berjalan-jalan itu, saya dan suami terjumpalah satu kedai ini. Kedai membuat candy. Dibuat secara tradisional mengunakan tangan. Mungkin ramai yang selalu ke Pavilion dah tahu tapi saya baru tahu jadi saya letaklah entry inikan. ha ha.
Semua gambar adalah dari pak cik google ya disebabkan saya punya galaxy tab sudah kehabisan bateri kerana dipakai guna di kedutaan untuk membuang rasa bosan. Kamera pula saya terlupa bawa.
Macam inilah gayanya candy itu dibuat tetapi di pavillion semalam, candy merah. he he
Kemudian digelek-gelek menjadi seperti ini dan dipotong. Semua menggunakan tangan.
Saya belikan Qaisara yang campur seperti ini. Disebabkan saya tinggalkan dia seharian, petang pula Qaisara ada kelas piano jadi saya dan suami bergesa ke kelas piano untuk mengintai Qaisara. Dia ke kelas di hantar oleh Mak Usunya. Bukan main gembira sekali apabila dia melihat kami. Terlompat-lompat dia apabila melihat kami mengintai dia dari pintu (perasaan ketika itu sangat indah) Ha ha
Satu botol harganya. RM19.90. Saya teringatkan Fariz anak kawan saya Haryati Baharom yang suka makan gula-gula. Hendak saya belikan mereka di Johor. Jadi, awal-awal lagi saya dah pesan dengan suami. Camkan kedai ini, jadi kalau saya suruh dia beli nanti senanglah. (suami memang suka melepak di kedai kawannya yang dia Pavillion itu)
Cepat sahaja suami angguk.
Itu tanda dia sukalah dengan candy ini sebab kami dok pulun makan yang diberi di kaunter. Ha ha ha
Siap yang terliur, cepat pergi beli. Kedai ini terletak tidak jauh dari food court di tingkat bawah.
7 comments:
mmg best. kt One Utama pon ade
woh menariknya...
tak penah rase..insyaAllah nt leh cuba la kan:)
nak.
saya ingatkan sticky candy adalah gula2 kapas. Menarik cara buatannya kak..nanti insyaAllah bulan jun nak pergi sana tengok. :)
hehe ade belikan utk saye tak kak? ngidam nih (hahaha boleh tak guna alasan ni?)
Wow...yummy
tak manis sangat ke kak yati? mcm sedap jer tu..hehe
Post a Comment