Selepas puas berjalan di Sogo itu selama 4-5 jam, sampai solat pun dua waktu di sana. Saya turun untuk makan bubur Mac Donald. Saya kalau pergi mac donald itulah yang saya makan. Saya ajak suami makan sekali, dia mengelengkan kepalanya. Kata dia, dia kenyang. Jadi dia temankan saya langsung tidak teguk air liur melihat saya makan dengan erti kata sebenar buat tidak peduli.
Langsung tidak terusik.
Padahal dia sukakan burger. Kalau keluar dengan dia, tidak pizza hut, mac donald atau KFClah tempat dia menjamu selera.
Selepas makan saya pulang ke rumah. Dalam hati berkata juga. Pasti balik nanti dia suruh saya masak. Di kepala saya sedang merancang menu ringkas apa yang akan dimakan oleh suami.
Tiba sahaja di rumah, belum saya masuk suami sudah berkata.
"Honey, ada rendang semalamkan. Panaskan saya nak makan lagi.."
Ha ha ha patulah dia tak mahu makan. Rupanya teringatkan rendang semalam. Suami memang suka sangat rendang dan boleh makan 3 hari berturut-turut. Sedangkan dia sangat cerewet dan dia biasanya dia makan mengunakan siste al carte. Setengah jam atau satu jam sebelum makan, dia akan membuat pesanan dari saya. Tetapi dengan rendang, panas berkali-kali pun masih mampu dimakannya.
Mac Donald kalah juga akhirnya dengan rendang. ha ha ha
3 comments:
hahahaha inilah menu penambat hati dia. Si Tetapun suka rendangkan? tahniah akak sebab dapat mengalahkan kehebatan McD. :)
sebab kehebatan air tangan isteri kalah Mc D..sedap sangat rendang akak tu membuatkan pak seyit terigau-igau
air tgn isteri yg kalahkan mc D tu kak :-)
Post a Comment