Lama sungguh saya tak update blog. Kalau rumah tak berkemas mahu sudah berabuk 12 incikan? Hey...12inci bukan satu kakikah? Ha ha ha
Sejak akhir-akhir ini lutut saya tidak begitu baik. Sampai nak solat secara biasa pun tidak boleh. Kena duduk kalau tidak, mahu menangis setiap kali berdiri dan duduk. Alhamdulilah semakin baik selepas saya berurut. Saya ingat masalah lutut saya adalah masalah bagi orang yang berumur. Tetapi menurut tukang urut itu, urat saya sudah bengkak dan urat saya sudah demam. (bukan demam urat tetapi urat yang demam tau).
Melihat saya yang berjalan dengan amat payah, Qaisara selalu berlari-lari mahu memapah saya. Pantang sahaja dia melihat saya berdiri mahu berjalan. Tetapi budak kecil apalah yang boleh dilakukan, penghabisan saya papah dia semula. Ha ha
Malam tadi ketika saya berbaring, Qaisara duduk di hujung kaki saya. Diusap-usap lutut dan juga betis saya. Dengan suara yang kuat dia membaca Al Fatihah dan ayat tiga Kul. Suami yang berada di sebelah hanya memerhati sahaja. Kemudian mulutnya menghembus kaki saya.
Kemudian saya melihat dia menadah tangan dan berdoa.
"Ya ALLAH kau beri perlindungan pada umi aku (dia mahu menyebut perlindungan sampai tergeliat lidah). Sihatkan umi aku, biar dia boleh jalan. Ya ALLAH kau bagi healthy umi aku. Ya ALLAH aku nak tengok umi boleh jalan baik-baik."
Masa itu saya pandang suami, suami pandang saya. Di dalam hati rasa sangat terharu. Memang setiap kali Qaisara sakit. Saya akan bacakan ayat Al Quran padanya. Saya akan berdoa di hadapannya . Begitu juga kalau saya sakit atau demam. Itu yang dilakukan oleh suami kepada saya. Jadi sudah pasti Qaisara melihat dan mengikut.
Moga-moga dengan doa si kecil ini, kesihatan saya bertambah baik. AMIN
Gambar ini tidak ada kena mengena dengan cerita, sengaja nak tayang gaya si Qaisara..he he he
7 comments:
Assalamualaikum kak NB,
Mendoakan agar Allah s.w.t sentiasa memberikan akak dan keluarga kesihatan dan keberkatan.
Semoga cepat sembuh.
Salam kak...terharu sangat dengan Qaisara. Setiap perlakuan ibubapa akan diikut oleh anak-anak. Nampaknya Qaisara telah mengamalkan tabiat yang baik...dia sudah menunjukkan tanggungjawabnya sebagai anak. Moga sikapnya ini berterusan..amin. Moga kesihatan akak sekeluarga sentiasa baik sahaja...
salam akak..
bgsnye didikan mcm tu..
:).. nanti nak try buatlah kalau dah ade anak..
kesiannya kat akak. ida doakan semoga lutut akak cepat sembuh. akak tak pergi cek ambik kat hospital ke.
sedara ida ada sorang tu pun sakit lutut dab berbulan dah. kata doktor gris kat sendi kepala lutut dh abis. Doktor nasihatkan makan supplementary nama glukosamine. sekarang dh better..
qaisara mmg anak yg baik. cute aje gayanya. siap kasut tumit tinggi... hehe...
doa dari anak yg bersih hatinya..i'm touched.
sejukkk perut akak :)
Kak YAti, I almost cried! MashaAllah sesuci hati dan semulus jiwa qaisara, moga Allah beri kesembuhan pada akak dan moga Allah pelihara qaisara dalam ketaatan kepada Allah sehingga akhirnya.ameen
Post a Comment