Semalam di TV AL Hijrah saya mendengar ceramah seorang ustaz dari Yaman rasanya mengenai khadam, pembantu rumah atau amah. Bagaimana layanan nabi terhadap mereka.
Nabi Muhammad ditanya, berapa kali kita harus memaafkan khadam kita sehari.? Lantas nabi Muhammad menjawab 70 kali sehari. Ini bermakna, kalau pembantu rumah atau khadam ini memecahkan pinggan mangkuk maafkan dia, masak termasin maafkan dia. Masakan dia akan melakukan kesalahan sampai 70 kali sehari? Jadi ini bermakna kita harus memaafkan khadam atau pembantu rumah bila-bila masa sahaja.
Saya berbincang dengan adik saya Nurul, mungkin menganiaya pembantu rumah sudah menjadi seperti barah di negara Arab, maka ceramah ini diadakan. Adik saya setuju. Memandangkan adik saya pernah duduk di masyarakat dan negara arab untuk beberapa bulan.
Kami tertarik dengan satu lagi persoalan. Bilakah harus kita membayar upah khadam atau pembantu rumah ini? Jawapan nabi kesayangan kita "bayarlah sebelum peluhnya kering"
Adik saya berpaling pada saya dan seolah-olah bertanya, bagaimana saya membayar saya pula menjawab sambil tersengeh.
"Kak Tie bayar bibik sebelum dia berpeluh. Mana tidaknya, tahun lepas dia minta advance setahun. Kemudian balik Indon dia minta advance 8 bulan nak balik lagi bulan Mac ini dia minta advance 3-4 bulan lagi."
Ha ha ha adik saya ketawa. Sekurang-kurangnya saya lega mendengar ceramah tersebut kerana saya bukan dari golongan orang yang menyeksa pembantu rumah.
aku bukan budak baik
9 months ago
3 comments:
assalamualaikum kak...
intan pernah membaca seorang sahabat yang menguruskan keperluan harian Nabi berkata bahawa Nabi SAW tak pernah merungut dan berkata "uff" ataupun kenapa ini dibuat begini..kenapa tidak dibuat begini kepada orang yg menguruskan keperluan harian baginda....betapa hebatnya akhlak baginda...subhannallah...
ya Allah, untungnyer bibik akak... rezeki bibik la Allah temukan ngan majikan mcm akak :)
terimakasih akak..insyaAllah , akan dipraktikkan. kesabaran dan sikap toleransi tu perlu.
Post a Comment