Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 26, 2012

ADA YANG TIDAK SERONOK...

Dua tiga hari lepas saya berbual dengan salah seorang pekerja di salah sebuah kelab golf. Saya ingat saya mahu mendaftar untuk membolehkan Qaisara mengunakan kolam renang di kelab golf tersebut. Tetapi sayangnya suami sangat tidak berminat bermain golf. Beliau lebih suka bermain futsal dengan kawan-kawannya. Perbincangan dan perbualan kami lebih menjurus kepada terma yang berada di borang pendaftaran. Termasuklah pendaftaran warga asing dan local yang agak jauh berbeza dari sudut yurannya.
"Tak apa akak guna nama akak"
Beritahu pekerja tersebut.
"Seronok tak kak berkahwin dengan warga asing? Mesti akak selalu travelkan?"
Pekerja tersebut bertanya. Saya ketawa mendengarnya.
"Yelah, part travel tu memang seronok tetapi banyak perkara lain yang tidak menyeronokkan"
Saya memberitahu pekerja tersebut. Berkerut dahinya tidak tahu apa yang berada di dalam kepalanya.
"Maksud akak macam mana?"
"Yelah, di Malaysia ini kalau nak masuk mana-mana park yang berbayar, muzium atau mana-mana tempat lawatan bayaran untuk warga asing adalah lebih tinggi.."
"Oh betul juga ya kak.."
Balas pekerja tersebut.
"Bahkan mahu membeli property juga menjadi masalah."
Beritahu saya. Saya sebenarnya tidak sedar akan hal ini. Sudah beberapa property yang saya beli barulah saya sedar apabila saya membeli sebuah rumah di Melaka. Prosesnya sangat panjang dan akhirnya ditolak oleh pejabat tanah kerana rumah yang saya beli memerlukan 100 bumiputera (peguam saya sendiri tidak tahu hal ini). Tidak boleh ada nama suami, sedangkan pinjaman kami buat nama bersama. Natijahnya kerana malas mahu memikirkan proses yang menyakitkan kepala. Saya membeli dengan tunai. Nama suami tidak boleh diletak dan begitu juga nama Qaisara kerana beliau adalah berketurunan Turki (selepas berapa tahun Qaisara lahir, barulah saya sedar keturunan Qaisara adalah Turki..atooiiii!)
Bahkan peguam saya yang baru sedar hal ini, menasihati saya. Lain kali membeli hartanah saya harus pastikan hartanah tersebut bukan hartanah yang 100%  bumiputera.(ada hartanah untuk bumiputera tetapi bukan 100% bumi). Takut nanti anak saya tidak boleh mewarisinya. 
Saya sedar, tujuan undang-undang ini diadakan untuk mempertahankan warisan bumiputera tapi saya rasa ianya tidak adil pada kami yang berkahwin dengan warga asing dan mendapat anak yang tidak diiktiraf sebagi bumi walau lahir di Malaysia.
Dan paling menyedihkan maklumat mengenai perkara sebegini tidak disebarkan dengan secara meluas dan apabila ianya berlaku, kami yang terlibat jadi terpingga-pingga.


4 comments:

idasm said...

o rumit jugak tu kan...

GREENJADE said...

oh saya pun baru tahu kak. byk jugak procedure nya..

New Mama Mia said...

memang kak.saya uruskan harta sepencarian dan faraid macam tu la.asyik terkejut je bila dpt tahu prosedur diorg.nasib baik la jtg ni kuat!kalo x, dah brp kali kn heart attack! kadang pelik, bila kat pej.tanah bgtau lain.bila dah fight kat court lain plak.yg jadi mangsa saya yang single mother ni la....
Sebab tu la rasanye Single mother kat malaysia ni malas nak uruskan harta peninggalan arwah suami. memang byk mkn belanja ngn air mata....

Ann said...

pelik juga kan kak... kalau org melayu perempuan kawin dgn bangsa asing cthnya india... anak lahir bangsanya melayu...dpt taraf bumiputera...boleh apply biasiswa.. pelik kan..patutnya bangsanya india la kn... kes akak ni terbalik pulak...pening2