Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 3, 2008

HIDUP BEGINILAH!

Dah lama sungguh saya tidak ke Ampang. Di mana saya pernah bermukim hampir 10 tahun di sana. Kalau satu masa dahulu Ampang tidaklah sesesak sekarang ketika saya tinggal, sekarang selepas 10 tahun saya melarikan diri dari Ampang. Ampang semakin sarat dan sesak tampaknya.
Dulu ketika saya tinggal di Bukit Indah, ada beberapa jiran yang masih saya ingat dan hampir-hampir lupa. Ramai yang baik-baik. Seperti baiknya jiran saya di Kajang. Kadangkala rindu juga saya tempat di mana saya berebut bas dan berjogging setiap petang kalau ada kesempatan.
“Kau ingat tak kak Liza (nama samaran) yang tinggal selang beberapa baris dari rumah kita di Ampang.”
Tanya kakak saya Mijah pada satu hari ketika saya membawa dia pergi membeli belah (kakak saya bukan tak tahu membawa kereta. Tahu. Tapi kalau nak pergi membeli belah. Sayalah yang selalu membawanya).
“Ya..ingat, ingat. Yang selalu antar anak dia jalan kaki ke tadika tu. Kenapa?”
Saya terbayangkan wajah Kak Liza. Saya mengenali dia kerana dia tinggal berdekatan dengan penjaga anak-anak buah saya. Ojan dan Akim. Setiap pagi ketika saya menunggu bas untuk ke pejabat. Dia akan menolak anak yang masih bayi untuk menghantar anaknya yang seorang lagi ke tadika.
Masa kenal Kak Liza, dia baru pulang dari luar negara. Menemani suaminya melanjutkan pelajaran diperingkat kedoktoran. Kak Liza memang tidak pernah bekerja walaupun mempunyai ijazah dari luar negara kerana dia yang berkahwin semasa belajar, mendapat anak sebaik sahaja menamatkan pelajar. Jadi suami menegah dia dari bekerja.
“Kasihan diakan..”
“Yalah…” balas saya. Kalau sesiapa yang tahu cerita kak Liza ini, pasti ramai yang mengatakan kasihan. Apa tidaknya;
Selepas pulang dari luar negara dia terpaksa berpisah dengan suaminya kerana si suami dihantar bertugas di salah sebuah negeri di utara tanah air. Jadi dia yang mengurusi segala keperluan si anak di Ampang. Menghantar, mengambil anak sekolah dan menjaga segala keperluan. Bila saya tanya kenapa tidak berpindah sahaja mengikut suami ke utara tanah air. Dia memberitahu, si suami tidak membenarkan kerana sayang dengan rumah di Ampang dan tidak mahu menganggu pelajara, anak-anak yang masih bersekolah.
Saya masih ingat..sesekali suaminya akan pulang ke Ampang atau dia akan menaiki bas ke utara tanah air bersama anak-anak untuk mendapatkan suaminya. Satu hari, dia bersama-sama anaknya ingin membuat kejutan terhadap si suami. Jadi mereka berpakat-pakat ke utara tanah air bertemu si suami tanpa memberitahu si suami terlebih dahulu dengan menaiki bas. Bila sampai bukan si suami atau ayah mereka yang terkejut. Tetapi kak Liza dan anak-anak yang terkejut.
Ada seorang perempuan di dalam rumah suami Kak Liza yang seolah-olah begitu selesa sekali di dalam rumah tersebut. Kerana sudah terserempak dan tidak dapat mengelak. Suami Kak Liza terpaksa mengaku. Rupanya perempuan tersebut adalah isteri ke dua suami kak Liza. Seorang janda anak tiga yang sudah dikahwini oleh si suami selepas hanya beberapa bulan suaminya berpindah ke situ.
Terkedu kak Liza di buatnya. Menangis air mata darah pun tidak mungkin dapat menarik balik rasa luka dan perit dihatinya.
Namun Kak Liza membuat satu langkah bijak dan drastik. Dia mengambil keputusan menukarkan anak-anak dari sekolah Ampang ke sekolah yang berdekatan dengan rumah si suami di utara tanah air. Dia mengambil alih rumah suaminya di utara tanah air dari tangan madunya. Mengurusi tanpa banyak cakap, tanpa marah-marah menyebabkan isteri kedua si suami mengalah dan keluar dari rumah tersebut. Bahkan dia memberitahu kami, dia membuat beberapa perjanjian dengan suami bagi mendapatkan hak-hak untuk anaknya.
Saya tahu hati kak Liza terguris namun dia terpaksa meneruskan kehidupan dengan fikiran yang waras kerana sayang dan cintakan anak-anaknya walau hatinya sudah tawar dengan si suami yang tidak pernah menghargai segala pengorbanannya selama ini.

2 comments:

MARIA said...

Salam NB
Kisah suami berkahwin lagi tanpa pengetahuan isteri pertama memang banyak yang berlaku. Rata2 wanita selalu jadi mangsa. Masa susah, isteri juga rela sama2 tanggung susah ...tapi bila dah senang, senang jugaklah suami nak mengabaikan siisteri yang telah sama2 berkorban untuknya.

Anonymous said...

Salam,
Bg saya bagus tindakan kak liza. die tak ikut rasa hati sangat. itula pengorbanan ibu demi jaminan masa depan anak2 walaupun hati die terluka.