Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 11, 2008

ANAKKU NAN SEORANG

Qaisara memang pandai bergaya, muda mesra dengan orang lain dan senyum tidak pernah lekang dari bibir..
Perkara ini saya perasan ketika Qaisara berusia dua bulan. Ketika itu saya membawa Qaisara ke Medan kerana membawa balik pembantu rumah saya bercuti. Ketika dilapangan terbang, sepasang suami isteri berbangsa cina tiba-tiba datang menerpa ke arah saya sambil menjerit.
“So cute!”
Saya terpinga-pinga kerana dia cuba mengambil anak saya dari tangan pembantu rumah saya. Sudah pasti saya melarangnya. Takut anak saya dibawa lari orang.
“She’s so cute..”
Pasangan itu berkata serentak, saya hanya menganggukkan kepala dengan dada masih tidak keruan. Rentetan peristiwa tersebut banyak lagi peristiwa yang memuji Qaisara, yang kononnya comel, cute dan entah apa-apa. Saya sebagai emak selalu melihat Qaisara anak saya, istimewa dia kerana dia anak saya. Tidak lebih dari itu walaupun kadangkala kalau saya berjalan berdua dengan Qaisara, orang bertanyakan saya. Qaisara anak siapa?
Namun apabila Qaisara membesar, saya jadi sedikit gusar apabila setiap kali berjalan ada sahaja orang memujinya.

Alahai anakku..jangan over sangat nak! Saya tak ajar pun Qaisara berposing depan camera, tetapi dia tahu sahaja caranya.

“Saya risau, esok-esok Qaisara akan menjadi bangga diri dan bongkak bila orang memuji dia secara keterlaluan..”
Saya beritahu suami saya. Seringkala saya berdoa selepas selesai solat. Mengharapkan yang Qaisara akan menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata. Akan menjadi umat yang taat kepada ALLAH dan macam-macam lagi.
“Nak risau apa. Dia tak kisah pun. Awak perlu bangga sebab dia anak yang comel, pintar, lasak dan manja..”
Hal manja satu hal. Bila dia berada di padang permainan di hadapan rumah. Dia sering dimanjai oleh jiran-jiran dan pembantu rumah jiran saya kerana rupanya yang comel. Kadangkala dia menjadi pembuli dan akan menendang mana-mana anak kecil yang saya cuba dukung dan rapati. Memprotes dengan cara yang keterlaluan yang menyebabkan darah saya naik 100 darjah. (dia selalu bergaduh dengan anak2 perempuan anak-anak lelaki tidak pula)
“Akak, masa depan dia cerah nanti sebab dia cantik..”
Minggu lepas sebelum saya ke Perak, saya singgah di Pavillion sementara saya menanti suami bermesyuarat saya mengambil peluang membeli belah. Saya memasuki butik Giordano kanak-kanak dan yang berkata begitu jurujual butik tersebut.
“Dalam dunia sebenarnya orang yang cantik selalu tidak bernasib baik, terasing, dicemburui dan amat malang kalau dia tidak cerdik..”
Saya berkata pada jurujual tersebut yang kemudian menindakkan kata-kata saya.
“Tidaklah akak, dia nampak cerdik dan begitu cantik. Dia akan jadi model yang terkenal..”
Model? Tidak adakah proffesion lain untuk orang cantik? Saya berfikir dalam hati. Kalau boleh saya mahu jadikan Qaisara seorang muslimah yang serba boleh dari akademik dan juga agama. Boleh mengaji Al-Quran dengan baik dan hormatkan orang.

Perkara biasa, bila saya bercuti..ada saja yang mahu mengambil gambar bersama Qaisara. Emaknya langsung tak popular dan orang tak kenal..he.he.he

Dan ketika saya ke Ipoh, saya sempat singgah di Sunway Tambun, lost world. Ketika kami sedang bermain air, ada sekumpulan wanita berebut-rebut mengambil gambar dengan Qaisara. Saya hanya berpandangan dengan suami. Perkara itu adalah perkara biasa ketika kami pergi bercuti . Namun kadangkala saya lemas. Hendak saya tarik anak saya takut kumpulan tersebut terasa hati. Yalah..perasaan orang perlu saya jaga.
Cuma sebagai emak saya mahu anak saya melalui kehidupan yang normal sebagai orang biasa dan paling penting dan paling saya takuti dan gusar, satu hari nanti anak saya dilarikan orang!

2 comments:

Hertiny binti Laiman said...

Salam Kak Yati,
Qaisarah memang comel, ciute lagi, tak apa, saya pun akan turut mendoakan agar qaisarah menjadi anak yang baik

Aku Yang Weird said...

She is so adorable... posing tak ingat =)