Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 14, 2008

KEGUGURAN

Sudah berapa hari kawan saya ini menangis. Sejak beberapa hari yang lalu, dia yang sedang mengandung mengalami pendarahan dan doktor mengatakan kandungannya yang sudah 10 minggu itu tidak berkembang dan harus digugurkan.
“Sudahlah aku kahwin lambat, mengandung pula gugur..”
Dia menelefon saya memberitahu setiap perkembangan kandungannya. 2 minggu yang lepas doktor mengatakan yang tidak ternampak apa-apa dalam rahimnya, walaupun rahimnya bengkak. Dia sudah menyuarakan rasa bimbangnya. Dalam hati saya mengatakan kandungannya mungkin tidak membesar dan akan gugur. Namun saya tidak sampai hati.
Saya sudah mengalami perkara tersebut sebanyak 3 kali. Saya tahu.
“Doktor suruh datang malam ni. Pukul 8 untuk bersihkan kandung aku. Aku rasa sedih sangat. Macam mana kau menghadapinya dahulu yati aik..”
Tanya sahabat saya itu. Memang saya mengalami 2 kali keguguran sebelum melahirkan Qaisara dan sekali lagi selepas Qaisara berusia 1 tahun.
“Bagi aku semuanya tuhan dah tentukan. Dah ditulis di Loh Mahfuz yang sekian hari..sekian masa aku mengandung dan kandungan aku akan gugur..”
Suara saya tenang sahaja, mesti orang mendengarnya mengatakan saya tidak mempunyai perasaan.
“Gugur kali pertama kandungan kau berapa bulan Tie?”
“Udah 14 minggu..”
“Dah besar tu dah 3 bulan lebih. Kau tak sedih ke?”
Sedih, gembira itu adalah perkara biasa dalam hidup. Namun tidak perlu keterlaluan. Perlu diingat yang hidup kita cuma sementara. Kita harus lalui hidup ini dengan hati yang terbuka dan menerima Qada dan Qadar dengan lapang dada. Saya memberi nasihat pada sahabat saya yang ada ijazah Usuluddin dari universiti tempatan.
“Kawan aku cakap, tak perlu cuci kalau gugur biar dia gugur dengan sendirinya. Macam mana?” dia membuat usul. Mungkin takut mahu ke doktor atau memikirkan wang RM700 yang perlu dikorbankan untuk D&C itu nanti.
“Biarlah doktor bersihkan. Senang kau nak mengandung lagi selepas rahim kau bersih..”
Saya menasihati lagi. Proses tersebut bagi saya tidak menyakitkan. Saya sudah mengalaminya beberapa kali. Cuma ianya menyakitkan hati saya apabila memikirkan kandungan saya terpaksa dibuang dari perut saya. Namun saya sedar, siapa saya yang boleh mempertikaikan percaturan ALLAH.
“Lepas tu doktor tak bagi mengandung. Selama 6 bulan. Lamalah tie. Bila aku nak dapat anak. Sekarang umur pun nak dekat 40 tahun..” sahabat saya ini sudah mula bersungut.
“Dengar nasihat doktor untuk mendapat anak yang sihat. Insya-ALLAH ada rezeki kau.”
Saya memahami perasaan sahabat saya, kebimbangan tidak boleh mengandung dalam usia lanjut begitu menghantui dirinya. Seperti saya satu ketika dahulu. Namun saya selalu mengingatkan diri saya, saya perlu berdoa banyak-banyak dan ALLAH akan membantu saya. Dulu sebelum mendapatkan Qaisara saya selalu membaca doa untuk mendapatkan anak setiap kali lepas solat. Selepas Qaisara dilahirkan. Doa itu sudah saya lupakan..ahh..manusiakan mudah lupa.
“Kalau aku tak boleh beranak lagi macam mana?” soalan apakah ini? Hati saya menggerutu sendiri.
“Kau ni ustazah. Tapi kau lupa kuasa tuhan, kau lupa ketentuan ALLAH. Kau lupa ALLAH jadikan sesuatu ada sebab yang kau tidak akan tahu sekarang ini..”
“Walau pun aku ustazah aku ada perasaan Tie..”
Bangkang sahabat saya itu. Itu tidak saya nafikan, tetapi yang cuba saya sampaikan pada sahabat saya ini..betapa manusia perlu percaya pada kuasa ALLAH apatah lagi manusia seperti sahabat saya yang belajar ilmu agama bertahun-tahun di sekolah dan diuniversiti.
“Kau seharusnya bersyukur, kau masih boleh mengandung. Masih boleh merasa apa makna mengandung walaupun tidak melalui proses mengandung sepenuhnya. Ada orang yang sudah bertahun-tahun, tebuk perut sana sini. Mengangkang depan doktor nakkan anak, tak dapat anak. Kau mudah aje. Lepas beberapa bulan kahwin dah mengandung. Kau masih boleh cuba lagi. ALLAH juga ajar umatnya jangan berputus asa. Kalau sudah ditakdirkan kau tak ada anak sampai bila-bila kau kena terima takdir tuhan. Itu ketetapan dia. Kau ustazah. Kau lebih tahu dari aku. Siapa aku nak mengajar kau..”
Akhirnya kawan saya itu ketawa. Mungkin lapang dada mendengar kata-kata saya yang separuh keras itu.
“Yalah.betul cakap kau tu Tie aik. Sekurang-kurangnya aku pernah mengandung, terima kasih tie..”
Saya termenung selepas habis bercakap dengan sahabat saya itu. Memang sedih menghadapi keguguran. Apatah lagi beberapa kali, seperti yang pernah saya alami. Namun itu semua takdir tuhan. Sebagai umatnya..kita harus menerima takdir yang sudah ditentukan kepada kita dan paling penting kita harus berdoa. Sebanyak mungkin dan saya percaya ALLAH akan makbulkan doa tersebut.


:

3 comments:

aina said...

Salam...Ya Allah...patutnya saya bersyukur sbb saya dah dikurniakan seorg puteri...sejak akhir2 ni tension sikit isu ni..sbb puteri dah 4 tahun...masa mula tu merancang...bila dah sedia dekat setahun mencuba blm dikurniakan rezeki lagi...patutnya saya bersyukur yang amat2 kan...tapi saya manusia biasa...bila org tanya..saya tersentap...teruk2!!

ina said...

Saya pun patut syukur yg pernah mengandungkan. tapi sbg manusia biasa mmg sy sedih sgt.. maklumlah blm sbln pun kawin sy dah disahkan mengandung(mlm pertama tgh subur, hehe). Apa2pun sy tak akan berputus harap untuk mencuba lagi.. dan memang doa yg amat penting sekali... Muga diriku diberi peluang oleh ALLAH untk menjadi seorg ibu.. Amin.. Doakan sy juga kak..

Hertiny binti Laiman said...

Salam Kak Yati
Bagusnya kawan kak yati tu boleh mengandung lagi. tapi saya ntah lah sama ada boleh atau tidak. Dah setahun tapi tanda2 untuk ke arah itu langsung tak ada. Saya sedih sgt. ntahlah...saya cuma mampu untuk terus mengharap dan berdoa.