Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, June 14, 2013

DRAMA PAGI INI


Qaisara anak yang sentiasa menyenangkan hati kami


Pagi ini drama air mata.
Kesihatan saya tidak begitu baik. Hari itu Qaisara sakit perut kerana masalah penghadaman. Kali ini saya pula terkena. Mungkin silap saya, kali ini ceri dan peach di Turki agak masam. Di lawan dengan cuaca yang agak sejuk jadi saya tidak banyak memakannya. Hari hari pula kami djamu dengan daging, ikan hanya sekali. Sedangkan makanan seharian saya adalah ikan dan ayam. Daging hanya dua minggu sekali.

Macam macam tingkahnya yang kadangkala tidak terduga..

Pagi ini saya beritahu Qaisara baba yang akan menghantar dia ke sekolah seorang tanpa umi. Tidak seperti biasa umi dan baba atau kalau baba malas, umi dengan bibik. Dalam bilik aie, air matanya sudah berderai-derai. Dia komplen dengan bibik, mana mungkin dia pergi sekolah tanpa saya.

Namun bila saya kata tak apalah saya hantar dia walau sakit terbongkok begitu. Maka dia buat keputusan saya tidak payah pergi. Kami berpelukan, bertangisan apabila menghantar dia masuk ke dalam kereta.
"Teta doakan umi sihat umi ya. Umi duduk rumah baik-baik tahu.."
Sedihnya hati saya apabila melihat dia melambai-lambai tanganya dan dia sudah mula tersenyum.

"Ling ikut baby hantar beg tau sampai ke kelas tau.."
Pesan saya sebelum suami menghantar Qaisara
"Lepas tu?"
"Kemudian pergi kantin semula. Tanya dia nak teh tarik ke air kosong. Ambil dua gelas, satu isi dengan air dan satu lagi untuk tarik. Sebab selalu air di kantin tu panas.."
'Okay?" (hari hari kalau suami dan saya hantar. Suami akan baring dalam kereta. Tunggu sampai urusan kami selesai)
"Nanti bila ada perhimpunan, you tunggu dia tau sampai dia masuk kelas."
"Okay.."
Balik tadi saya tanya satu persatu dan suami bercerita yang Qaisara sangat girang di sekolah.
'Dia pergi tandas tadi honey.."
"Iye..you tak hantar dia sampai ke tandas?"
"Taklah..dia pergi seorang.."
'Ya ALLAH kenapa biarkan?"
'Aik you tak suruh pun..hesy you ni teruk sungguhlah. Habis kalau kita tak ada dia pergi tandas mesti seorangkan.."
Suami menggelengkan kepalanya.
'Yelah..tapi ini kita ada, kita hantarlah.."
"Teruk sungguh emak seorang ini. Terlampau manjakan anak, macam dia sahaja ada anak.."
Ha ha bila fikirkan balik, terukkah saya? Itu sahaja anak yang saya ada, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya dan saya fikir semua emak kalau ada masa mahu melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya supaya apa yang kita lakukan, menjadi kenangan manis untuk anak-anak. Jadi bila besar nanti saya percaya, bila seorang emak sudah melakukan yang paling terbaik jadi tidak ada ruang untuk anak mencari alasan untuk menjauhi ibu bapanya.


9 comments:

Leeza said...

salam...saya bukan mak qaisara pun kalau dia ke tandas awam saya pasti ikut juga. risau biar dia seorang2. mungkin sifat semulajadi kita yang dikelilingi anak2 buat kita bersikap protektif lebih.

Siti Fatimah said...

Begitu juga saya kak yatie...mungkin sebhagian org kata sy manja kn ank... tp buat masa ini itu sj ank yg sy ada... sy nk yg terbaik untuk beliau....

Unknown said...

Semoga Kak Yati cepat sembuh...boleh hantar teta ke sekolah esok...Amin...7

NIk Fauziah Nik Hussin said...

anak seorang atau 10 pun, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Sidratul Muntaha said...

salam kak..
selalu baca curi2.
huhuh
yuop..
ade anak mcm tatang minyak yg penuh
ayu ni ade anak laki se.pempuan se..
masing2 peel masing2..
manja pun berebut2..
kdg2 ade jugak jiran dok sok sek2 kate kami manjakan anak..
tpi buat tak thu je sbb takkan lah kami ni nak tgnkan ank2 sekalipun kecik2 dulu mak bpk bese tgnkan..
ye dop?!!

Ann Ishak said...

saya suka ayat akak yang akhir tu;

"Jadi bila besar nanti saya percaya, bila seorang emak sudah melakukan yang tidak terbaik jadi tidak ada ruang untuk anak mencari alasan untuk menjauhi ibu bapanya."

GreenJade said...

mog akak cpt recover ya. tk care kak.rest betul.minum air suam byk2.

alahai kak..tersentuh sayu hati ni..ye lah kan..kalau boleh kita nk buat yg terbaik utk anak kita. permata hati penenang jiwa. moga kasih hingga ke syurga :)

ieda said...

saya selalu kena marah dgn husband sebab manjakan nabila esp bab suapkan makan...tak boleh tahan tengok muka dia...kesian.

Gerbang Maklumat said...

Seorang ibu atau bapa mesti kasihankan anaknya sebab tu doa yang kita baca "Kasihanilah ibubapa kami sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil".