Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 30, 2012

LAWATAN HARI RAYA DI WAD KANAK-KANAK PESAKIT KANSER HKL

Sejak akhir-akhir ini blog saya dipenuhi dengan entry mengenai aktiviti di bulan puasa. Bukan mahu menunjuk tetapi penting bagi saya meletakkan entry ini andai satu masa nanti saya sudah tidak ada lagi, Qaisara dapat membaca blog saya dan melihat apa yang uminya lakukan.

Pada hari saya mahu bertolak ke Sarawak, melakukan program bertadarus di sana. Saya menerima mesej Iskandar atau Dr Red Bubbles. Kata beliau, hari raya nanti tidak ada yang menaja makanan untuk kanak-kanak pesakit kanser di wad KK3 di HKL. Mohon kalau ada sesiapa yang mahu menaja dan
membuat lawatan.

Jadi dengan segera saya mahu menaja sehari memandangkan kantin ditutup selama dua hari. Akhirnya syukur alhamdulilah, dengan bantuan rakan-rakan, kami bukan sahaja dapat menaja makanan untuk 2 hari tetapi memberi duit raya serta sedikit barangan untuk anak-anak ini.


Balik dari Sarawak, saya terus membeli barangan berupa coklat, mainan kecil dan juga buku buah tangan untuk anak-anak itu nanti.

Dalam membungkus barangan saya terfikir siapa yang akan pergi melawat pada hari raya itu nanti, memandangkan saya akan pulang ke Melaka. Semua barangan dan duit raya sudah ada. Syukur Alhamdulilah sahabat dan juga adik saya Roslaini yang menawarkan diri untuk ke sana memandangkan beliau tidak balik ke kampung pada hari raya pertama.


Roslaini bersama salah seorang ibu yang tabah di wad KK3

Jururawat yang bertugas pada hari itu.

Azani dengan salah seorang pesakit. Sedihkan melihat adik ini..ketika menaip ini air mata saya tumpah. Oh..saya orang tua yang sangat sensitif kalau bab kanak-kanak ini.

Baru di masukkan ke hospital di hari raya pertama...

Tabah hati seorang ibu..

Ibu ini sangat tabah, anaknya ketika ini berada di ICU

Azani suami Roslaini memberi duit raya.

Bersama dengan Habib seorang pesakit yang menerima takdirnya dengan sabar dan tabah.

Salah sebiji kek yang saya tempah khas dari D'litte kitchen untuk anak-anak itu. Harap mereka gembira menikmatinya.


Ya ALLAH, ya Rahman, Ya Rahim. Kau sembuhkanlah anak-anak ini, kau permudahkan segalanya untuk ibu bapa mereka. Kau rahmati dan lindungi mereka ya ALLAH. Kau sabarkan mereka menerima ujian maha pahit ini. Kau maha pemurah lagi maha mengasihani. AMIN..


P/s Kami juga menerima 100 naskah percuma untuk diedarkan di hospital dari pihak majalah MUSLIMAH






4 comments:

kak lia said...

membaca dan melihat foto shj membuat kan hati sy terharu... teringat aruah anak saudara yang pernah dirawat disana.. nurse2 dan doktor2 yang sangat murah hati

MONALITA MANSOR said...

beraya di hospital baik bagi pesakit/tukang jaga/tukang teman dan para doktor bukan sesuatu yg mudah. nampak tabah di permukaan, dalam hati ada getar. Tabik untuk kak Norhayati n geng...
teruskan...

Intanaziela said...

menitis air mata membaca entri ini kak...tapi memang sungguh hati tersentuh...semoga Allah ringankan kesakitan anak-anak yang tabah itu...amin...

Mak Wardah said...

salam Puan Noorhayati,
Saya salah seorang peminat & pembeli novel puan, harap puan terus menulis dan alhamdulillah semoga segala bakti puan sentiasa diberkati Allah