Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 1, 2012

DOAKAN TETA YA...




Pagi ini Qaisara berpesan pada saya.
"Umi, umi tolong doakan Teta ya umi. Sebab sekarang ini setiap kali nak masuk kelas cikgu akan soal siapa boleh baca doa dan itu tiket untuk Teta masuk kelas.."
Oh..saya sedikit tersentak. Kenapa pula guru buat begitu dengan kanak-kanak yang seusia Qaisara dan juga berpuasa.
"Kalau tak boleh baca macam mana?"
"Tak boleh baca tak boleh masuk kelas. Kena berdiri lama baru  masuk.."
"Ya ALLAH Qaisara, kasihannya sayang..."
Hati ibu sudah pasti risau tetapi Qaisara dengan lembut berkata.
"Umi..umi tak perlu risau, Qaisara boleh jawab umi. Tapi umi doakan ya, takut hari ini Teta lupa.."
Lembut sahaja Qaisara bersuara. Ya ALLAH hiba hati saya, walau Qaisara anak yang sangat manja, kadangkala ada nakalnya, sesekali mengarahkan pembantu rumah itu dan ini, bila keterlaluan saya mendenda dia. Tetapi dalam masa yang sama sesekali pandai menyentuh hati saya dengan tingkahnya yang lembut dan menyentuh perasaan.
Syukur dan terima kasih tidak terhingga pada ALLAH yang mendengar doa saya setiap detik ketika saya mengandung mahukan anak yang sempurna akalnya, anak yang soleh, anak yang bijak dan anak yang kuat ilmu agamanya. Mungkin ini juga berkat tidak putus putus saya mengaji setiap detik ketika terlantar sakit di katil sepanjang mengandungkan Qaisara dan membaca surah Lokman, Yusuf, Taubat dan Mariam tidak putus-putus.
Perlahan saya kini menyedari, kesakitan mengandungkan Qaisara sebenarnya ada hikmah yang tidak terungkap ketika itu...

4 comments:

LiTtLe^m3 said...

Ya Allah.. bijaknya anak akak. Mudah2an menjadi anak yang solehah :)

GreenJade said...

ya Allah kak...lately ni sy touchng betul dgn tingkah Teta..

sy sntiasa berdoa dpt anak yg baik,bijak spt Teta..

Leeza said...

tak terasa amat tersentuh hati saya membacanya. Betapa lembutnya permata hati akak ini. Moga dia tetap sedemikian hingga akhirnya..amin

najmiah said...

Anak adalah cerminan diri kita. Bagaimana acuan begitulah kuihnya..tahniah puan, semoga Teta akan terus menyejukkan hati orang-orang di sekelilingnya dan menjadi anak yang sempurna akhlak dengan Allah,manusia dan makhluk..